200211
inilah Wajah cucu ku dihari pertama
ooo cayang atok
selamat datang ke dunia ini cucu atok
Amirul Aiman bin Faizal
nama cucu ku yang ke 13
wow ramai tu
maknanya emak aku dah ada 13 orang cicit
Itulah dia cucu ku yang terbaru yang dilahirkan pada 10 Feb 2011 , Hari khamis pukul 5.29 pagi dengan timbangan 2.63kg.
Bayi itu adalah anak kepada anak buahku. Anak keponakan aku. Iaitu anak kepada adik perempuan ku no 5. Adik perempuanku ini telah kembali ke alam baqa hampir 20 tahun yang lalu. Masa dia meninggal, umur anakbuah ku ini (bapa bayi ituler) baru berumur10 tahun barangkali.
Comel sekali wajah cucuku ini. Sayangnya aku tak dapat menziarahinya lagi kerana berada nun jauh di utara Malaya di Jitra Kedah. Anak buahku ini bertugas di Kubang Pasu Kedah.
Semoga ia akan menjadi anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya. Disamping menjadi warga Malaysia yang berjasa kepada ugama, bangsa dan negara Malaysia tercinta.
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(QS:At-Taghabun: 64:15)
17 ulasan:
Assalammualaikom wtb tuan Haji. MasyaAllah...sudah berapa banyak agaknya punyai cucu. N3 yang buat orang suspen untuk membacanya....
JazakaAllah
salam
heheh, apa pulak yang suspens ni.
salam atuk az
hehehe boleh panggil atuk
salam AZ,
selamat boleh menantu dan cucu.
lama ayah tak melayari ke alsm maya.
moga sihat.
Assalamu'alaikum AZ,
Tahniah lah dah bertambah cucu. Cucu sendiri kakak rasa akhir tahun ini atau tahun depan murah rezeki dapatlah....
assalamualaikum AZ : tahniah dpt cucu baru... kiut nye
salam rezeki
buka atuklah tetapi datuk. hehehe
salam ayahanda,
itulah, bila ada masa kita masuklah melayari internet
salam kak zakie,
amin.alhamdulillah. semoga dipermudahkan oleh Allah
salam afeez,
alhamdulillah
Tahniah AZ,
Didoakan semuga Amirul Aiman menjadi anak soleh kebanggan keluarga.
salam pinabate
aminnnnnnnnn
Salam atuk AZ,
Alhamdulilaah dan tahniah..)
Muga cucunda Aiman menjadi anak/cucu yang hebat dan soleh.
dah boleh join team org tue2 laa kita...:)
nanti dapat cucu sendiri barulah boleh title datuk :))
salam az, tahniah bertambah cucu, saya mohon maaf tak sempat hadir hari ru, sebelah rumah saya juga buat kenduri kahwin, buat gotong royong tu yg tak sempat nak lari
tahniah! cucu sedara rupanya...kita pun dah ada cucu gak...cucu orang cucu kita jugak! he3x
Assalamualaikum AZ,
Terkejut akak ..ingatkan cucu betul tadi..rupanya cucu sedara..Alhamdulillah...semoga bertambah ramai lagi ahli keluarga..dah lama tak dgr berita kan AZ..
Catat Ulasan