Ahad, 14 Oktober 2012

Majlis Malam Penghargaan MARA 2012

14102012

Seminggu selepas Majlis Konvokeseyen Putera ke-2 kami pada 7 Oktober yang lalu, maka kini ibunya pula diraikan oleh bekas majikannya sempena Majlis Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2012 yang telah dilaksanakan pada 12 Oktober yang lalu di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur. Hotel bertaraf 5* dengan kadar bilik penginapan semalam melebihi RM500.00. Pada malam gilang gemilang yang disempurnakan oleh Ketua Setia Usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selaku wakil rasmi Menterinya yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. Majlis di serikan lagi dengan artis undangan Sharifah Zarina dengan lagu berhantunya Langit ke-7.

Pada malam itu mrzain diantara penerima yang  diraikan sebagai mengenang jasanya yang bersara pilihan. Bermakna MARA meraikan pesara-pesara MARA  sama ada bersara Wajib, bersara pilihan dan juga bersara terbitan disamping meraikan staf MARA yang telah berkhidmat 25 tahun. Seramai 120 orang menerima penghargaan perkhidmatan 25 tahun, 20 orang bersara terbitan iaitu yang telah meninggal dunia semasa bertugas pada tahun 2012, 30 orang bersara pilihan dan 50 orang bersara wajib. Majlis bermula agak lewat pada pukul 9.00 malam gara-gara trafik jem yang teruk akibat hujan lebat disebelah petang di Kuala Lumpur dan berakhir pada pukul 11.30 malam dengan acara bergambar kenangan penerima anugerah bersama WWIP MARA.
Sharifah Zarina mendendangkan lagu - begitu shahdu kepada urusetia ini

Majlis di mulakan dengan NGEGARAku dan Lagu Amanah Rakyat (lagu baru MARA ciptaan komposer terkenal M. Nasir dengan vokal utamanya Sharifah Zarina. Setelah itu  bacaan doa dibacakan diikuti dengan ucapan Ketua Pengarah MARA. Majlis Makan Malam sejurus kemudian  dengan diserikan oleh seorang artis Lelaki Luncai Emas dan kemudian Sharifah Zarina mendengakan empat buah lagi dengan lagu Langit ke-7 menjadi lagu kemuncak persembahanya yang begitu bertenaga. Dan  sesudah itu  anugerah disampaikan kepada penerimanya berupa sijil penghargaan dan wang tunai bernilai RM1000.00.










Ahad, 7 Oktober 2012

Konvokesyen Unikl ke 9 2012

07102012

Se awal 6.20 pagi kami telah bergerak daripada Puchong Prima ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Perjalanan cuma mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja kerna aliran trafik yang lancar di waktu pagi minggu. Memnag aku suka datang awal untuk mengelakan kesesakan trafik yang memeningkan mindaku. Alhamdulillah. Kawasan parkir juga lapang membolehkan aku memilih parkir yang begitu strategik berhampiran dengan pintu lift ke Lobi PICC.

Aku kagum dengan perjalanan majlis konvokesyen yang aku rasa terbaik berbanding dengan dua orang anak-anakku terdahulu. Maklumlak suasan PICC yang gah berhawa dingin menjadikan aku cool. Pihak urusetia memberi tahu para ibu bapa dibenarkan masuk pada pukul 7.45 pagi ke arena majlis di PICC. Ada kira-kira 30 minit lagi untuk itu. Justeru mrszain menyiapkan anak bertuahnya itu agar kelihatan kemas dan segak


Setelah selesai menyempurnakan pakaian konvokesen anaknya itu,  masih ada masa lagi untuk kami dan bolehlah kami memenuhinya   hajat masing masing. Tepat 7.50 pagi kami bergerak ke tangga bergerak menuju Dewan Planeri dan dewan yang agak kosong membolehkan kami memilih tempat yang agak selesa. Alhamdulillah.

Majlis dimulakan tepat pukul 8.35 pagi dengan perarakan masuk graduan diikuti dengan  perarakan staf akademik UNIKL dan akhirnya perarakan masuk Ahli Senat dan Penyempurna Majlis Konvokesyan YB Dato Seri Idris Jusoh, Pro Chanselor II UNIKL merangkap Pengerusi MARA. Para hadirin diminta berdiri dan seterusnya nyanyian Negaraku, Lagu MARA versi baru dan Lagu universiti dialunkan. Walaupun lagu MARA versi baru ciptaan Komposer terkenal M.NAsir ini selalu dinyanyikan oleh pelajar MRSM namun hari ini lagu ini begitu bersemangat dan aku jatuh cinta dengan lagu ini buat pertama kalinya. Mungkin sound system yang canggih menyebabkan lagu ini begitu aku sukai sekali. Kesemua lagu itu dialunkan oleh pasukan koir UNIKL gabungan staf dan mahasiswa nya. Hebat. Bravo.

