Sabtu, 6 Oktober 2012

Kucing oh Kucing

06102012


Cepat sungguh masa berlalu. Kini minggu pertama bulan Oktober juga sudah berakhir namun blogku ini amat   berat untuk dikemaskini justeru kesibokan masa mengejar hal hal dunia. Mungkin sudah kekeringan idea.

Sengaja ingin berkongsi cerita. Berlaku perkara ini kelmarin hari Jumaat (5 Okt 2012)  tatkala aku balik ke rumah untuk bersedia menunaikan Solat Jumaat. Kebetulan  Aku terlambat sedikit keluar pejabat kerana hal-hal pejabat. Namun apa yang menunggu aku di rumah????? Udahler waktu azan hampir tiba, badan pun penat, ermmmmmmm ...... namun aku bergegas juga untuk membersihkannya. Aku sempat  sampai di Masjid namun khatib sudah separuh membaca Khutbah Jumaat.

Apaler dosa aku hai kucing? Kau melakukannya sebegini. Bersabar sahaja. Tak boleh nak sumpah seranah mahluk Allah ini nanti dia melakukan lagi yang lebih hebat barangkali. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku.




(Sekadar perkongsian. Harap Ustaz Amin merestuinya.

4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum az..

kucing zaman skrg ni dah tak reti nak berak kat tanah pastu tutup, depa maen berak merata jer kan

Ayah Zain berkata...

Hehe. Agaknya lah

NEKCIK berkata...

seringan ringan ujian lah tu AZ....bayangkanlah AZ tengah buang duri di jalanan..ha..ha

Ayah Zain berkata...

yor lah nekcik. buang n cuci jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...