Isnin, 16 September 2013

Selamat Hari Malaysia ke-50 tahun

16092013







Sabah dan Sarawak negeri ceria
Semenjung pula menjadi induk
Selamat Menyambut Hari Malaysia
Sudah Lima Puluh tahun ianya terbentuk

pelabagai juadah dihidang berjenis-jenis
selepas makan  haruslah berkumur
pelbagai dugaan pahit dan manis
moga Malaysia terus aman dan makmur

Ahad, 15 September 2013

Kad Jemputan Kahwin


15092013


Zaman dah berubah. Pemikiran semakin kreatif. Kad jemputan kahwin dah bermacam-macam rekabentuk. Hari ini baru perasan kad jemputan berdasarkan perlawanan bola sepak pulak. Ikut suka la. Asalkan bahagia.

Rabu, 11 September 2013

kuasa duoposen

11092013

"Pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat menaikkan tambang , naik RM15.00 sebab harga petrol naik 20 sen seLiter. So anak saya pun terlibat. Tak tahu nak cakap apa, bukan berkira, dan bukan tak faham / tak boleh menerima kenaikan, tapi RM15?? Welcome to BolehLand"


Itulah keluhan seorang ayah. Ayah Hanya boleh mengeloh. Ayah Mengeloh   tidak berkesudahan. Mengeloh kerana rasa tertekan. Mengeloh kerana sebab yang tidak masuk akal. Mengeloh kerana duoposen (dua puluh sen). Ayah mengeloh kerana di atas bahu sang ayah mencari nafkah untuk keperluan keluraga. Ayah Mengeloh kerana  dimaklumkan oleh isteri tercinta  tambang van sekolah anak mereka akan dinaikkan daripada RM75.00 sebulan kepada RM90.00 sebulan. Kenaikan hanya RM15.00 sahaja. Pada pemikiran pak menteri kenaikan yang hanya sedikit. Kerana kenaikan duoposen  tidak akan memberi kesan kepada rakyat marhaen. Nah lihatlah bagaimana kesan duoposen telah mula memberikan impak yang begitu besar. Kerana kenaikan duoposen,    pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat untuk menaikan tambang sebanyak RM15.00 berkuatkuasa pada Oktober 2013. Begitu cepat dan pantas pengusaha van sekolah tersebut bertindak.



Begitulah kesan duoposen yang telah mula dirasai disektor pendidikan iaitu pengankutan pelajar ke sekolah. Kalau melibatkan pelajar sekolah, yang terlibat ialah ibu bapa pelajar sekolah. Itu baru kos pengankutan tidak termasuk lagi dengan kos-kos yang lain seperti pakaian sekolah dan lain-lain kelengkapan sekolah. Logik akal,  pada persiapan anak-anak ke sekolah pada sesi persekolahan 2014 akan memperlihatkan kenaikan kepada kelengkapan persekolahan tersebut.

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, kenaikan harga minyak yang  hanya beberapa sen sahaja akan  menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain dan sudah tentu sektor pengankutan yang akan bertindak terlebih dahulu dan akan diikuti oleh lain-lain perkhidmatan dan sebagainya. Ia adalah satu implikasi yang  berangkai. Yang Berkait antara satu sama lain.  Akhirnya semuanya akan terlibat meningkat naik. Walaupun akan ada amaran dari kementerian berkaitan mengekang kenaikan barangan, kenaikan harga barangan akan tetap naik juga dengan pelbagai alasan tercipta. Antaranya ialah kekurangan barangan keperluan di pasaran. Tiba-tiba berlaku barangan keperluan tiada di pasaran seperti kekurangan bekalan gula pada satu ketika dahulu. Apabila harga gula dinaikan, bekalan pulih sediakala. Begitulah kehidupan di negaraku yang masih aman ini. Tiada peperangan dan tiada kacau bilau atau huru hara yang berlaku seperti di negara-negara yang lain.



Isnin, 9 September 2013

Kemalangan Maut

09092013

Selepas solat Magrib di Masjid Ayer Molek tadi , imam memaklumkan solat jenazah akan di adakan selepas solat sunat Magrib. Aku tidak melepaskannya untuk sama-sama solat jenazah dan sama-sama mendoakan agar roh si mati di cucuri rahmat Allah. Agak ramai juga jemaah yang turut serta mendirikan solat jenazah.

Terdapat dua jenazah. Jenazah sepasang adik beradik ayang berusia awal duapuluhan. Betapa pilunya hati kedua oarng tuanya yang kehilangan dua orang anak serentak. Seorang lelaki dan seorang perempuan (kakak).

Kejadian berlaku awal petang tadi di persimpangan empat yang terletaknya Pasaraya Mydin di Jasin Bestari. Ceritanya mereka di langgar oleh sebuah lori milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Dimaklumkan pemandu lori tangki air itu memecut ketika lampu kuning menyala. Mungkin tersilap bajet, lampu merah pula menyala mengambil giliran. Di satu laluan pula, lampu hijau mengambil giliran dan ketika itu sebuah motor terus bersedia memecut dilaluannya. Dengan Pemandu lori yang tidak sempat menekan brek ketika lampu merah telah menyala dan sipemandu motor pula tidak sabar untuk bergerak, maka berlakulah kemalangan negeri yang begitu tragis. Innalillahi wainna hirajiuun.

Lampu-lampu isyarat yang dibina akan menyediakan 3 warna lampu isyarat iaitu Hijau, kuning dan merah. Hijau untuk meneruskan pemanduan. Kuning sedia untuk berhenti dan merah, mesti berhenti. Mandatori. Peliknya di Malaysia, dan telah menjadi kebiasaan   kepada pemandu malaysia, warna KUNING, seolah-olah menyuruh mereka terus memecut dan akan berasa seronok seperti satu kepuasan apabila dapat melepasinya sebelum lampu merah menyala. Habit ini amat buruk. Inilah yang berlaku kepada peristiwa kemalangan yang meragut dua nyawa tadi.  Kadangkala aku juga berbuat begitu. Semoga aku mengambil iktibar daripada kejadian ini untuk keselamatan diri sendiri keluarga tersayang dan juga pengguna jalanraya yang lain. Anda mampu mengubahnya.


Gambar Hiasan

Khamis, 5 September 2013

Menu duoposen

05092013


Hari ini hujan semenjak dari awal pagi, masih tidak berhenti lagi. Sekarang sudah hampir pukul 1 petang, masih renyai-renyai dan kadang kala lebat. Biasanya kalau berlarutan. keadaan sebegini akan berlanjutan sehingga seminggu.


Menu duoposen

Bila hujan, perut berasa lapar. Mulut hendak mengunyah sahaja. Orang nismilan kata mengonyel. Maksudnya mulut sentiasa ada benda yang dikunyah. Justeru kenaikan minyak sempena Hari Merdeka 2013, hari ini kami pakat-pakat menyedikan makanan yang simple untuk makan tengh hari. Kami panggil Menu duoposen. Seperti Ikan Kembong masak asam pedas, petai goreng bawang berlada, ikan kembong goreng dan sayur goreng yang ditanam sendiri. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...