Isnin, 26 November 2012

Ujian demi ujian

261112

Lama benar tidak mengemas rumahku ini. Lebih daripada sebulan ku tinggalkan tanpa kabar berita. Hari ini ku kuatkan juga untuk melawat teratak ku ini dengan bingkisan sekadar hiasan cerita.

Kisah bermula semasa aku menghantar anak ku ke pusat pengajiannya. Ada ujian katanya. Pensyarahnya tidak mahu menggangu masa kuliah formal lantas mengadakan ujian pada waktu malam.. Anak ku sebenarnya mendapat sijil sakit namun kerana ujian, digagahi juga  untuk menduduki ujian tersebut. Bertuah betul. Oleh kerana ia tidak dapat mengendalikan motor yamahanya itu, aku terpaksa menghantarkan ke IPTnya kira-kira sperlaungan daripada rumah.

Selepas selesai  solat magrib, pada pukul 7.45 aku menghantarnya menaiki Carens kesayanganku. walaupun sudah 10 tahun usianya namun keadaannya masih cantik. Kawan2ku mengatakan Carens ku ini seperti berusia 4 tahun. Macam tuannya juga yang awet muda. Muda ke?  huhuhu.

Sememangnya malang tidak berbau. Tiba-tiba anakku berteriah, eh ayah!!!. dammmmmmmmmmm. Apa itu? aku terkajuit baghok. Tiba-tiba Carens ku tidak boleh bergerak lancar. Aku ketepi memberhentikannya dan memeriksannya. Aduhhhh, tayar pecah dan sportrim KEMEK. Apa citer? cer citer, cer citer, cer citer.

adehhhh, duit lagi?

Aku menoleh ke belakang. Rupanya Carens ku telah bergeser dengan se ekor Kancil. Kuat tulang kancil itu. Kancil ini tidak terjejas langsung. Apa tidaknya , dia yang tiba-tiba menonjolkan muncungnya ke lorong aku. Aku tidak perasan langsung kerana malam pekat. Tuannya mengatakan bahawa terdapat dua buah lori di hadapannya yang tiba2 berhenti justeru  tidak dapat mengawal kereta dan ia terus mencari jalan selamat tanpa perasan kereta aku yang tiba-tiba datang daripada belakang, helahnya.

Apa boleh buat. Aku yakin bahawa aku berada dilorong yang betul di dilorong kedua, dia dilorong pertama di jalan yang mempunyai 4 lorong itu. Bertekakpun tidak berguna. Untuk ketengah, pasti melibatkan faktor perundangan yang merugikan kedua-dua belah pihak ..............

6 ulasan:

mama ju berkata...

Salam Tuan hj AZ
MOga Tuan sekeluarga dalam bahagia hendaknya. Amin.
Habis macam mana? cer cita2x.
Mcm mana anak yg nak periksa tu?

dzakaria berkata...

As salam THAZ,
lama x bersua dilaman ini.
Malang tidak berbau THAZ tapi dapat dielakkan jika lebih berhati2.
Dlm kes ini klw Tn wat polis report sekalipun Tn tidak bersalah dan pemandu kereta kancil tersebut pasti akan disaman RM300 atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan. secara x langsung Tn dpt buat tuntutan insuran terhadap insuran kereta tersebut.

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju

habis macam mana? g bengkel dan betulkan mana yang rosak.
Anak tetap masuk exam. x ada masalah. Adik az tolong hantar

Ayah Zain berkata...

salam dzakaria.

entahlah, sbb yang problem ialah sportrim dan tayar. katanya tak masuk dalam kes insuran

NURAZZAH8 berkata...

Salam,

lama tak singgah, rupa-rupanya ada musibah ...Innalillahi wainnailaihiraajiuun..

minta di ganti baru tu ...hehe

Azzah8

Ayah Zain berkata...

salam azah

ganti baru? hehheehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...