Sabtu, 13 November 2010

salam dari makkah 4

SEMASA SOLAT JUMAAT DI DATARNN LUAR HARAM SEMALAM AZ MEMBAYANGKAN PERHIMPUNANAN KECIL PADANG MASYAR DI BAWAH PANAHAN SANG MENTARI YANG BEGITU TERIK. AKU BERGERAK DR HOTEL PUKUL 11 PAGI SEDANGKAN SOLAT AKAN BERMULA PUKUL 12.05 THARI. SEMUA LALUAN KE PINTU MASJID TELAH DITUTUP OLEH POLIS MAKA PARA JEMAAH MEMBUAT SAF DILUAR SAF SAMPAI MEMENUHI JALANRAYA YANG ADA DI SEKITAR HARAM. ADAKAH AKU BOLEH BERTAHAN? DENGAN BERBEKALKAN SEKAKI PAYUNG AKU MENAHAN KEPANASAN SINARAN MENTARI. AKU MULAKAN SESI ITU DENGAN SOLAT HAJAT MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR PANAHAN MATAHARI TIDAK MEMBERI KESAN KEPADAKU. ALHAMDULILLAH KELIHATAN TOMPOK2 AWAN HITAM MULA MENGHALANG CAHAYA MATAHARI NAMUN IA TIDAK LAMA, NAMUN CUKUPLAH UNTUK SEKETIKA. KADANGKALA TIUPANAN ANGIN DAPAT MENDINGINKAN BADAN BUAT SEKETIKA. SUBHANAALAH BEGITULAH NIKMAT ALLAH KEPADA HAMBANYA. DISAUJANA MATA MEMANDANG DALAM LAUTAN JEMAAH AKU DAPATI PELBAGAI CARA JEMAAH MENGHALANG SINANARAN MENTARI. ADA YANG MENYELITKAN KERTAS DI KOPIAH (MACAM TENTERA JEPUN PULAK), ADA YANG MELINDUNGI DENGAN TONG PLASTIK AIR ZAMZAM YANG KOSONG, DENGAN BEG SANDANG MALAH DENGAN SEJADAH PALING BANYAK KELIHATAN. PELUH MERECIK DI MUKA MASING2 NAMUN PARA JEMAAH BEGITU SABAR MENUNGGU MASUKNYA WAKTU SOLAT. KELIHATAN BEBERAPA JEMAAH MEMBASAHI KEPALA YANG BERKOPIAH DENGAN AIR ZAMZAM YANG DINGIN. YG BERKULIT HITAM TIDAK BEGITU KETARA TETAPI YANG BERKULIT PUTIH KELIHATAN SEPERTI UDANG KEPANASAN. TIBA2 MATA TERPANDANG SEORANG KANAK2 LELAKI MUNGKIN 2TAHUN BERMAIN2 MATA BERSAMA IBUNYA TANPA MENGIRAUKAN PANAHAN SONARAN MENTARI.                                                     

BEGITU KERDIL RASANYA DIRI HAMBA ALLAH INI. BAGAIMANA DI HARI PENGADILAN NANTI? PANAS YANG HANYA SEKELUMIT BEGINI TIDAK TERTAHAN, YA ALLLAH ENNGKAU AMPUNILAH DOSA HAMBA MU YANG HINA INI. HAMBAMU YANG SELALU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI. DI UDARA DERUAN ENJIN HELIKOPTER  MENJADI PERHATIAN SEKETIKA, BEGITU KETAT PENGAWSAN KERAJAAN SAUD INI, SELAIN POLIS, ASKAR BERADA DI MANA-MANA, MALAH SATU KEM SEGERA DIDIRIKAN TIDAK JAUH DR HARAM. AKU TERUS BERDOA, BEZIKIR DAN SESEKALI MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DIPAPARKAN NANTI.  APABILA AZAN BERKUMANDANG, NAFAS KELEGAAN KEDENGARAN DAN KEMUDIAN KHUTBAH JUMAT MULAI BERKUMANDANG. KHATIB BEGITU SEMANGAT MEMBACA KHUTBAH. ALANGKAH BAGUSYA KALAI AZ DPT MEMAHAMI BAHASA ARAB. NAMUM KITA BOLE MENAGKAPNYA KERANA IA BERKISAR TENTANG HAJI. NASIHAT AGAR TETAMU ALLAH INI BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH. BENARLAH HADIS NABI BAHAWA HAJI ITU KUSUT MASAI. ALHAMDULILLAH HINGGA SAAT INI AKU SIHAT WALAFIAT, KESAN BAKARAN MATAHARI SEMALAM TIDAK MENJADIKAN AKU DEMAM. SYUKUR ALHAMDULILLAH. BEGITU  BESAR NIKMAT ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG BERSYUKUR KEPADANYA. DILUAR UDARA  HOTEL MULAI KEDENGARAN BUNYI HELI.... (N3 INI DIBAWA OLEH NOKIA E72)

8 ulasan:

KAMATO berkata...

salam AZ, moga perjalanan haji tuan dipermudahkan

Kak Sidah berkata...

Salam Az,

Alhamdulillah az dapat bertahan dalam keadaan panas tu..ingat Allah insyaallah kita tak rasa, tumpukan perhatian dalaman kita pada yang satu..hanya Allah ..semoga az dipermudahkan ..selamat berwukuf di arafah ..doakan kami di Msia Az..

rosli berkata...

Salam Hj AZ,

Semoga tabah mengerjakan ibadah haji, geng2 PDKM sentiasa mendoakan tuan dan isteri agar mendapat haji yan mabror

Aki44 berkata...

Salam Az,

Ujian Allah kpd kita di dunia ini hadir dalam berbagai bentuk. Hanya org yg sabar sahaja mendapat kejayaan. Dgn itu banyakkan sabar dan panjatkan doa kpd Yg Maha Pengasih.

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah, kamato, rosli dan aki44: terima kasih atas ingatan. Insya allah pagi besok, mulai 9pagi kami akan mula bergerak ke arafah. Doakan agar pergerakan kami dipermudahkan allah.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam az,

semoga segalanya berjalan lancar.kak nab doakan az agar mendapat haji yang mabrur.

PINATBATE berkata...

Subhanallah..banyakkan bersabar AZ,mudah-mudahan mendapat haji yg mabrur.

مسافر اسلام berkata...

Assalammualaikom wtb tetamu Allah.
SubahanaAllah...semuanya dugaan Allah. Sabar cekal dan kuatkan iman. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...