190712
Pemegang Mohor Besar & Majlis Raja Raja Malaysia telah mengistiharkan bahawa anak
bulan tidak kelihatan dan telah menetapkan tarikh bermula puasa untuk seluruh negeri di
Malaysia jatuh pada hari Sabtu 21 hb Julai 2012. Bermakna semua umat Islam di seluruh
Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu ini bersamaan 21 Julai 2012. Dan mulai
malam besok semua surau dan masjid akan meriah dengan kehadiran jamah untuk sama-
sama menunaikan solat Isyak berjamaah dan seterusnya mengerjakan Solat Sunat Terawih
selama sebulan dalam Bulan Ramadan yang penuh mulia dan baraqah ini.
Di bulan Ramadan yang mulia ini Allah membuka semua pintu-pintu Syurga dan menutup semua pintu pintu neraka sementara syaitan akan dibelenggu selama dalam bulan Ramadan ini. Marilah kita rebut peluang-peluang ada dalam Bulan Ramadan ini dengan membanyakkan amalan-amalan sunat disamping amalan fardu yang telah ditetapkan. Lihat checklist di bawah yang dapat membantu kita memperbanyakan amalan-amalan sunat dan fardu yang dilakukan dalam bulan Ramadan ini.
Akhirnya sama-sama kita berazam agar Ramadan ini lebih baik amalan yang kita lakukan berbanding dengan amalan Ramadhan yang lalu. Amatlah merugikan sekiranya berakhir Ramadan kita tidak mendapat keampunanan daripada Allah SWT. Oleh itu marilah kita berdoa dengan meningkatkan amalan agar kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Salam Ramadan Kareem.
Ayahzain dan keluarga memohon keampunan daripada semua pembaca Ceriakan Hari-hariMu daripada segala salah dan dosa sama ada yang tidak sengaja atau uang tersengaja.
8 ulasan:
t er ima kasih
kembali, Tanpa Nama
Assalamualaikum THAZ
Insyaallah dengan kesihatan yg dikurniakan kpd kita
kita akan beramal kerana Nya
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
sama sama yer atuk kita merebut peluang yang ada dalam Bulan Ramadan ini
Assalamualaikum Ayah Zain
Terima kasih diatas ingatan.mudah2an ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Salam AZ
Selamat menyambut Ramadhan Almubarak dari saya sekeluarga
assalamualaikum AZ : selamat berpuasa kepada AZ sekeluarga
As salam THAZ,
Insyaallah dengan kesihatan yg dikurniakan kpd kita sama samalah kita merebut peluang yang ada dalam Bulan Ramadan ini.
Dikesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan kpd THAZ & keluarga.
Catat Ulasan