Rabu, 11 September 2013

kuasa duoposen

11092013

"Pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat menaikkan tambang , naik RM15.00 sebab harga petrol naik 20 sen seLiter. So anak saya pun terlibat. Tak tahu nak cakap apa, bukan berkira, dan bukan tak faham / tak boleh menerima kenaikan, tapi RM15?? Welcome to BolehLand"


Itulah keluhan seorang ayah. Ayah Hanya boleh mengeloh. Ayah Mengeloh   tidak berkesudahan. Mengeloh kerana rasa tertekan. Mengeloh kerana sebab yang tidak masuk akal. Mengeloh kerana duoposen (dua puluh sen). Ayah mengeloh kerana di atas bahu sang ayah mencari nafkah untuk keperluan keluraga. Ayah Mengeloh kerana  dimaklumkan oleh isteri tercinta  tambang van sekolah anak mereka akan dinaikkan daripada RM75.00 sebulan kepada RM90.00 sebulan. Kenaikan hanya RM15.00 sahaja. Pada pemikiran pak menteri kenaikan yang hanya sedikit. Kerana kenaikan duoposen  tidak akan memberi kesan kepada rakyat marhaen. Nah lihatlah bagaimana kesan duoposen telah mula memberikan impak yang begitu besar. Kerana kenaikan duoposen,    pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat untuk menaikan tambang sebanyak RM15.00 berkuatkuasa pada Oktober 2013. Begitu cepat dan pantas pengusaha van sekolah tersebut bertindak.



Begitulah kesan duoposen yang telah mula dirasai disektor pendidikan iaitu pengankutan pelajar ke sekolah. Kalau melibatkan pelajar sekolah, yang terlibat ialah ibu bapa pelajar sekolah. Itu baru kos pengankutan tidak termasuk lagi dengan kos-kos yang lain seperti pakaian sekolah dan lain-lain kelengkapan sekolah. Logik akal,  pada persiapan anak-anak ke sekolah pada sesi persekolahan 2014 akan memperlihatkan kenaikan kepada kelengkapan persekolahan tersebut.

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, kenaikan harga minyak yang  hanya beberapa sen sahaja akan  menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain dan sudah tentu sektor pengankutan yang akan bertindak terlebih dahulu dan akan diikuti oleh lain-lain perkhidmatan dan sebagainya. Ia adalah satu implikasi yang  berangkai. Yang Berkait antara satu sama lain.  Akhirnya semuanya akan terlibat meningkat naik. Walaupun akan ada amaran dari kementerian berkaitan mengekang kenaikan barangan, kenaikan harga barangan akan tetap naik juga dengan pelbagai alasan tercipta. Antaranya ialah kekurangan barangan keperluan di pasaran. Tiba-tiba berlaku barangan keperluan tiada di pasaran seperti kekurangan bekalan gula pada satu ketika dahulu. Apabila harga gula dinaikan, bekalan pulih sediakala. Begitulah kehidupan di negaraku yang masih aman ini. Tiada peperangan dan tiada kacau bilau atau huru hara yang berlaku seperti di negara-negara yang lain.



14 ulasan:

*SiRibenMerah berkata...

kuasa dua ploh sen..
sobsobsob~

Ayah Zain berkata...

sirebenmerah

terima kasih sudi singgah yer

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ

sudah tiba masanya untuk mencari dan memajukan bahan bakar alternatif untuk menggantikan petrol seperti biodiesel

Ayah Zain berkata...

alaikums salam afeez

wah seronok nampak di Bandung.

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Dua posen je ayah...

ikan & ayam dah naik 50-80 sen sekg
nasi lemak dah naik 50 sen
teh tarik dah naik 20 sen

akhir2nya akan ada jugak orang naik darah tinggi mencanak2 hu hu huhuhu

dua posen je pun, kata pak menteri dan konco2nya...apa ade hal!

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ


berhijrah kita...ikut sunnah

afeezz berkata...

di Bandung petrol berharga Rp6,500 seliter

Unknown berkata...

Isteri bolehlah mengeluh dan mengadu pada suami..tapi yg tkde suami ni nk negadu pada siapa..tanggunglah sendiri..
Tadi pi pasar malam ikan bilis naik seringgit..esuk lusa apa lagi yg naik..huhu

Ayah Zain berkata...

salam anyss

itulah dia natijahnya. tunggu lag 4 tahun lagi. itu pun kalau nak berubah

Ayah Zain berkata...

salam atuk

memang dah ikut sunnah ni

Ayah Zain berkata...

Afeez: dalam RM baru 1.88 aje

Ayah Zain berkata...

salam nyanyisunyi

apa nak buat,beli ajer lah

Bunda_nora berkata...

Assalamualaikum...salam kenal..

Ayah Zain berkata...

boleh bunda. di alu2kan sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...