09092013
Selepas solat Magrib di Masjid Ayer Molek tadi , imam memaklumkan solat jenazah akan di adakan selepas solat sunat Magrib. Aku tidak melepaskannya untuk sama-sama solat jenazah dan sama-sama mendoakan agar roh si mati di cucuri rahmat Allah. Agak ramai juga jemaah yang turut serta mendirikan solat jenazah.
Terdapat dua jenazah. Jenazah sepasang adik beradik ayang berusia awal duapuluhan. Betapa pilunya hati kedua oarng tuanya yang kehilangan dua orang anak serentak. Seorang lelaki dan seorang perempuan (kakak).
Kejadian berlaku awal petang tadi di persimpangan empat yang terletaknya Pasaraya Mydin di Jasin Bestari. Ceritanya mereka di langgar oleh sebuah lori milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Dimaklumkan pemandu lori tangki air itu memecut ketika lampu kuning menyala. Mungkin tersilap bajet, lampu merah pula menyala mengambil giliran. Di satu laluan pula, lampu hijau mengambil giliran dan ketika itu sebuah motor terus bersedia memecut dilaluannya. Dengan Pemandu lori yang tidak sempat menekan brek ketika lampu merah telah menyala dan sipemandu motor pula tidak sabar untuk bergerak, maka berlakulah kemalangan negeri yang begitu tragis. Innalillahi wainna hirajiuun.
Lampu-lampu isyarat yang dibina akan menyediakan 3 warna lampu isyarat iaitu Hijau, kuning dan merah. Hijau untuk meneruskan pemanduan. Kuning sedia untuk berhenti dan merah, mesti berhenti. Mandatori. Peliknya di Malaysia, dan telah menjadi kebiasaan kepada pemandu malaysia, warna KUNING, seolah-olah menyuruh mereka terus memecut dan akan berasa seronok seperti satu kepuasan apabila dapat melepasinya sebelum lampu merah menyala. Habit ini amat buruk. Inilah yang berlaku kepada peristiwa kemalangan yang meragut dua nyawa tadi. Kadangkala aku juga berbuat begitu. Semoga aku mengambil iktibar daripada kejadian ini untuk keselamatan diri sendiri keluarga tersayang dan juga pengguna jalanraya yang lain. Anda mampu mengubahnya.
Gambar Hiasan
9 ulasan:
assalamualaikum AZ
semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang iman... amin
amiin
ma kasih afeez
Sowg kak yg mnggal adalh adk agkt sy,smga allah mcucuri rahmat ke ats arwah kak n arwah adk.al fatihah smga roh adk tnang disna amin
Salam. .saya mencari Cerita ini di akbar tetapi tiada..mmg tak keluar dlm srt khabar ke
nk tahu sape nme arwah 2org niey..
Knp tiada berita ni di mana2 akhbar
Siti norlaila md nor..sahabat karib sy,satu kelas,duduk sebelah sy didlam klas ..semoga kau tenang di alam sane..al-fatihah
Kakak dye siti nor laila(5katering smk air molek)-2010
Keluar dlm surat khabar cina
Catat Ulasan