130812
Begitu pantas masa berlalu dan meninggalkan kita tanpa disadari. Sesungguhnya masa (waktu) tidak menunggu sesiapa. Masa datang dan berlalu. Singgah seketika dan menjadi sejarah dalam lipatan masa. Allah telah bersumpah, demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali kepada mereka yang beriman dan beramal soleh yang yang suka berpesan kepada kebanaran dan kesabaran. Begitu juga dengan aku yang ditinggalkan oleh masa tanpa dapat mengemaskini rumahku ini hampir sebulan lantaran tidak pandai atau cuai dalam menguruskan masa. Maka masa berlalu terus berlalu meninggalkan aku di rumah yang tidak dikemaskini.
Hari ini sehari lagi telah berlalu. Masa beredar begitu cepat dan besok akan masuk hari ke 25 kita berpuasa di Bulan Ramadan. Sungguh tidak terasa berpuasa di Bulan Ramadan pada tahun ini. Tap tup tap tup, tinggal 4 malam sahaja lagi kita dapat menunaikan Solat Tarawikh yang mana pada bulan-bulan biasa tidak ada orang melaklukan solat ini keculai di Bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Penghulu bagi segala bulan dan di dalamnya ada satu malam yang begitu bermakna dan bernilai seribu bulan atau bersamaan 83 tahun. Malam yang dipanggil Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh berkah anugerah Allah kepada hambanya yang terpilih. Beruntunglah kepada mereka yang bertemu dengan Malam Lailatul Qadar.
Dikesempatan ini aku ingin berkongsi tip yang aku dapat daripada facebook aku panduan atau cadangan untuk menemui Malam yang penuh berkat ini. Marilah kita cuba mendapatkannya. Dengan usaha yang ada dan Rahmat Allah kita akan berjaya.
kilik untuk paparan yang lebih jelas
2 ulasan:
Salam sejahtera Tuan Hj.
Terimakasih atas perkongsian.
Moga kita dpt menikmati malam itu. Amin.
as salam mamaju
Insya Allah mamaju. sengaja berkongsi untuk manfaat bersama
Catat Ulasan