Sabtu, 10 Disember 2011

di mana silapnya

101211


Masuk kandang  kambing mengembek , masuk kandang rimau mengaum
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Itulah dua pepatah/perumpamaan orang lama Melayu. Memang orang Melayu berpegang kepada pepatah petitih ini hinggakan kadang-kadang menjadi satu yang tidak kena kepada kehidupan kita. Bukannya apa, ini adalah pendapat az sahaja. Orang lain peduli hape, mereka mempunyai pandangan yang sendiri....

Kes ini ini bermula pada satu pagi di MHI TV3 apabila seorang pelajar Melayu yang menuntut di Indonesia bercakap menggunakan loghat Indonesia. Terdetik di hati mengapa pelajar ini tidak bercakap logat kita kerana si pewawancara itu bercakap Bahasa Melayu, loghat Melayu.

Kita akur lidah kita memang mudah mengikut gaya percakapan bahasa tempatan. Malah  pelajar di sana diberi kursus bahasa Indonesia sebelum memulakan kuliah. Yang tidak seronoknya  pemberita TV3 yang mewawanncara , kalaupun Budik yang mewancara sekalipun , apalah salahnya kita gunakan bahasa kita (Bahasa Melayu) kerana bahan itu  akan disiarkan dan  di tonton oleh masyarakat Malaysia di TV3. Lihat sahaja ada logo TV3 di mikrofon wartawan itu.

Sebenarnya kita memang mudah terikut bahasa luar kerana mengikut pepatah di atas barangkali. Lebih malang lagi apabila pewawancara menggunakan loghat Indonesia apabila mewawancara warga Indonesia. Bibik yang begitu lama mengasuh di rumah majikannya di Malaysia tetap berbahasa Indonesia malah anak-anak majikannya pula  fasih berbahasa Indonesia. MENGAPA? 

Bahasa Jiwa Bangsa. Kita salute dengan warga Indonesia tetap mendaulatkan bahasa mereka walau di mana mereka berada namun warga Malaysia malu untuk berbuat demikian. Orang Melayu berasa banggsa berbahasa Indonesia walaupun baru beberapa hari berada di bumi Indonesia semasa melawat Indonesia. Itu lah kelebihan orang kita yang pandai mengambil hati penduduk tempatan. Tetapi adakah mereka nahu mengambil hati kita di sini? Hagham.

Bkan mereka tidak boleh, boleh. Cuba lihat Maharaja Lawak Mega malam tadi, kumpulan Saehu boleh bercakap loghat Kelantan. Tetapi ...........

Kalau kita perhatikan Orang-orang Indonesia berketurunan Cina Indonesia fasih berbahasa Indonesia, Malah nama mereka pun di Indonesiakan seperti Rydy Hartono. Begitu juga dengan Orang  Thai berketurunan China di Thailand , mereka  fasih berbahasa Thai di Thailand -  tetapi di Malaysia? Orang Melayu  pula yang ikut lenggok mereka apabila bercakap.  (haiya ah sing nga lu manyak pandai wooo) -  Lu pikir lah sendiri. jangan jadi bangau oh bangau sudah ler ......

  
Bahasa Jiwa Bangsa hanya tinggal slogan yang tiada ertinya. 
Di mana silapnya?????
ini tak silap yer

Jumaat, 9 Disember 2011

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan

091210

Hari berganti hari,
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan
akhirnya cukup setahun 
Hari ini ialah hari ulang tahun perkahwinan ke 27, malangnya sorang di utara seorang di selatan. Kesibokan menyebakan terlupa bahawa hari ni adalah hari yang bersejarah buat kami. Tak mengapa walaupun apa yang berlaku, cinta kami tetap utuh.

Selamat menyambut Anivesary ke 27 buat ayahzain & mrszain
kek tahun lepas hanya sekadar hiasan



Khamis, 8 Disember 2011

Semuanya bermula dengan tarbiyah

091211
Salam Jumaat kepada anda pembaca budiman yang sentiasa menatapi coretan  CHHM. Sekejap sahaja sudah seminggu lagi berlalu. Justeru hari ini az ingin berkongsi bingkisan sebagai bekalan rohani kita. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kehidupan kita penuh dengan keberkatan. Jadi kali ini tak perlu membaca cuma mendengar dan menghayatinya sahaja. Insya Allah.


Rabu, 7 Disember 2011

Setahun yang berlalu


081211

 Setahun yang lalu
Aku melihat mu
Kesihan sungguh apa yang berlaku
Justeru tidak beberapa hari usiamu
Takdir yang menentukannya
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul



Qada’ dan Qadar Allah
Itulah ketentuan
Kepada Allah kita pasrah
itu adalah ujian
Bersabar dan bertaqwa
Jadikan pegangan
Iman dipertingkatkan


Berlaku adil

071211

Amat sukar untuk berlaku adil kepada orang lain kerana prasangka ,bias, keegoan yang melanda di fikiran. Sering memandang rendah kepada orang lain dan memikirkan diri kita sahaja yang sempurna maka orang lain peduli hapa. Kita sering disarankan agar berlaku adil namun kadangkala kita diperlakukan dengan cara yang tidak adil. Kita merasakan kita perlu diberikan perhatian dan layanan namun kita tidak mendapatinya kerana pertentangan kepentingan dan matlamat. Akhirnya timbul konflik, bermasam muka dan tidak bertegur sapa kerana kita merasa kita dipinggirkan, membawa hati, memendam perasaan, berdendam dan hapa sahaja kemungkinan boleh berlaku implikasi daripada perasaan yang difikirkan tidak adil. Namun begitu ayat ini adalah penawar bagi segala punca itu. Kalau terdetik perasaan kita tidak diperlakukan secara adil mengadulah kepada sang pencitpta raya Allah swt yang sentiasa dekat dengan kita malah lebih dekat daripada urat nadi kita.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (QS:5:8)


