Khamis, 25 November 2010

salam dari makkah 9

salam ceria dr makkah. diam tak diam sudah 9 n3 dapat az keluarkan. dalam kepayahan line yang tidak meentu di hotel azeeb mawadah ini namun sambutan pembaca chhm menguatkan az mengusahakan n3 ini.kadangkala n3 sudah siap, line pula kong jadi tutup dan belah begitu sahaja.                                                pagi ini hati mulai sayu kerana melihat satu kumpulan syarikat yang az sertai ini berangkat balik. giliran az berangkat ialah ,minggu depan dan dijangka sampai di klia pada malam 3 dis.                                            MALAM TADI MEMANG MENYERONOKAN APABILA BERTEMU CL DAN HJ ARSYAD BERSAMA TETAMU MEREKA YANG LAIN. TAK SANGKA PULA DEPA BUAT PARTI MAKANK-MAKAN NASI MANDI, SIAP KUEH RAYA LAGI MEMANG HEPENING. DIJANGKA USTAZ ZAMRI RADIO IKIM TIBA TAPI BATAL.  SESUNGGUHNYA MUNASIK HAJI KALI INI AMAT BERMAKNA SEKALI BERBANDING PADA TAHUN 1988 LALU DENGAN PROGRAM PENGISISIAN ROHANI YANG DIADAKAN OLEH PIHAK PAKEJ YANG AZ SERTAI.       kepada pengulas sekalian az ucapakan terima kasih atas doa, dorongan, motivasi dan sebagainya. az tak dapat nak menjawab kerana masalah line. JUMPA LAGI

salam dari makkah 8

Alhamdulillah, hari ini sampai jua hajat menziarahi CL di Tingkat 12 Sawfa Towers. Kunjungan yang tidak dirancangkan ini amat menyeronokan apabila disajikan dengan nasi mandi berlauk ayam dan kambing. Malah kepala kambing pun ada.
                                                                                                AZ MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA CL DAN HJ ARSHAD YANG TELAH SUDI MENJAMU AZ BERSETA DENGAN TETAMU YANG LAIN. SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI KALIAN.
                                                                              Dikesempatan ini az mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Cikgu Mas yang ke 3? Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditambahkan lagi cahaya mata. (tak kan cukup 2 orang sahaja).                                  HJ ROZALI, AZ DAH SAMPAIKAN SALAM TUAN KEPADA CL

Sampai jumpa lagi

Isnin, 22 November 2010

salam dari makkah 7

petang tadi aku berkesempatan menunaikan solat asar di masjid raiya atau masjid bendera di kalangan masyarakat tempatan. bagi orang malaysia masjid ini terkenal dengan nama masjid kucing. satu keistimewaan bersolat di masjid ialah sesei tazkirah selepas solat asar yang disampaikan dalam bahasa arab dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. kebetulan petang tadi terjemahan disampaikan dala bahasa indonesia. ia berkisar tentang kepatuhan kepada allah. ramai orang takutkan setan dan jin atau mahluk lain tetapi tidak takutkan allah. oleh itu jangan takut selain drpd allah kerana kepada allah adalah tempat kita brgantong dan meminta pertolongan. jangan berbuat maksiat. anda boleh buat maksiat tapi jangan di bumi allah, atau anda boleh buat maksiat teapi  ditempat yang allah tidak boleh nampak. maka carilah tempat itu sekiranya anda boleh menjumpainya.

Khamis, 18 November 2010

salam dari makkah 6

alhamdulillah, semua kerja munasik haji telah selesai pagi tadi dan az telah pun balik ke makkah dp drpd mina bernafar awal. az mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kelancarankerja munasik haji tersebut. sesungguhya ia satu yang meninggalkan kesan mendalam terutama melalui ujian ujian drpd allah. ia menguji kesabaran darisegi fizikal dan mental. tiada kata untuk az nyatakan  ketika ini semasa melalui pengalaman yang pelbagai terutamanya dalam melihat tingkahlaku manusia semasa menerima ujian drpd allah.  insya allah kita akan berjumpa kembali dengan laporan bergambar setelah az kembali ke tanah air nanti. sampai jumpa lagi.

