08062012
Hampir tidak upaya untuk mengemaskini blog yang telah sebulan tidak berusik. Rupanya format telah berubah. Nasib baik dengan izin Allah dapat aku mengatasi cabaran tersebut. Begitu pantas teknologi mengheret penggunanya melewatinya. Alhamdulillah.
Aku ingin berkongsi pengalaman selama 4 hari 3 malam di Bandung bermula pada 29 Mei hingga 1 Jun 2012 yang lalu. Satu pengalaman yang manis kepada lapan orang ahli rombongan yang sama-sama mengharungi cabaran kerana berpergian tanpa pakej daripada Tanah Ayer. Kami menempah teket sendiri dan menggunakan agen tour di Indonesia. Cuak juga rasa di hati mentelahan mendengar pelbagai cerita negatif daripada kawan-kawan bahawa banyak penipuan telah berlaku. Namun dengan dorongan Sonata Anak Kancil , impian kami menjadi kenyataan.Agen Ramli Medan Tour memnag terbaik. Perjalanan kami begitu lancar daripada permulaan sehinggalah kembali semula ke Tanah Air.
Kami berlepas dengan Penerbangan Air Asia daripada LCCT, Sepang pada pukul 6.45 pagi terus ke Bandung. Kami sampai Bandara Husin Sasteranegara pada pukul 8.00 minit pagi (9.00 waktu Malaysia) dengan perjalanan selama 2 jam 15 minit sahaja.
Check In
Tempat Duduk telah dikenalpasti
kita makan dulu
(prebook di galakan kerana 30% lebih murah)
Bumi Bandung daripada udara
Penempatan yang begitu padat di Bandung
Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung
Selepas melalui proses imegresyen Indonesia makan bermulalah agenda kami selama 4H3M di Bandung yang terkenal dengan kawasan penempatan Tentera dan pusat membeli belah yang popular.









