Ahad, 10 April 2011

untung seorang isteri

100411
Hari ini aku dapat menghadiri majlis ilmu di Surau Anak Bugis Pt Keroma Ayer Baloi Pontian. Tajuk yang menjadi perbicaraan ustaz penceramah ialah Solat Jemaah. Hukum solat jemaah adalah fardu kifayah namun perlu diingat solat jemaah itu seolah-olah fardu ain. Solat jemaah itu lebih afdhal kerana ia memberikan ganjaran 27 kali ganda pahala berbanding solat sendirian. Walaupun seorang suami itu solat jemaah bersama isterinya namun ia tidak sama ganjarannya solat jemaah di surau atau masjid. Solat sendirian isteri di rumah manakala suaminya solat jemaah di surau/masjid maka sekonyong-konyongnya si isteri mendapat ganjaran 27 kali ganda pahala setanding dengan orang yang bersolat jemaah di surau/masjid. Beruntunglah isteri-isteri yang solat sendirian di rumah yang mana sang suaminya solatt jemaah di surau/masjid, sang isteri  akan  mendapat ganjaran yang sama dengan suaminya yang bersolat di surau atau masjid. Oleh itu wahai sang isteri, galakkanlah suami anda bersolat jemaah di surau atau masjid.

 .......Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkakk


6 ulasan:

Kak Sidah berkata...

SALAM AZ,

BERUNTUNGNYA WANITA YG BERGELAR ISTERI..MACAM2 KEUNTUNGAN ADA..HARAP2 KITA DALAM KUMPULAN YG BERUNTUNG ITU KAN..INSYAALLAH.

Kakzakie berkata...

Harap kakak memperolehi seperti N3 ini. Apa lagi yg hendak dikejar kalau bukan bahagia dunia dan akhirat. Masjid pun banyak dimana-mana, pilihlah saja....

ysa berkata...

Salam,
Eloknya para isteri pun turut sama mengalak dan berusaha memudahkan suami pergi surau/masjid utk solat berjemaah. Siapkanlah kunci dan songkok/kopiah di satu tempat khas.Alangkah baiknya Kalau ada secawan teh O sebelum melangkah keluar rumah!.
Kadang2 lelaki yang dah berumur mudah lupa dan kalau isteri dapat tolong alangkah senangnya jiwa.Tak caya cuba buat dan tanya suami.-)

Semoga kita sentiasa di rahmati Allah dengan pelbagai nikmat...terutama nikmat Islam dan iman

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah,

alhamdulillah semoga kak sidah termasuk dalam golongan isteri yang beruntung

Ayah Zain berkata...

betul tu kakzakie. Insya allah.

Ayah Zain berkata...

wow, hebatnya permintaan ysa. Semoga para isteri yang membeca n3 ini dapatlah berbuat seperti yang disarankan oleh ysa ini.

shh! az pengidap diabetis tak dapek minum kopi o tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...