Rabu, 7 Disember 2011

Berlaku adil

071211

Amat sukar untuk berlaku adil kepada orang lain kerana prasangka ,bias, keegoan yang melanda di fikiran. Sering memandang rendah kepada orang lain dan memikirkan diri kita sahaja yang sempurna maka orang lain peduli hapa. Kita sering disarankan agar berlaku adil namun kadangkala kita diperlakukan dengan cara yang tidak adil. Kita merasakan kita perlu diberikan perhatian dan layanan namun kita tidak mendapatinya kerana pertentangan kepentingan dan matlamat. Akhirnya timbul konflik, bermasam muka dan tidak bertegur sapa kerana kita merasa kita dipinggirkan, membawa hati, memendam perasaan, berdendam dan hapa sahaja kemungkinan boleh berlaku implikasi daripada perasaan yang difikirkan tidak adil. Namun begitu ayat ini adalah penawar bagi segala punca itu. Kalau terdetik perasaan kita tidak diperlakukan secara adil mengadulah kepada sang pencitpta raya Allah swt yang sentiasa dekat dengan kita malah lebih dekat daripada urat nadi kita.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (QS:5:8)


6 ulasan:

shami2 berkata...

Salam az

Terima kasih atas ingatan, sama2 kita jaga diri kita ...sentiasa perbaiki segala kelemahan yang ada...

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : mmg sukar nak berlaku adil ni.. tp usaha tangga kejayaan.. insyaAllah

ROZILA berkata...

Salam AZ,

kadang-kadang kita melihat
orang lain tidak adil,tapi
tak semudah untuk melakukan
keadilan....

Sekiranya kita tidak melakukan
sesuatu pekerjaan itu dengan
keikhlasan.....dan juga
kerana Allah.

Ayah Zain berkata...

salam syami

ma kasih ziarahi az. samalah kita meningkatkan keimanan kita

Ayah Zain berkata...

salam afeez

insya allah kita usahakan

Ayah Zain berkata...

salam rozila

sama-samalah kita muhasabah diri mengenai hal ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...