Ahad, 23 September 2012

bERCINTA HINGGA SYURGA

230912

Hari ini aku mendapat undangan perkahwinan anak sulung dua pupu/kawan baikku  di Taman Pinggiran Golf, Seremban. Taman ini betul-betul di belakang Stadium Paroi. Se awal 6.30 pagi aku telah berangkat daripada Pontian ke destinasi yang dituju. Sebelum itu aku singgah mengambil Isteri di Melaka dan Ibuku di Rembau. Aku sampai di lokasi tepat jam 12.00 tengah hari.

Ketika itu tetamu belum begitu ramai mungkin kemah yang disediakan kira-kira 15 unit menjadikan suasana agak selesa. Aku menghabiskan masa hampir 1 setengah jam di sini disamping beramah mesra dengan saudara mara yang datang. Aku terpaksa balik awal kerana masih ada urusan yang perlu diselesaikan.

Memang dahsyat jem giler semasa keberangkatan balik kerana tetamu yang semakin ramai. Apakan tidaknya, di kejiranan ini terdapat 3 majlis perkawinan yang dijalankan serentak. Namun alhamdulillah dengan batuan pakcik-pakcik rela, terafik dapat dialirkan dengan agak lancar.

 Tempat Raja Sahari bersantai - simple but need
 Hidangan Pengantin tersedia menanti untuk dinikmati oleh kedua mempelai
 tu dia pelok cium untuk ibuku
 Bersama datuk pengantin
Ibuku bersama anak dan menantunya


6 ulasan:

Mak Wan berkata...

Assalamualaikum Ayah Zain

Emak tuan dari Rembau ya...bermakna tuan orang nogori juga lah.
Rumah saya Tmn Paroi JY berjiran ngan rumah pengantin. jemput datang ke teratak kami bila sampai mah sedara tuan tuh...ilalliqak.

Ayah Zain berkata...

alaikum salam mak wan

insya allah. Terima kasih

NEKCIK berkata...

Salam Ayah Zain..sya pulak jiran AZ..saya orang serkat, kukup!!! sebelah jer kan tapi tak kenal lagi!!

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : meriah meja makan pengantin tu. tak join ke?

Ayah Zain berkata...

alaikum salam nekcik

yer ker. Betul dekat jer lebih kurang 50 minit sampai. bolehler kita gerakakan untuk saling mengenali

Ayah Zain berkata...

alaikum salam afeez

meja pengantin disediakan utk pihak sebelah afeez. Mana boleh tumpang sekaki. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...