25032012
Cokolat di pasaran memang banyak. Pelbagai jenama di pasaran seperti Cadbury dan sebagainya. Ada yang murah dan ada yang mahal. Aku emnag peminat cokolat. Namun apa kan daya aku seorang pesakit kencing manis. Selama ini aku hanya memnadan perasan sahaja kepada cokolat tersebut. Kadang kala aku lelap mata dan melahap cokolat itu kerana terlalu gian akan cokolat yang meminta aku melahapnya.
Atas kekurangan itu makan tiba-tiba aku terfikir apa salahnya akan cuba membuatnya sendiri mana tahu aku boleh menggantikan gula cokolat dengan bahan yang lain. Justeru melalui internet aku mendapat satu kursus pembuatan cokolat di Batu Pahat. Kelas ini begitu ekslufsif kerana 2 pelajar sahaja pada sesuatu sesi. Malang lagi, ia terbuka kepada pelajar wanita sahaja. Lelaki? Minta maap lerrr
Aku mendapat idea untuk menghadiri kursus itu bersama isteri. Setelah difikirkan guru cokelat itu, ia memberi peluang kepada ku untuk hadir kursus pembuatan cokolat bersama isteri ku. Alhamdulillah.
Pada 24 Mac 2012, pukul 10 pagi sesi pembuatan cokolat telah aku hadiri bersama mrszain. Kursus ini berlangsung selama 6 jam daripada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang non stop kecuali untuk Solat Zohor dan makan tengah hari sahaja. Di akhir kursus kami diberikan sijil hadir kursus tersebut.
bahan bahan
penyukatan bahan
bancuhan
siap set pertama
mencairkan cokolat
testing
masukan dalam petisejuk selama 5 minit
sekiranya tidak patah apabila ditarik keluar maka cokolat menjadi
Kalau idak kena buat penyesesuaian semula ramuan tersebut
di sini az dapat A+, mrsz dapat A
Kalau idak kena buat penyesesuaian semula ramuan tersebut
di sini az dapat A+, mrsz dapat A
cokolat oreo
biskut oreo di dalam cokolat
hasilan pertama ; huhuhu dapat gred c je
hasilan ke-dua
lain lain hasilan
siap semuanya untuk hari itu
boleh bawak balik
untuk di jual. ... ada yang order?
hehehhe. tak ada lah.
hehehhe. tak ada lah.
Ilmu ini kalau tidak di amalkan, maka ia akan lupa. Oleh itu berazam untuk membuatnya apabila ada masa, tetapi entah bila.
Sayangnya, bahan-bahan cokelat dipasaran telah sempurna nya, kita perlu membancuhnya sahaja. Bermakna, gula telah ada dalam bahan-bahahn itu. Jadi untuk pesakit diabetis? ...... wal hasil balik asal.
16 ulasan:
Salam AZ
Tak sangka rupanya AZdn mrs pegi kursus. Tabik! tak ramai lelaki minat menghadiri kursus tu.
Dari tenet saya dpt cara buat coklat iaitu guna 125 shoterning, 125 gula icing (kita boleh kurangkan sbb buat sendiri) 6 sudu serbuk koko, 4 sudu susu tepung(boleh kurangkan,,)
Cairkan shortening, masuk semua. gaul. sejuk boleh potong.
Saya belum cuba lagi, setakat ni beli yg dah siap je lepas tu cetak...
Begitulah kisahnya.
Makin sikit coklat bolehkan?
ma kasih mamaj atas info. sengaja utk isi masa lapang. nanti saya cuba.
Assallamualaikum AZ,
Seronoknya juga sekali sekala belajar resepi baru. Kat Kolej Komuniti di sini pun ada juga mama hadiri untuk beberapa kursus, tapi belum lagi attend yg buat c0kelat ni..
Tahniah untuk Mr n MrsZ
tahniah telah berjaya pergi kursus...sy kursus sendiri je...beli coklat bar - cairkan - masuk acuan he3x...pembeli bertalu2 ngap masuk mulut - laku gitu je!
Salam AZ
Wahh rajinnya AZ dan MrsZ belajar buat coklat..saya beli yg dah siap je...tu pun tahan2 dan makan bila dah tempted sangat sbb sy pun kena kontrol diabetes. Nak belajar buat jugalah guna resipi yg mama ju bagi tu...:)
salam nadz,
betul kat koleh komuniti ada program tu tapi student nya ramai. kat sini cuma dua orang jer. mudah sikit nak dapat
salam lady W
memenuhi masa lapang as a hobby.
salam sonata
caya la cikgu. anyway bahagia
assalamualaikum AZ : kirim sket kat sini, nak rasa coklat air tangan AZ hehehehe
alaikum salan afiz
bagi alamat nya. tp x tau bila boleh pos
Salam az, rupanya semua cokelat dah ada gula ye, kalau tak ada kan bagus, boleh ganti dengan stevea
Salam AZ,
emmmmm...
klw dpt rasa mesti best kan..
As salam THAZ,
Pertama sekali sy ucapkan TAHNIAH AZ dah pandai wat coklat sendiri.
Sy penah gak tengok org wat coklat tapi sendiri x pandai wat, makan je pandai.
Harap satu ari nanti dapat merasai coklat yg THAZ wat.
Lama x tengok THAZ, nampak makin kurus..
salam kamato,
mulanya ingat begitu la. tapi huhuhu : semua campuran sudah siap cuma tinggal di adun sahaja
salam TN
memang best
salam dzack
alhamdulillah. syukur nikmat
Catat Ulasan