28112012
Hari Jumaat yang lalu (23/11/12), Penghulu segala hari. Di sebelah petang lebih kurang pukul 3.00 petang, aku bersama isteri pertamaku (IPK)sedang shoping di TESCO Melaka. Maklomlah dah lebih sebulan tidak membeli barangan dapur. Semuanya di uruskan sendiri oleh IPK. Kebetulan aku berada di Melaka, aku menemani IPK untuk mencari barangan keperluan. Mudah berada di TESCO kerana semuanya ada di sana. Tiba-tiba telefon IPK berbunyi dan mendapat berita Putera Bongsu kami (PBK) kemalangan. Jatoh motor katanya. PBK menelfon daripada rumah. Sangkaan kami tak ada apa yang serius. Kami meneruskan shoping namun dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana bimbang juga apa yang berlaku kepada PBK itu.
Pukul 4.30 petang kami telah sampai di rumah dan disambut oleh PBK. Hati agak lega kerana kelihatan PBK seperti biasa. Aku terus memunggah barangan ke dapur dan lantas Solat Asar. Selepas Solat aku melihat PBK dengan agak teliti dan mendapati pergelangan tangannya membengkak justeru aku membawa PBK ke klinik untuk pemeriksaan doktor. Manalah tahu kalau ada apa-apa yang berlaku kepada anggota dalam PBK.
Confirm. Tanpa banyak perkataan doktor mengatakan pergelangan tangan patah dan mencadangkan X-ray di Hospital pantai Melaka utuk kepastian. (Doktor ini mempunyai link dengan Hospital Pantai). Aku terus membaa PBK ke Hospital. Dalam hati nak bawa ke Hospital Mana? Hospital Melaka (percuma tentunya kerana aku pegawai kerajaan) atau Hospital Pantai (pasti berbayar). Setelah mendapat cadangan daripada doktor Hadi (bekas anak muridku), aku membawa ke Hospital pantai Melaka kerana PBK mempunyai polisi insuran Prudential-BSN.
Hampir satu jam juga menunggu X-ray (sudah lepas waktu pejabat), doktor mengesahkan terdapat kecedaraan di pergelangan tangan dan mencadangkan PBK di masukkan ke wad untuk pemeriksaan dotor pakar tulang. Masalah timbul kerana Kad Medikal PBK tidak berada di tangannya. Tidak tahu di mana disimpan. namun Allah memudahkan urusan ku ini dengan aku nekad kalau terpaksa bayar sendiri, aku bayar lah. Anak tetap diutamakan. Duit boleh cari. usaha mengesan sama ada PBK layak mendapat perlindungan insuran atau tidak tetap diteruskan juga.
Tangan kiri berbungkus, tangan kanan tetap dengan henfon.
Pukul 8.30 malam doktor pakar tulang mebuat pemerhatian dan menyatakan satu pembedahan akan dilakukan pada besok hari dan besi akan dimasukkan. Wow macam terminator lah pulak tu. huhuhu.
X-Ray : ada serpihan - pembedahan diperlukan
besi telah berada dalam pergelangan tangan PBK
kemas bikinannya
Posing ala ala ratu gitu
masa sudah time - emak2 saudara mohon diri
Bila nak discaj ni
Moral of story : jangan lokek untuk mendapatkan polisi insuran kerana malang tidak berbau.
Polisi insuran PBK baru sahaja 4 bulan dibeli oleh IPK. Terima kasih IPK sayang
4 ulasan:
assalamualaikum AZ
semoga PBK sembuh segera...
alaikum salam afeez:
Insya Allah. Tu ler dia ni dapat sijil sakit pergi juga amik exam. hari ini dah masuk kuliah. MC dapat 2 minggu sampai 10 Dis
Salam Tuan Hj.
Moga dia sepat sembuh. Wah mahal ya..
Suami kata klu ke sini, jom naik basikal keliling Putrajaya! betul ni..di bhg info dkt masjid putra ada sewa basikal RM 6, deposit 50.
biarkan lah dia AZ. dia taknak extend semester la tuh
Catat Ulasan