Ahad, 26 Februari 2012

Anda kesepian???

26022012


Cepatanya masa berlalu. Beberapa hari lagi Bulan Mac akan menjelma. Ke manakah masa yang berlalu itu dipenuhi. Adakah ia berlalu begitu sahaja atau dipenuhi dengan aktiviti yang membawa kemudahan menuju ke matlamat yang akhir. Sama-samalah kita berusaha agar kita menjadi hamba yang diredai dan dirahmati.

Melalui laman sesawang http://doaharian.blogspot.com/ aku ingin berkongsi maklumat yang amat berguna kepada kita mengisi masa-masa yang ada untuk menuju ke matlamat yang akhir. Semoga pemunya blog merestui usaha ku ini justeru tanpa kerelaannya usaha ini sia-sia sahaja. Aku berusaha menapaknya tetapi belum kesampaian lantas aku mencatat url lelaman tersebut.

Gangguan semasa tidur seperti terkejut dari tidur adalah perkara yang biasa dialami oleh sesetengah insan dan kadangkala amat payah kita meneruskan tidur itu. Pelbagai fikiran mendatang memaksa kita merasa pelbagai perasaan dan akhirnya ditengah malam sunyi kita terasa begitu sunyi dan sepi sekali terutamanya kepada mereka yang hidup bersendirian. Tak mengapalah kita mempunyai Allah yang sentiasa berada di sisi kita seperti bait-bait indah lagu Maher Zain. Insya Allah.

Di sini az titipkan doa yang boleh kita amalkan apabila kita  terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian. AZ cuba menghafal doa ini dan semoga ia menjadi sebahagian  amalan dalam kehidupan kita.




Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku


4 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Assalamualaikum Ayah Zain,
Salam kenal...

..kadang-kadang bagi yang berkeluarga pun mereka akan tetap berasa bersendirian sesaat dua dalam hidup...apatah lagi yang hidup bersendirian..dan doa ini adalah penyembuh..dan sangat bermanfaat...terima kasih..!

Ayah Zain berkata...

wassalam Lady Windsor

Selamat datang ke rumah az. Mari kita amalkan doa ini. Insya Allah

mama ju berkata...

Salam AZ

Kata2 semangat dr Lady windsor..
Terimakasih atas tunjuk ajar.

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

salam ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...