27112012
Hari ini digagahi juga membawa si Carens ke bengkel. Sakit mata memandang tayar dan sportrim yang tak berupa tayar dan sportrim lagi. Nak Lihat apa yang patut untuk dibetulkan. Jalannya pun x lancar mungkin kerana ada skru yang goyang barangkali.
Buruknya nampak rim besi ini.
Mula-mula sportrim yang cantik mata memandang dan menawan dengan warna emas ditukarkan kepada rim besi biasa. Malas nak tukar sportrim baru. Hendak ditukar sportrim yang rosak tidak ada stok. Jadi apa pilihan yang ada. Kena tukar 4 sportrim sekali gus aku tidak mampu kerana baru saja membayar kos rawatan anak di Hospital Pantai. Tayar juga perlu ditukar 4 biji sekali gus kerana kebetulan 2 tayar belakang yang g dah botak. Tayar depan yang agak baik hanya tinggal satu kerana yang lagi satu pecah akibat kemalangan yang berlaku semalam.
Setelah selesai penukaran tayar, penjajaran perlu dilakukan. Aduhhh, chamber pula lari dan tidak boleh di imbangkan lagi terutama yang terlibat dengan kemalangan. Chamber itu langsung tidak boleh digunakan lagi. Tidak ada masalah. tukar sahaja yang baru. Namun proses penukaran chamber gagal dilakukan di salahsatu pemegangnya kerana nut tidak boleh dibuka. Maka terpaksa di potong dan diganti dengan nut yang baru.
ada masalah pulak. Nut chamber tidak boleh di buka.
Terpaksa dipotong. Keluar apiiiii tu.
Cantik juga rim kereta aku ini. Alhamdulillah
4 ulasan:
assalamualaikum
sport rim yg lama tu lagi cun la AZ... hahahha
betul ler. yang ini bukan sport rim. ini rim besi. then letak cover, kira ok le.
Alhamdulillah, kira oklah tu.
Hehhe kita boleh buat janji -naik basikal di taman botani atau wetland!
Ma kasih mamaju. Kira orait la tu kan. Serik nak pakai sportrim. Tiap kali pakai Sportrim ada je masalah.
Catat Ulasan