Sabtu, 10 Disember 2011

di mana silapnya

101211


Masuk kandang  kambing mengembek , masuk kandang rimau mengaum
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Itulah dua pepatah/perumpamaan orang lama Melayu. Memang orang Melayu berpegang kepada pepatah petitih ini hinggakan kadang-kadang menjadi satu yang tidak kena kepada kehidupan kita. Bukannya apa, ini adalah pendapat az sahaja. Orang lain peduli hape, mereka mempunyai pandangan yang sendiri....

Kes ini ini bermula pada satu pagi di MHI TV3 apabila seorang pelajar Melayu yang menuntut di Indonesia bercakap menggunakan loghat Indonesia. Terdetik di hati mengapa pelajar ini tidak bercakap logat kita kerana si pewawancara itu bercakap Bahasa Melayu, loghat Melayu.

Kita akur lidah kita memang mudah mengikut gaya percakapan bahasa tempatan. Malah  pelajar di sana diberi kursus bahasa Indonesia sebelum memulakan kuliah. Yang tidak seronoknya  pemberita TV3 yang mewawanncara , kalaupun Budik yang mewancara sekalipun , apalah salahnya kita gunakan bahasa kita (Bahasa Melayu) kerana bahan itu  akan disiarkan dan  di tonton oleh masyarakat Malaysia di TV3. Lihat sahaja ada logo TV3 di mikrofon wartawan itu.

Sebenarnya kita memang mudah terikut bahasa luar kerana mengikut pepatah di atas barangkali. Lebih malang lagi apabila pewawancara menggunakan loghat Indonesia apabila mewawancara warga Indonesia. Bibik yang begitu lama mengasuh di rumah majikannya di Malaysia tetap berbahasa Indonesia malah anak-anak majikannya pula  fasih berbahasa Indonesia. MENGAPA? 

Bahasa Jiwa Bangsa. Kita salute dengan warga Indonesia tetap mendaulatkan bahasa mereka walau di mana mereka berada namun warga Malaysia malu untuk berbuat demikian. Orang Melayu berasa banggsa berbahasa Indonesia walaupun baru beberapa hari berada di bumi Indonesia semasa melawat Indonesia. Itu lah kelebihan orang kita yang pandai mengambil hati penduduk tempatan. Tetapi adakah mereka nahu mengambil hati kita di sini? Hagham.

Bkan mereka tidak boleh, boleh. Cuba lihat Maharaja Lawak Mega malam tadi, kumpulan Saehu boleh bercakap loghat Kelantan. Tetapi ...........

Kalau kita perhatikan Orang-orang Indonesia berketurunan Cina Indonesia fasih berbahasa Indonesia, Malah nama mereka pun di Indonesiakan seperti Rydy Hartono. Begitu juga dengan Orang  Thai berketurunan China di Thailand , mereka  fasih berbahasa Thai di Thailand -  tetapi di Malaysia? Orang Melayu  pula yang ikut lenggok mereka apabila bercakap.  (haiya ah sing nga lu manyak pandai wooo) -  Lu pikir lah sendiri. jangan jadi bangau oh bangau sudah ler ......

  
Bahasa Jiwa Bangsa hanya tinggal slogan yang tiada ertinya. 
Di mana silapnya?????
ini tak silap yer

9 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

kita yg silap sendiri
memilih pemimpin yg tidak menegaskan bahasa kebangsaan

ps: papan iklan di Indonesia, sangat sukar untuk melihat tulisan yg selain drp bahasa Indonesia

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam hj atuk

hehehe, itulah kerana tiada ketegasan selepas kita merdeka mengenai bahasa. Mengapa China Thailand bercakap bahasa Thai? huhuhu

Unknown berkata...

Assalamualaikum...
salam kenal...

Saya pun bersetuju dgn pendapat AZ..rasa-rasanya bangsa kita lebih mengangungkan bahasa luar lebih2 lagi bahasa inggeris..hinggakan kdg2 bila menonton drama melayu sy keliru..sy tenguk drama melayu ke inggeris?

teringat sorg artis malaysia yg dah berkahwin dgn artis indon...dia dah jadi sebijik org indon...

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : jangan salahkan sesiapa. Inilah keistimewaan orang melayu.. bg je aper bahasa sekalipon, jika kite belajar kite pasti akan dapat bercakap dengan baik.. orang laen bole? orang indon pon kalau cube cakap bahasa kite still nampak keindonannye. klu org kite cakap indon plak.. sure org akan igt kite endon.. cube tgk Mahadzir Lokman cakap french, kalau tak tgk muke sure kite igt dia org france dari Bordeux... org france bole ckp BM macam Mahadzir Lokman?? tidak....

Ayah Zain berkata...

salam Nyanyisunyi

terima kasih atas sokongan

Ayah Zain berkata...

salam afeez:

az setuju afeez tp bukan itu maksud az. Maksud az ialah mengapa bahasa melayu tidak power berbanding bahasa lain. Kalau Indonesia bersatu dengan bahasa Indonesia, Thailad, China, Jepun dll pun sama tetapi di Malaysia tidak begitu. Orang China, India wpun dah berkurun kat sini stil tak berapa reti cakap bahasa kebangsaan. Namun ada yang boleh macam OSK. Suka az dengan loghat Melayu OSK, Hurjit s Hulon dan yag lain2 tu.

shami2 berkata...

Salam az...

Pada pendapat saya orang melayu kita ni mudah menerima, berbudi bahasa, sopan santun menerima bahasa orang lain.....mungkin itulah sebabnya...heheh

Kagum dengan kawan2 dari bangsa lain yang menguasai bahasa melayu dengan baik...mungkin suasana persekitaran dan masyarakat ketika pembesaran mereka mempengaruhi kefasihan mereka tersebut....ikut pengalaman sendiri...

Ayah Zain berkata...

betul shami2. apa nak buatkan dah pengaruh peresekitaran. lihat sahaja irang china kelsntan, bditu fasih menuturksn loghat klate.

ar-rumaisa berkata...

Assalamualaikum,
Setuju. Penting sgt untuk jaga & bangga dgn bahasa kita.Mmg kalau fasih sesuatu bahasa itu adalah salah 1 jenis kekayaan,keuntungan. Tapi biar bertempatlah.Lagi satu,pening kepala tgk cara org muda menaip bhs Melayu skrg.. rosak!

~ tumpang kesian tengok bhs Irish yg makin mati di bumi Ireland,ditelan bahasa Inggeris.Moga Malaysia tak jadi begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...