Sabtu, 22 Disember 2012

Solstis Musim Sejuk


080234 / 221212

Salam Sejahtera, salam ceria.

Hari ini 22 Disember 2012. Hari ini matahari berada tepat di Garisan Jadi. Garisan Jadi ialah Garisan 23½°S.
Apakah implikasinya kepada kejadian ini? Ia mengakibatkan  kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim Panas, siang lebih panjang drpd mlm dan kawasan  di Kutub Selatan mengalami siang 24 jam dan sebaliknya di Hemisfera Utara mengalami musim dingin, malam lebih panjang drpd siang dan Kutub Utara malam 24 jam. Sebab itulah juga Kejadian pada 22 Disember ini dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk kerana negeri-negeri di HU mengalami musim sejuk. Pada hari ini juga matahari berada paling jauh di Hemisfera Selatan kerana selepas ini matahari akan bergerak semula ke Hemisfera Utara. Begitulah hebatnya ciptaan Allah. Marilah kita mengucap syukur kepada nikmat2nya yang tidak terhingga.


  Garisan Jadi.

12 ulasan:

dzureen berkata...

Salam. Sekarang baru saya faham kenapa ada nya khabar angin tentang bumi menjadi gelap 23, 24 dan 25 Disember in. Itu mungkin berlaku di Kutub Utara sahaj ye? Hehe.

Juhariah Johari berkata...

Assalammualaikum Tuan Hj AZ,
Alhamdulillah.
AZ ada cadang nak berbulan madu kat negeri2 sejuk?

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ

kene terangkan gak mengenai Summer Solstis.

Ayah Zain berkata...

Dureen. gelap di kutub utara tu 6 bulan. Bukannya 3 hari

Ayah Zain berkata...

X adalah mamaju. Mrszain x tahan sojok. Huhuhu

Ayah Zain berkata...

Afeez. Soltis musim panas diterangkan pd 21 jun nanti. Actually sama jer. Tp Matahari tegak di garisan sartan. So HU musim panas dan KU matahari bersinar selama 6 bulan

NEKCIK berkata...

bedebar debar nak melihat dunia menjadi gelap gulita...sib baiklah ada cikgu yang nak xplain..tkasih cikgu!!!

Ayah Zain berkata...

salam nek cik.

yer ker. Alhamdulillah. gelap gulita selama 6 bulan di Kutub Utara pada bulan 12 atau bulan 6 di Kutub Selatan disebabkan bumi kita condong.

Cikgu Kaunseling Ma berkata...

assalamualaikum ayah zain
di sini hujan masih turun renyai2,
musim dingin...

amirini berkata...

Assalamualaikum...
I follow Ayah Zain...

Ayah Zain berkata...

as salam cikgu Kaunseling.

sorri lama x kemas rumah. hehhe. Terima kasih atang melawat yer. Tak apa, hujan itu rahmat

Ayah Zain berkata...

as salam amirini:

ma kasih visit ayah zain na

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...