Khamis, 30 Mei 2013

Uzbekistan _ Day 3&4 : Samarkhan

30052013

Kami berada 3 hari 2 malam di Kota Samarkhan, Usbekistan. Samarkhan atau Самарқанд / سمرقند  adalah kota ke-2 terbesar di Uzbekistan dengan penduduk berjumlah 400,000 orang (2005). Sebuah kota tua yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Kota Warisan Dunia. Mendapat jolokan Permata dari Timur (dunia Islam) dan Tanah Para Saintis (Barat) menjadikan Samarkhan begitu gah di persada dunia dan kini menjadi t umpuan para pelancung di seluruh dunia. Antara yang kami temui ialah pelancung dari Korea, Jepun dan Sepanyol.

Wilayah Samarkhan kuno

Samarkhan seindah namanya pernah ditakluk oleh Alexander the Great (327SM), Pemerintahan Islam Turki (Abad ke 6 hingga 15) sebelum dikuasai oleh Bangsa Uzbek dan menjadi sebahagian USSR pada kurun ke 19 dan merdeka pada tahun 1991 dan menjadi sebahagian negara Uzbekistan.


Antara pemerintah yang mencipta nama di sini ialah Amer Temur (1370-1405) dan Ulugh Beg (1447-1449).  Di zaman Ulugh Beg, astronomi menjadi berkembang pesat dan sebuah Muzuem Astronomii di dirikan di sini.
Tugu Amer Temur gah di Tengah Kota Samarkhan
Potret Amer Temur 

Muzeum Amer Temur begitu gah dengan senibina yang mengkagumkan






unik sekali ukiran khat di moseleum Amer Temur
 Makam Amer Temur


Di sinilah tempat taklimat Amer Temur kepada bala tenteranya sebleum keluar berperang
 Dataran Rajastan : Disinilah Voice of Asia di adakan. Ziana Zain pernah menang di sini

 Muzeum Astronomi Ulugh Beg
Tugu Ulugh Beg


Sesungguhnya 3 hari 2 malam tidak puas kami menikmati hasil senibina yang begitu indah di Samarkhan.



Lanskap yang amat menarik banyak kelihatan di Samarkhan

Jumpa lagi Samarkhan : Bandar Pertembungan Budaya Dunia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...