01042013
Diam tak diam kita telah berada di suku kedua tahun 2012. Hari ini 1 April 2012. Hari pertama bulan Apri 2012. Teringat masa kecil kecil dahulu selalu kawan-kawan mengolok kawan-kawan yang lain dengan gurauan yang melampau. Katanya ...
'april fool'. Bila alasan itu dinyatakan kepada kawan yang terkena diperbodohkan atau diperguraukan, mereka boleh pulak menerima. Macam-macam gurauan yang muncul di hari itu. Mana yang sudah bersedia dengan kedatangan 1 April, mereka dok selamba saja, mana-mana yang tak perasan akan menjadi mangsa. Az pernah terkena dengan satu gurauan di mana kengkawan mengatakan guru besau hendak berjumpa dengan az. Az pun pergilah berjumpa dengan guru besau. Penat menunggu satu hal. Bila dah dapat jumpa, guru besau mengatakan 'bila saya hendak jumpa kamu?" Baru az teringat. huhuhu sendiri mahu ingatlah yang az sudah terkina dengan april fool.
Gedabak betouiii.
Bukan pelajar sahaja yang dikenakan malah guru juga terkena dengan April Fool terutama guru guru yang garang. 1 April la harinya. Ironi nya guru guru ini boleh menerima gurauan itu. Paling banyak yang terkena ialah guru guru perempuan dan masih belum berkahwin. Di kenakan mereka dengan guru yang bujang. Dan ada yang sampai berkahwin pulak angkara April Fool ini.
Zaman sudah berubah april fool sudah ketinggalan zaman atau pun tiada siapa lagi hendak mempermainkan orang di 1 April. April yang bodoh berlalu begitu sahaja pada hari ini. April Fool hanya kenangan tinggalan sejarah. Mungkin genarasi sekarang tidak arif dengan 1 April yang begitu popular pada tahun 60an . Malah filem Hindi pernah memfilemkan
April Fool. Lagu lagu dalam filem ini amat mengasyikan terutamanya Lagu dendangan Mohd Rafi yang begitu popular ketika itu. Nikmatilah..
ada ke kengkawan yang pernah terkena dengan April Fool? Boleh share la di sini
7 ulasan:
assalamualaikum AZ : sy tak pernah plak kene april fool yg teruk2... tp skrg ni budak2 pon dah tak wat bende cam ni kan...
salam afeez,
memang x ada. kat asrama pun az tak pernah dengar lagi kejadian ini
Hukum merayakan Valentine Day, April Fool dan hari-hari kebesaran agama
lain selain Islam adalah haram berdasarkan kepada fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun untuk suka-suka.
Maaf cikgu.
bekas anak murid.
salam TN
ma kasih info itu. sama-sama kita ingat mengingati
As salam THAZ,
sy masa IPTA dulu kena gak dgn member2 serumah. Kami sewa 8 orang dlm umah tersebut. mlm 31 Mac sy mcm biasa kul 10.00mlm dah tidoq walau duk dibandaraya. Next day member2 serumah semua x de kelas. Depa pakat kenakan sy set jam cepat 5 jam awal. bayangkan sy yg selalu bangkit jam 6pg mlm tu kul 1 dah bersiap nak pi kelas bcoz first kelas jam 8pg. bila kuak umah awat x dak org lain tunggu bas, x kan aku sorang je yg de kelas pg.
Satu hamba Allah tegoq sy dik wat pa gi2 buta kat sini bas pun dah abis... hang dah kena APRIL FOOL la ni.. dlm hati membara blk umah, rupa2 nya depa dah tunggu dlm gelap APRIL FOOLLLLLL...
salam dzak
kwang kwang kwang, terbaekkk kaw kaw kaw, nasib baik manusia yang tegor, kalau halimunan???
emmmm, masa tu x terpikiaq la pulak pasai tu. x tau la hat tegoq tu hat jenih tu..
Catat Ulasan