31052013
Hari ke 5 kami meninggalkan kota Samarkhan menunju ke sebuah lagi kota di Uzbekitan iaitu Bukhara iaitu tempat kelahiran Imam Bukhari yang telah berjaya mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Di dalam perjalanan kami singgah sebentar di Makam Imam Bukhari yang terletak 25km daripada Kota Samarkhan. Semasa pemerintahan Soviet, makam ini ditinggalkan usang dan terbiar sehinggalah Preseden Sukarno datang menziarahi makam tersebut. Bermula daripada saat itu makam ini telah dijaga dan kini terdiri sebuah kompleks makam yang indah.
Peta Kompleks Makam Imam Bukhari
Ribuan pengunjung datang pada setiap hari dari pelbagai sudut dunia
Satu jam kemudian kami terus berangkat ke Bukhara sejauh 280km menggunakan bas dan kami tiba ti Bukhara pada pukul 3.00 petang dalam keadaan hujan yang renyai-renyai dengan suhu yang agak dingin. Selepas makan kami meneruskan bagi perjalanan sejauh 50km ke Bukhara dan sampai ke Hotel pada pukl 5.00 petang.
Kesokan harinya kami melakukan tour ke sekitar bandar di Bukhara yang menjadi laluan sutera antara barat dengan China.Kami di bawa ke : Lyabi Hauz Ensemble, Taki-Zargaron Dome Bazar (XVI), Demonstration of silk production and materials. Lunch at local restaurant. After lunch Ismail samani Mausolem, Chashma Ayob Mausoleum, Citadel Ark( outside), Poi Kalon Ensemble, Minerate Kalon Minerate Kalon ,Kalyan Mosque,Miri Arab Madrassah,Ulugbeg Madrassah, Madrassah Nadir Divan Begi, Abdul Aziz Khan Madrassah, Sila saksikan seni binaan Islam yang begitu mendominasikan seni binaan di Bukhara yang telah di wartakan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO.
Citadel Ark - hanya melihat luaran kota sahaja
Kubu ini mempunyai ketinggi 30 meter dibina pada kurun pertama dan pernah menjadi kota pemimpin bukhara.
Kota ini hampir musnah di bom oleh Rusia dan kerja pembinaan telah diusahakan untuk menjadi sebuah muzium yang menjadi daya tarikan dan pusat jualan cenderamata yang terkenal
Perigi Nabi Ayub
Hanya satu kolam mandi awam zaman klasik yang tinggal. Kolam kolam yang lain telah ditimbus dizaman Soviet
Pokok Malberi ini berumur ratusan tahun masih hidup ditepian kolam mandi ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan