Selasa, 8 Januari 2013

Rumah Tinggal

080113


Hari ini, hari kedua aku tidak bekerja setelah lebih sebulan bercuti. Hari ini aku mempunyai masa sendiri. Aku mengurus diri sendiri setelah 31 tahun menguruskan orang lain anak-anak didik tersayang. Semoga kalian terus mencipta kejayaan sebagai warga negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

Selepas solat subuh, aku meneruskan agenda 10 ribu langkah (10KL) yang telah 3 bulan aku amalkan dan semoga amalan ini terus berkekalan. Hari ini  badan terasa ringan setelah beberapa hari sakit pinggang, lengoh lengoh kaki. Mungkin kesan daripada ubatan herba yang baru aku amalkan sejak beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.

Seterusnya pukul 10 pagi aku menghubungi tukang cermin untuk membetulkan 'sliding door' rumah baru kepunyaan isterisku. Katanya hendak di buat rumah tinggal. Hehehehe, buruk juga bunyi terjemahan ini.  Selesai aktiviti ini aku menyambung kerja-kerja mengemaskan rumah tinggal ini dan kebetulan pekerja MBMB bertugas dan aku mengambil kesempatan memintan tolong untuk mengangkut/membuang tunggul-tunggul pisang yag sukar aku uruskan dahulu.  Alhamdulillah. Senang mata memandang setelah kerja-kerja pembersihan selesai.

Sebelah petang ada lagi kerja-kerja menbambah baik di rumah isteri aku, bukannya di dirumah tinggal tetapi di rumah sendiri. Ada saja isteri ku ini untuk menabah aktivitinya. Tidak mengapan layannnnn.


3 ulasan:

مسافر اسلام berkata...

Assalammualaikom wbt tuan Hj....Apa kabar?
Padat juga aktiviti tuan Hj waktu cuti ini ye...menarik...

JazakaAllah

Ayah Zain berkata...

alaikumus salam. alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

alaikumus salam. alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...