Selasa, 16 November 2010

salam dari makkah 5

ALHAMDULILLAH, AZ SUAMI ISTERI SUDAH SELESAI MENYEMPURNA RUKUN HAJI IAITU NIAT HAJI PADA 8 ZULH, WUKUF DI ARAFAH PD 9 ZULH, TAWAF N SAIE PD 10 ZULH. SUBUH TADI KAMI DAPAT BERTAHALUL AWAL APBILA MELONTAR JAMRATUL KUBRA DAN BERGUNTING DAN SELEPAS ITU BERJALAN KAKI KE MASJ HARAM DRPD MINA UNTUK MELAKUKAN TAWAF N SAEI HAJI. BERMAKNA@KAMI SUDAH MELAKUKAN TAHALUL THANI YANG MEMBEBASKAN DRPD SEMUA 13 PANTANG LARANG KETIKA BERIHRAM.  MALAM INI DAM MALA, BESOK KAMI AKAN BERMALAM DI MUAISER DAN MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH PADA 11 N 12. ALHAMDULILAH SELEPAS ASAR NANTI KAMI AKAN BERJALAN KAKI SEMULA KE MINA DAN TERUS KE MUAISER.

Ahad, 14 November 2010

salam dari makkah 4A

salam bertemu kembali. SEKEJAPLAGI kami akan berangkat ke arafah (8 zulh). kami dijangka begerak seawal 9 pagi untuk mengelakkan kesesakan. dijangka kami akan sampai ke arafah sebelum waktu zohor. doakan semoga pergerakan kami bergerak lancar.   SEMOGA SEGALA URUSAN MANASIK HAJI KAMI DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT DENGAN MEDAPAT HAJI YAG MABRUR. ANTARA PERKARA YANG DISUNATKAN DI ARAFAH PADA HARI WUKUF BESOK IALAH TIDAK BERPUASA SUNAT. SUBHANAALLAH.                                                                                          

Sabtu, 13 November 2010

salam dari makkah 4

SEMASA SOLAT JUMAAT DI DATARNN LUAR HARAM SEMALAM AZ MEMBAYANGKAN PERHIMPUNANAN KECIL PADANG MASYAR DI BAWAH PANAHAN SANG MENTARI YANG BEGITU TERIK. AKU BERGERAK DR HOTEL PUKUL 11 PAGI SEDANGKAN SOLAT AKAN BERMULA PUKUL 12.05 THARI. SEMUA LALUAN KE PINTU MASJID TELAH DITUTUP OLEH POLIS MAKA PARA JEMAAH MEMBUAT SAF DILUAR SAF SAMPAI MEMENUHI JALANRAYA YANG ADA DI SEKITAR HARAM. ADAKAH AKU BOLEH BERTAHAN? DENGAN BERBEKALKAN SEKAKI PAYUNG AKU MENAHAN KEPANASAN SINARAN MENTARI. AKU MULAKAN SESI ITU DENGAN SOLAT HAJAT MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR PANAHAN MATAHARI TIDAK MEMBERI KESAN KEPADAKU. ALHAMDULILLAH KELIHATAN TOMPOK2 AWAN HITAM MULA MENGHALANG CAHAYA MATAHARI NAMUN IA TIDAK LAMA, NAMUN CUKUPLAH UNTUK SEKETIKA. KADANGKALA TIUPANAN ANGIN DAPAT MENDINGINKAN BADAN BUAT SEKETIKA. SUBHANAALAH BEGITULAH NIKMAT ALLAH KEPADA HAMBANYA. DISAUJANA MATA MEMANDANG DALAM LAUTAN JEMAAH AKU DAPATI PELBAGAI CARA JEMAAH MENGHALANG SINANARAN MENTARI. ADA YANG MENYELITKAN KERTAS DI KOPIAH (MACAM TENTERA JEPUN PULAK), ADA YANG MELINDUNGI DENGAN TONG PLASTIK AIR ZAMZAM YANG KOSONG, DENGAN BEG SANDANG MALAH DENGAN SEJADAH PALING BANYAK KELIHATAN. PELUH MERECIK DI MUKA MASING2 NAMUN PARA JEMAAH BEGITU SABAR MENUNGGU MASUKNYA WAKTU SOLAT. KELIHATAN BEBERAPA JEMAAH MEMBASAHI KEPALA YANG BERKOPIAH DENGAN AIR ZAMZAM YANG DINGIN. YG BERKULIT HITAM TIDAK BEGITU KETARA TETAPI YANG BERKULIT PUTIH KELIHATAN SEPERTI UDANG KEPANASAN. TIBA2 MATA TERPANDANG SEORANG KANAK2 LELAKI MUNGKIN 2TAHUN BERMAIN2 MATA BERSAMA IBUNYA TANPA MENGIRAUKAN PANAHAN SONARAN MENTARI.                                                     