Isnin, 5 Disember 2011

Hari As Syura

061211

Salam sejahtera kepada pembaca CHHM. Hari ini kita menyambut Hari kesepuluh dalam bulan Muharram yang lebih popular dengan  Hari ASYURA dikalangan masyarakat Malaysia. Paling glamour pada musim-musim begini kita dijamu dengan bubur Asy Syura. Az amat suka suka dengan bubur asyura Negeri Johor  dan malam tadi az berpeluang menikmati bubur asyura di Surau Anak Bugis, Suaru As Siddik selepas majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz tersohor Kg. Pt Keroma.  Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharran justeru digalakkan berpuasa pada hari tersebut. Memandangkan orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari tersebut, umat Islam digalakan berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Antara peristiwa yang berlaku Pada 10 Muharram ialah , Nabi Adam  dimasukkan ke dalam syurga dan pada 10 Muharram juga, Nabi Adam a.s di keluarkan daripada syurga. Nabi Musa terselamat daripada tentera Firaun, Nabi Nuh terselamat daripada banjir besar, Nabi Isa terselamat daripada orang Israel yang ingin membunuhnya, Nabi Ibrahim terselamat daripada api angkara Namrud dan banyak lagi.

Itulah antara tazkirah ringkas yang disampai oleh Ust Salehuddin Jaafar di Surau Pt Keroma Malam tadi. Sebelum memulakan tazkirah, ustaz menyatakan beruntungnya orang-orang yang datang menghadiri Majlis Ilmu kerana seperti berada di dalam syurga di mana ahli-ahli syurga sedang duduk memuji-muji Allah. Maka Allah pun tiba dan bertanya apakah kalian suka berada di syurga ALlah? Ahli syurga menjawab kesukaan sehingga tidak boleh mengucapkan apa-apa. Justeru Allah menambah satu lagi nikmat kepada ahli syurga tersebut. Apakah nikmat itu? Allah telah memberikan keredaannya kepada ahli-ahli syurga itu.

Selain daripada itu mereka yang menghadiri  majlis-majlis ilmu akan dapat mempertingkatkan keimanannya, sebab itulah di zaman Nabi saw, para sahabat akan membacakan hadis-hadis nabi selepas solat fardu sebagai satu usaha untuk meningkatkan keimanan mereka.

Pada 10 Muharram kita di galakan untuk berpuasa sunat, berbelanja lebih kepada ahli keluarga  dan bersedeqah, memegang  kepala anak-anak yatim , menziarahi orang-orang alim dan belajar ilmu dariadanya dan sebagainya di mana az terlupa mengingatinya.

AZ meminta maaf andai ada kesilapan justeri kejahilan sendiri namun bersemangat untuk berkongsi apa yang aku perolehinya daripada majlis tersebut dan marilah sama-sama kita menghayatinya 10 Muharram untuk mendapatkan keredaan Allah yang esa.


Tiang Kemah

051211

Berjumpa semula kepada semua pembaca CHHM. Kini kita memasuki bulan terakhir 2011. Sungguh cepat masa berlalu, beberapa hari lagi 2012 akan menjelma. Count  down 2012 telah bermula. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun 2012 menggantikan 2011.

Pagi tadi di Surau Mawaddah Apartmen Orked, Puchong Prima majlis taklim membacakan hadis Nabi menyatakan bahawa Islam itu tertunggak kepada 5 rukun iaitu Kalimah Syahada, Solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadan, pembayaran zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup. Islam itu ibarat sebuah kemah yang didirikan dengan 5 tiang. Satu tiang tengah yang disokong oleh 4 batang tiang  penjuru. Sekiranya tiang tengah tiada maka kemah itu tidak akan dapat berdiri dengan teguh dan tiadanya tiang-tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat didirikan. Tiada satu batang tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat berdiri dengan sempurna, cacatlah kemah itu. Oleh itu sama-samalah kita bermuhasabah diri bagaimana dengan kesempurnaan Islam kita. Adakah kita menjaga kelima-lima rukun ( tiang ) tersebut atau pun memilih atau meninggalkan salah satu rukun ( tiang  kemah ) tersebut.

Rukun Islam pertama iaitu pengucapan dua kalimah syahadah yang telah diucapkan bermakna kita telah menjadi orang yang beriman. Selepas iman itu yang teramat penting ialah mendirikan solat fardu 5 kali sehari iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isya. Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apakah yang paling penting selepas iman. Maka jawab Nabi saw ialah mendirikan solat. Ditanya lagi kepada Nabi saw dan dijawab baginda iaitu menghormati kedua ibu bapa dan ditanya lagi kepada Nabi saw soalan yang ketiga maka baginda menjawab jihad fi sabilillah.

Akhirnya pembacaan hadis itu diakhiri dengan pendirin solat di awal waktu. Janganlah melengah-lengah solat fardu kerana solat amat penting kepada kataatan kita kepada Allah.

Begitulah yang dapat aku paparkan hasil ingatan aku yang tidak seberapa ini ketika pembacaan taklim tadi. Aku menulis kerana pentaklim memohon menyebarkannya kepada sahabat taulan yang tidak berkesempatan mendengar hadis tersebut. Wallahuaklam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...