Ahad, 8 April 2012

diabetis mellitus

08042012


Kencing manis atau diabetis - pembunuh senyap, pembunuh secara perlahan lahan. Penyakit ini tidak merasakan kesakitan kepada pengidapnya namun secara perlahan akan  menyebabkan kepada penyakit yang lain tanpa disedari. Di namakan sebagai kompilkasi kencing manis apabila ia menyerang sistem imunisasi yang lain dengan menyebabkan kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kerosakan buah pinggang sekiranya tidak dikawal.

Ubat-ubat doktor hanya melambatkan komplikasi tersebut, lambat laun ia menyebabkan juga kepada penyakit tersebut yang lebih terkenal dengan pakej penuh apabila pesakit mengidapi ke empat-empat penyakit tersebut.

Lazimnya diabetis terjadi apabila pankrias tidak dapat mebekalkan insulin kepada badan dan menyebabkan tenaga tidak dapat disalurkan kepada badan.  Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan organ pankreas yang terletak di belakang perut.

Apabila perut menerima makanan ia akan dihadam di dalam perut  yang memerlukan insulin menukarkan makanan tadi (karbohaiderat dll) kepada gula glukosa. Glukosa ini akan diserap ke dalam saluran darah di dalam badan dan menjadikan kita bertenaga.

Bermakna  kepada orang normal   insulin  yang dikeluarkan oleh pankreas akan membantu glukosa menjadi tenaga. Kepada pesakit diabetis, kekurangan insulin menyebabkan glukosa terlarut begitu sahaja dan dikeluarkan melalui air kencing. Bermakna pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin dengan berkesan untuk mengeluarkan glukos memasuki sel sel badan dan terkumpul ke dalam darah yang menyebakan paras gula dalam darah meningkat tinggi dan melimpah ke dalam air kencing




Ringkasnya apabila berlaku kerosakan kepada pankreas, insulin tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan glukosa tidak dapat dibekalkan kepada tenaga. Itulah sebab mengapa pesakit kencing manis selalu dalam kelesuan yang tidak bertenaga. Badan den ni lotih yer. selogho adoooo. huhuhu - sendiri mahu ingat

Kurangkan gula dalam makanan dan tambahkannya dalam senyuman
Jangan bilang apa apa - hanya senyum

6 ulasan:

Mak Wan berkata...

Assalakualaikum ayahzain

terima kasih menghidangkan info yang penting untuk terus ceria

Ayah Zain berkata...

alaikum salam mak wan

sengaja utk berkongsi.

mama ju berkata...

Aslkm Tuan Hj

Tkasih. Alamak takutnya, kena waspada ni...
Seronokkan org ada cucu?

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju

orang yg belum kena kmanis, hsnya gunaksn gula secukup perlu aja. Kemudian buaT pemeriksaan gula.
Memang seronok ada cucu tp cucu tinggal jauh. Tu yg tak seronoknya

Mak Wardah berkata...

Terima kasih. Info penting untuk semua

Ayah Zain berkata...

sama sama mak wardah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...