Sabtu, 7 April 2012

ala mucuk mucuk

07042012

Bila rindu ku sebut nama mu. 
bila nak  datang melepaskan rindu ni
oooo cucu atok
asal rindu ingat cucu
asal cucu rindu
 kui kui kui
chakkkk!!!!
kekekkeke

penat lah.

wa titon lulu 

Jumaat, 6 April 2012

Sejenak di Putera Jaya

06042012

Minggu lepas aku sempat ke Putera Jaya untuk menikmati keindahan malam di Wilayah Persekutuan ini. Amat mengansyikkan sekali apabila aku terpandang Jambatan Putera Jaya di Pinggir Tasik Putera Jaya. Begitu asyik aku melihat lampu berwarna yang bertukar warna daripada biru ke hijau dan merah berulang ulang kali yang menerangi jambatan ini . Subhana Allah. Aku sempat merakam warna-warna biru dan hijau sahaja kerna warna merah nya kurang menjadi.










Isnin, 2 April 2012

Penawar Lupa


02042012

Lupa. Satu yang lumrah. Memang mudah untuk mengatakan lupa bila kita tidak dapat mengingat. Pelajar apabila tidak boleh menjawab mengatakan tidak ingat atau lupa. Nak buat macam mana, dah   lupa. Apa yang boleh dilakukan apabila lupa.Hakim kat mahkamah pun tidak boleh buat apa-apa abapila yang dituduh atau di dakwa atau saksi mengatakan lupa. Memang betul kita lupa. Tidak dapat mengingati apa-apa. Jadi mudah cakap, kita kata "lupa".

Orang tua-tua kata, siapa yang  suka makan kepala ikan ia akan mudah lupa. Az memnag suka makan kepala ikan. Kalau makan ikan kembung goreng, abis le sampai kepala ikan kembung pun abis kena ratah dengan az. Itu tak masuk lagi dengan kari kepala ikan........

Allah maha kaya, Allah maha Agong, Allah maha Bijaksana. Allah maha Pencipta. Untuk itu Allah memberikan penawar kepada manusia apabila manusia lupa. Cuba amalkan ayat di bawah yang dipetik daripada surah al-Isra ayat ke 70. Amalkan ayat ini, Insya Allah. Az pun sedang mencoba untk mengamalkan ayat ini.

ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ


     ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ



Ayat 70 Al-Israq

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.


Ahad, 1 April 2012

April Fool

01042013

Diam tak diam kita telah berada di suku kedua tahun 2012. Hari ini 1 April 2012. Hari pertama bulan Apri 2012. Teringat masa kecil kecil dahulu selalu kawan-kawan mengolok kawan-kawan yang lain dengan gurauan yang melampau. Katanya ...'april fool'. Bila alasan itu dinyatakan kepada kawan yang terkena diperbodohkan atau diperguraukan, mereka  boleh pulak menerima. Macam-macam gurauan yang muncul di hari itu. Mana yang sudah bersedia dengan kedatangan 1 April, mereka dok selamba saja, mana-mana yang tak perasan akan menjadi mangsa. Az pernah terkena dengan satu gurauan di mana kengkawan mengatakan guru besau hendak berjumpa dengan az. Az pun pergilah berjumpa dengan guru besau. Penat menunggu satu hal. Bila dah dapat jumpa, guru besau mengatakan 'bila saya hendak jumpa kamu?" Baru az teringat. huhuhu sendiri mahu ingatlah yang az sudah terkina dengan april fool. Gedabak betouiii. 

Bukan pelajar sahaja yang dikenakan  malah guru juga terkena dengan April Fool terutama guru guru yang garang. 1 April la harinya. Ironi nya guru guru ini boleh menerima gurauan itu. Paling banyak yang terkena ialah guru guru perempuan dan masih belum berkahwin. Di kenakan mereka dengan guru yang bujang. Dan ada yang sampai berkahwin pulak angkara April Fool ini.

Zaman sudah berubah april fool sudah ketinggalan zaman atau pun tiada siapa lagi hendak mempermainkan orang di 1 April. April yang bodoh berlalu begitu sahaja pada hari ini.  April Fool hanya kenangan tinggalan sejarah. Mungkin genarasi sekarang tidak arif dengan 1 April yang begitu popular pada tahun 60an . Malah filem Hindi pernah memfilemkan   April Fool. Lagu lagu dalam filem ini amat mengasyikan terutamanya Lagu dendangan Mohd Rafi yang  begitu popular ketika itu. Nikmatilah..


ada ke kengkawan yang pernah terkena dengan April Fool? Boleh share la di sini

Sabtu, 31 Mac 2012

Kalu anda gumbira .... tepuk tepuk pengakap

31032012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt justeru gaji SSM yang baru menggantikan SBPA yang telah di batalkan oleh PM Malaysia pada bulan Februari yang lalu datang juga akhirnya. Melalui pekeliling di bawah, tentunya memberikan kegembiraan kepada penjawat penjawat awam .


Kalau anda tidak sabar untuk mengetahui  gaji terbaru anda cuba url di bawah pula


Cobalah kira berapa gaji anda sekarang dan selepas itu  darabkan 3 justeru gaji SSM itu berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 bermakna anda mendapat tunggakan 3 bulan gaji. Tidak habis di situ campurkan pula dengan gaji bulan April. Fuhhyo, berbelanjalah dengan berhemat dengan memanfaatkan gaji itu dengan keredaan Allah dengan keberkatanNya jua.


Jumaat, 30 Mac 2012

surah yasin

30032012

Salam Jumaat. Jumaat beganti Jumaat dan kehdipan kita semakin hampair ke matlamatnya iaitu menjuju kepada Yang Mencipta. Adakah bekalan kita sudah mencukupi untuk menghadapai semuanya itu. Di Hari Penghitungan itu mulut di kunci dan pengatara kita ialah anggota badan yang menjadi saksi segala perbuatan kita di duna seperti kaki, tangan dan sebagainya.

Seperti biasa di Hari Jumaat, di tempat kami mengadakan bacaan Yasin dan di sini aku terkasima lagi dengan ayat 59 - 65 yang bermaksud begini:


Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.




Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.


...........apakah amalanku sudah mencukupi? Kalau sudah cukup adalah benar-benar menjamin aku di hadapan Pencipta atau adakah aku seorang yang bankrup? ...............

Khamis, 29 Mac 2012

Ombak Rinduku

29032012



Sungguh syahdu mendengar alunan muzik yang diserikan dengan lirik dan suara mendayu membuatkan airmata bergenang, mengalir di pipi. Irama seadanya  menjadikan aku begitu terkasima mencari keredaan Ilahi. Meminta keampunan dari segala dosa yang lalu agar tidak kecundang di hari di mana  pada hari itu tiada yang dapat membantu kecuali amalan yang diredai oleh Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...