Isnin, 5 Disember 2011

Tiang Kemah

051211

Berjumpa semula kepada semua pembaca CHHM. Kini kita memasuki bulan terakhir 2011. Sungguh cepat masa berlalu, beberapa hari lagi 2012 akan menjelma. Count  down 2012 telah bermula. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun 2012 menggantikan 2011.

Pagi tadi di Surau Mawaddah Apartmen Orked, Puchong Prima majlis taklim membacakan hadis Nabi menyatakan bahawa Islam itu tertunggak kepada 5 rukun iaitu Kalimah Syahada, Solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadan, pembayaran zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup. Islam itu ibarat sebuah kemah yang didirikan dengan 5 tiang. Satu tiang tengah yang disokong oleh 4 batang tiang  penjuru. Sekiranya tiang tengah tiada maka kemah itu tidak akan dapat berdiri dengan teguh dan tiadanya tiang-tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat didirikan. Tiada satu batang tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat berdiri dengan sempurna, cacatlah kemah itu. Oleh itu sama-samalah kita bermuhasabah diri bagaimana dengan kesempurnaan Islam kita. Adakah kita menjaga kelima-lima rukun ( tiang ) tersebut atau pun memilih atau meninggalkan salah satu rukun ( tiang  kemah ) tersebut.

Rukun Islam pertama iaitu pengucapan dua kalimah syahadah yang telah diucapkan bermakna kita telah menjadi orang yang beriman. Selepas iman itu yang teramat penting ialah mendirikan solat fardu 5 kali sehari iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isya. Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apakah yang paling penting selepas iman. Maka jawab Nabi saw ialah mendirikan solat. Ditanya lagi kepada Nabi saw dan dijawab baginda iaitu menghormati kedua ibu bapa dan ditanya lagi kepada Nabi saw soalan yang ketiga maka baginda menjawab jihad fi sabilillah.

Akhirnya pembacaan hadis itu diakhiri dengan pendirin solat di awal waktu. Janganlah melengah-lengah solat fardu kerana solat amat penting kepada kataatan kita kepada Allah.

Begitulah yang dapat aku paparkan hasil ingatan aku yang tidak seberapa ini ketika pembacaan taklim tadi. Aku menulis kerana pentaklim memohon menyebarkannya kepada sahabat taulan yang tidak berkesempatan mendengar hadis tersebut. Wallahuaklam.


4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : semoga kite semua dirahmati olehNya.. insyaAllah

Ayah Zain berkata...

Alaikum salam anakanda afeez. Insya Allah.

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

moga usaha AZ akan diberkati..Insyaallah

Wassalam

Ayah Zain berkata...

walaikumusalam atuk.

sama-sama lah kita berusaha auk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...