Khamis, 23 Ogos 2012

Hepi Besday & kongrat


230812

Selamat hari ulang tahun ke -3 kepada coretan Ceriakan Hari-hari Mu. Semoga pengarangnya dapat terus bertahan dalam saat-saat ketidaksempatan untuk mengemaskininya kerana pelbagai kekangan yang tidak dapat diselesaikan. Pernah satu ketika CHHM tidak muncul  hampir 3 bulan kerana aku tiada kekuatan untuk menerbitkannya.  Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk meneruskannya. Kini tahun ke 3 aku menguruskan blog ini dengan suntikan semangat daripada rakan-rakan yang setia memberikan sokongan walupun mereka kini hilang satu persatu di medan maya blog ini. Tidak mengapa akan aku teruskan juga walaupun mereka tiada lagi.

Di saat kesempatan ini aku mengucapkan tidak terhingga kepada mamaju (wanita dikaki langit / http://wanitaberkakilangit.blogspot.com/) yang sentiasa memberikan kata semangat agar aku meneruskan ceritera aku ini. Begitu juga dengan Afeez (aku menulis untuk diriku sendiri /http://imwritingformyself.blogspot.com/ ) dan yang lain-lain seperti atuk baik, hj rosli, Kak Sidah. Kak Nab, Shami2, Rezeki , Sonata Anak Kancil serta mereka yang lain-lain yang tidak dapat aku senaraikan di sini yang  sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk menulis dengan melawat aku di di CHHM. Juga tidak dilupakan kepada pendorong utama aku menerbitkan CHHM iaitu Sdr CL dan Hj Arshad yang mana sumber pengunjung CHHM yang banyak melalui blog mereka itu http://manzlie-makkah.blogspot.com/ dan http://hajiarshad.blogspot.com/. Semoga kalian berdua diberkati Allah swt.


Selamat Hari ulang tahun kepada Ceriakan Hari-hariMu di dzairoy.blogspot.com


Inilah rupa CHHM buat pertama kalinya dihasilkan pada 23/8/2009


Rabu, 22 Ogos 2012

Selamat Hariraya

220812




Tidak terlambat aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada pembaca CHHM sekalian walaupun hari ini adalah Hari Raya Idilfitri yeng ke-4. Semoga Allah meberkati hidup kalian dengan mendapat perlepasan daripada azab api neraka, perlepasan daripada azab kubur, perlepasan daripada fitnah manusia dan fitnah dajal.

Taqabalallahu minna wa minkum,
ja’alanallahu wa iyyakum minal aidin wal faizin. Amin.

Semoga Allah menerima seluruh ibadah kita
Semoga Allah menjadikan kita orang yang kembali suci
dan orang yang memperoleh kemenangan. Amin


Maaf zahir dan batin daripada ayah zain sekeluarga

Isnin, 13 Ogos 2012

Malam Lailatul Qadar

130812

Begitu pantas masa berlalu dan meninggalkan kita tanpa disadari. Sesungguhnya masa (waktu) tidak menunggu sesiapa. Masa datang dan berlalu. Singgah seketika dan menjadi sejarah dalam lipatan masa. Allah telah bersumpah, demi masa, sesungguhnya manusia itu  dalam kerugian kecuali kepada mereka yang beriman dan beramal soleh yang  yang suka  berpesan kepada kebanaran dan kesabaran. Begitu juga dengan aku yang ditinggalkan oleh masa tanpa dapat mengemaskini rumahku ini hampir sebulan lantaran tidak pandai atau cuai dalam  menguruskan masa. Maka masa  berlalu terus berlalu  meninggalkan aku di rumah yang tidak dikemaskini.

Hari ini sehari lagi telah  berlalu. Masa beredar begitu cepat dan besok akan masuk   hari ke 25 kita berpuasa di Bulan Ramadan. Sungguh tidak terasa berpuasa di Bulan Ramadan pada tahun ini. Tap tup tap tup,  tinggal 4 malam sahaja lagi kita dapat menunaikan Solat Tarawikh yang mana pada bulan-bulan biasa tidak ada orang melaklukan solat ini keculai di Bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Penghulu bagi segala bulan dan di dalamnya ada satu malam yang begitu bermakna dan bernilai seribu bulan atau  bersamaan 83 tahun. Malam yang  dipanggil Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh berkah anugerah Allah kepada hambanya yang terpilih. Beruntunglah kepada mereka yang   bertemu dengan Malam Lailatul Qadar.

Dikesempatan ini aku ingin berkongsi tip yang aku dapat daripada facebook aku panduan atau cadangan untuk menemui Malam yang penuh berkat ini. Marilah kita cuba mendapatkannya. Dengan usaha yang ada dan Rahmat Allah kita akan berjaya.

kilik untuk paparan yang lebih jelas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...