Sabtu, 22 September 2012

Apa yang tinggal?

220912

Rentetan berita kematian rakan sekerja semalam, aku ingin berkongsi sedikit sebagai ingatan kepada diriku sendiri. Sesunguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang sering ingat mengingati dan pesan berpesanan.

Apabila mati seseorang anak Adam  maka hilanglah segalanya daripada kehidupannya  di maya ini. Terputuslah segalanya apa yang dimiliki sebelum ini di dunia yang fana' ini kecuali 3 perkara iaitu:-

1. Anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
2. Ilmu yang bermanfaat semasa hidupnya dan
3. Amal jariah yang dilakukan semasa kehidupannya.

Selain daripada 3 perkara tersebut, akan hilang bersama-sama dengan kematiannya. Perbidalan menyatakan, Orang yang meninggal dunia ibarat kapal yang belayar ke tengah lautan. Semakin ke tengah, kapal itu semakin kecil dan akhirnya hilang dari pandangan. Begitulah dengan kematian seseorang itu akan dilupai dari hari ke hari. Nasib baik ada hari raya  yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat Melayu menziarahi sanak saudara mereka. Seolah-olah serti ada keramaian dengan baju beranika warna menziarahi kubur . Aku teringat semasa aku di Bakri Muar, masyarakat Melayu Muar akan ke tanah perkuburan pada setiap pagi Jumaat. Kebetulan ketika itu Johor mewartakan hari Jumaat adalah hari cuti mingguan. Keadaan ini hanya berlaku di Tanah Perkuburan Batu 6, Jalan Bakri,  Muar. Tanah perkuburan ini tersusun rapi dan bersih kerana di jaga dengan baik sekali.



Semoga dengan coretan ini aku akan terus mengingati arwah arwah yang telah mendahului aku terutamanya ayahku, ibu dan bapa saudaraku,  adik-adik dan kakakku, guru-guruku juga seluruh umat Islam yang aku doakan kesejahteraan mereka setiap kali lepas solat waktu.

1 ulasan:

Ayah Zain berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...