210912
Diam tak diam, hampir sebulan Blog Ceriakan Hari-hariMu tidak dikemaskini. Aku tidak mengerti mengapa aku tiada
Pagi tadi aku dikejutkan dengan SMS daripada kawan aku di Batu Pahat menyatakan bahawa seorang rakan kami telah meninggal dunia pada malam tadi (20 Sep 2012). Aku mengetahui kawan ku ini mempunyai penyakit kencing manis namun beliau mati tiada kaitan dengan kencing manis tetapi mati secara mengejut. Maksudnya rakan ku ini sihat sihat sahaja namun Allah lebih menyayanginya. Aku tidak sempat menziarahi jenazah kerana mempunyai tugas di luar kawasan.
Kawan ku ini seorang yang periang dan happy go lucky. Baginya tiada masalah dalam hidup ini. Hidup mana yang tidak bermasalah katanya. Kita mesti pandai mengatasi masalah tersebut. Kita yang buat dia katanya. Beliau seorang guru yang penyayang dan amat di sukai oleh anak-anak muridnya. Hidupnya begitu simple dan bersahaja. Beliau mempunyai anak yang agak ramai rasanya cukup untuk satu pasukan bola sepak siap dengan pemain simpanannya sekali.
Beliau bersara bersara beberapa tahun yang lalu di Batu Pahat dan terus menetap di Batu Pahat (Taman Sri Sulong) di mana rumahnya tidak sampai 5 km daripada sekolah tempat kami mengajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang diredaiNya. Al Fatihah.
2 ulasan:
hehe tanpa nama tu mamaju!kacau anak punya..
yer ke mamaju. orait. no hal
terima kasih visit az
Catat Ulasan