BEGITU KERDIL RASANYA DIRI HAMBA ALLAH INI. BAGAIMANA DI HARI PENGADILAN NANTI? PANAS YANG HANYA SEKELUMIT BEGINI TIDAK TERTAHAN, YA ALLLAH ENNGKAU AMPUNILAH DOSA HAMBA MU YANG HINA INI. HAMBAMU YANG SELALU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI. DI UDARA DERUAN ENJIN HELIKOPTER  MENJADI PERHATIAN SEKETIKA, BEGITU KETAT PENGAWSAN KERAJAAN SAUD INI, SELAIN POLIS, ASKAR BERADA DI MANA-MANA, MALAH SATU KEM SEGERA DIDIRIKAN TIDAK JAUH DR HARAM. AKU TERUS BERDOA, BEZIKIR DAN SESEKALI MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DIPAPARKAN NANTI.  APABILA AZAN BERKUMANDANG, NAFAS KELEGAAN KEDENGARAN DAN KEMUDIAN KHUTBAH JUMAT MULAI BERKUMANDANG. KHATIB BEGITU SEMANGAT MEMBACA KHUTBAH. ALANGKAH BAGUSYA KALAI AZ DPT MEMAHAMI BAHASA ARAB. NAMUM KITA BOLE MENAGKAPNYA KERANA IA BERKISAR TENTANG HAJI. NASIHAT AGAR TETAMU ALLAH INI BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH. BENARLAH HADIS NABI BAHAWA HAJI ITU KUSUT MASAI. ALHAMDULILLAH HINGGA SAAT INI AKU SIHAT WALAFIAT, KESAN BAKARAN MATAHARI SEMALAM TIDAK MENJADIKAN AKU DEMAM. SYUKUR ALHAMDULILLAH. BEGITU  BESAR NIKMAT ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG BERSYUKUR KEPADANYA. DILUAR UDARA  HOTEL MULAI KEDENGARAN BUNYI HELI.... (N3 INI DIBAWA OLEH NOKIA E72)

salam dari makkah 3

salam kepada semua penggemar chhm. alhamdulillah berkat doa kalian, az suami isteri sihat walafiat. kami sekarang sedang menyimpan tenaga untuk keberangkatan ke arafah pada lusa iaitu ahad 8 ZZULH. ALHAMDULILLAH JUGA PETANG TADI SELEPAS ASR AZ BERSAMA RAKAN SEBLIK KENDIRI MAKAN ROTI BERSAMA SAMBAL GORENG HADIAH DARIPADA KAK SIDAH. MASING2 MEMUJI KESEDAPAN MASAKAN KAKSIDAH ITU. TERIMA KASIH DAUN KELADI. AZ MINTA MAAF KERANA TAK DAPAT MENKAWAB KOMEN KERANA MASALAH TEKNIKAL HEHEH. DAPAT RELEASE N3 INI PUN KIRA ORAIT LAH. OK NAK P DENGAR CERAMAH

Jumaat, 12 November 2010

salam dari makkah 2

ALHAMDULILLAH, JUTAAN BAKAL HAJI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT YANG MELEMPAHRUAH HINGGA KE SELURUH JALAN DISEKITAR HARAM HINGGA SAMPAI KE PINTUK-PINTU HOTEL. DIANGGARKAN LEBIH 6JUTA ORANG TADI. CUACA PANAS TERIK TIDAK DIHIRAUKAN OLEH JEMAAH MALAH KANAK-KANAK KECIL DAN BABY TURUT SAMA MENYERTAI IBUBAPA MEREKA  DILAUTAN MANUSIA TERSEBUT. SUBHANALLAH. (GAMBAR TIDAK DAPAT DIPAPARKAN KERANA MASALAH TEKNIKAL HEHEH)

Khamis, 11 November 2010

salam dari makkah 1

TERIMA KASIH KEPADA AZIMA, KAK SIDAH, KAKZAKIE,AKI,LF,AFEEZ, DLL YANG MEMBERI KOMEN PADA N3 SEMALAM. DOAKAN AZ SENTIASA SIHAT UNTUK WUKUF ISNIN INI. HANYA BATUK SIKIT, CUACA PANAS SANGAT. JEMAAH TERUS PADAT.

salam dari makkah

APA KABAR PEMINAT CHHM? SEMOGA SIHAT SEJAHTERA. TIDAK BEBERAPA HARI LAGI KAMI AKAN BERANGKAT KE ARAFAH. DIKESEMPATAN INI AZ MEMOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS APA JUA KESALAHAN, KESILAPAN SELAMA KITA BERBICARA DI ALAM MAYA INI. WALAUPUN DI HOTEL INI ADA WIFI TETAPI KETIADAA LAPTOP MENGEHADKAN AZ KE ARENA INI. SEMOGA KIA BERJUMPA LAGI. SIARAN INI DIBAWA OLEH HF NOKIA E72 YANG KADANGKALA IKUT ANGINNYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...