Ahad, 26 Mei 2013

Di bumi Kelahiran Imam Bukhari : hari Pertama

26052103

Akhirnya aku berkesempatan menyelusuri bumi kelahiran Imam Bukhari, perawi hadis yang terkenal. (http://teratakmuslim.blogspot.com/2008/11/biodata-imam-bukhari-dan-muslim.html) .  Imam Bukhari berjaya menghafal dan menyusun hadis Nabi Muhaammad Rasul Allah SAW. Aku berkesempatan melakukannya pada 17 hingga 23 Mei 2013 selama  7 hari 5 malam. Satu perjalanan yang panjang dan agak memenatkan tetapi amat menggumbirakan.

Rombongan kami terdiri daripada 32 orang yang diketuai  oleh wakil Ramza Travel & Tours Agency Sdn Bhd dan  seorang juru tunjuk daripada sebuah syarikat tour yang beroperasi di Uzbekistan. Kebanyakan peserta terdiri daripada ahli ULAMAK a.k.a Usia Lanjut Masih Aktif. rata-rata umur mereka  melebihi 50 tahun.

Kami menaiki Boing 757 Uzbekistan Air tepat pukul 10.50 pagi 17 Mei 2013 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  mengambil masa selama 7 jam dan mendarat tepat pukul 3.15 petang waktu Uzbekistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashken, Uzbekistan. Kami disambut oleh wakil syarikat dan seterusnya di bawa ke Hotel Penginapan.

 KLIA
oh my airasia
 Banjaran Gunung  Uzbek yang bersalji
 Sungai peringkat Tua di Uzbekitan


Lapangan Terbang Tashken

 Puan Umida, Tour Guide kami yang cantik jelita di Uzbekistan
 Jalan raya yang lengang walaupun penduduk Tasken melebihi 2.3 juta orang
Sistem pengangkutan awam yang teratur dan terbaik menyebabkan pengguna suka menggnakannya



 Hotel Uzbekistan: kemi bermalam selama 2 malam di sini


Sesampai di Tashken kami di bawa terus ke penginapan di Hotel Uzbekitan. Hotel yang agak klasik dengan bilik yang luas dan lengkap dengan wifi. Kami hanya bermalam semalam sahaja di sini kerna keesokan hari kami akan ke Samarkhan. Seterusnaya selepas berehat lebih 3 jam di bilik hotel, kami di bawa ke sebuah bekas madrasah untuk makan malam pada pukul 8.00 malam waktu tempatan.  Bermulalah makanan kami dengan roti sebagai makan ruji di Uzbekistan


 Roti. setiap kali meal mesti ada roti

yang bertutup di tengah meja ialah roti

 Teh yang dihidangkan dalam mangkok
gula batu digunakan sebagai ganti gula pasir


Semasa makan malam kami dihiburkan dengan tarian rakyat Uzbekistan. Seni tari dan muziknya mirip kepada lagu Arab. Setelah selesai makan malam kami di bawa balik ke hotel pada jam 11 malam waktu tempatan. Waktu tempatan berbeza 3 jam lambat berbanding dengan waktu Malaysia.




2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ

berapa rm pekej tu?

Ayah Zain berkata...

as salam. 4.6k aje afeez. antara yang termurah so far

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...