Sebelum majlis bermula tadi, dua kali pengacara majlis memberi ingatan dengan membaca peraturan tatacara majlis mengingatkan para tetamu agar majlis berjalan lancar. Setelah bacaan doa,  Presiden UNIKL memohon salam takzim untuk memulakan majlis mengikut protokol Konvokesyen yang begitu bermakna setelah dibuka oleh Dato Seri Idris Jusoh dan seterusnya memberikan ucaputama selepas kata-kata aluan daripada Presiden UNIKL. Antara lain Dato Seri Idris Jusoh mengingatkan para graduan membangunkan negara tercinta, menghormati ibubapa dan akhir sekali mengingatkan graduan membayar hutang MARA.

Keunikan Majlis Konvokesyen UNIKL ini ialah para graduannya terdiri daripada 11 buah kampus UNIKL yang berserakan diserata Semenanjung. Para graduan di bezakan dengan warna selendang yang beranika warna berbanding di IPTA warna selendang graduan mengikut fakulti. Majlis diselamgselikan dengan lagu kesukaan ramai untuk memberikan nafas kepada penyempurna majlis agar tidak kelelahan. Tiga lagu selingan yang malarsegar ialah ku petik bintang (Yuna), Kenangan Mengusik Jiwa dan sebuah lagu Inggeris yang dinyanyikan oleh mahasiswa UNIKL sendiri. Hebat penyanyi-penyanyi tersebut yang begitu bersahaja persis penyanyi terkenal negara. Majlis tamat tepat pukul 11.45 pagi. Alhamdulillah.

 Selesai sempurna mengenakan jubah konvo, berposing le pulak
 Bersama ibunda tersayang
 Suasana dalam majlis konvokesyen

 Ijazah dalam genggaman
 Bersama abangnya (bakal naik jinjang pelamin tahun depan, Insya Allah)
 Bersama ibu tercinta
 Bersama adiknya pulak, Putera bongsu

kita x ada camera macam Pak Itam , inilah hasilnya. huhuhu

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kucing oh Kucing

06102012


Cepat sungguh masa berlalu. Kini minggu pertama bulan Oktober juga sudah berakhir namun blogku ini amat   berat untuk dikemaskini justeru kesibokan masa mengejar hal hal dunia. Mungkin sudah kekeringan idea.

Sengaja ingin berkongsi cerita. Berlaku perkara ini kelmarin hari Jumaat (5 Okt 2012)  tatkala aku balik ke rumah untuk bersedia menunaikan Solat Jumaat. Kebetulan  Aku terlambat sedikit keluar pejabat kerana hal-hal pejabat. Namun apa yang menunggu aku di rumah????? Udahler waktu azan hampir tiba, badan pun penat, ermmmmmmm ...... namun aku bergegas juga untuk membersihkannya. Aku sempat  sampai di Masjid namun khatib sudah separuh membaca Khutbah Jumaat.

Apaler dosa aku hai kucing? Kau melakukannya sebegini. Bersabar sahaja. Tak boleh nak sumpah seranah mahluk Allah ini nanti dia melakukan lagi yang lebih hebat barangkali. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku.




(Sekadar perkongsian. Harap Ustaz Amin merestuinya.

Isnin, 24 September 2012

cirit birit

240912

Hari ini aku hanya berehat kerana cirit birit. ( http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=164) Ia bermula pada malam semalam dengan rasa nak demam namun aku bertahan tidak mahu mengambil paracetaamol. Selepas Solat Isyak aku merekatkan diri diperbaringan dan kira pukul 12.00 sesuatu terasa di kerongkongku. Terasa loya yang amat sangat dan aku meluru ke bilik air dan tersembur lah dari mulut ku muntah yang amat banyak sekali. Segala apa yang aku makan pasa siang hari dikeluarkan semula dan insiden ini berlarut sehingga 3 kali muntah. Terasa sedikit kelegaan dan membolehkan aku tidur sehingga ke pagi.

Namun selepas Solat Subuh satu lagi fenomena usus yang berlaku di mana aku mula mengalmi cirit birit. Hampir setiap 10 minit  aku ke bilik air dan badanku terasa lemah sekali. Aku gagahi juga ke pejabat pada waktu pagi dan bertugas seperti biasa namun ususku tidak menunjukan rasa untuk pulih dan aku mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ayer Baloi.

Kerana lambat ke klinik, ruang menunggu di klinik itu telah dipenuhi pesakit yang sedang menunggu giliran.. Sesudah mendaftar hampir 3 kali aku ke bilik air dengan kesakitan yang amat sangat memaksa aku memohon kerjasama jururawat untuk mempercepatkan giliran aku. Mungkin rasa kesihan melihat aku yang keakitan jururawat meminta aku ke ruang menunggu di bikik persediaan. Aku diberikan katil pesakit dan berehat di atasnya. Terasa lega apabila diperbaringan. Terima kasih jurawat yang baik hati. Sempat juga aku melelapkan mata sekita apabila aku dikejutkan oleh Pembantu Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika sesi rawatan pembantu hospital yang peramah menerangkan aku geja;an cirit birit di mana ia adalah proses mebuang toksin di dalam badan akibat keracunan makanan dan ia memberikakan aku 4 jenis ubat untuk aku consume.

Aku diberikan cuti sakit sehari untuk berehat di rumah. Aku berehat sahaja di katil ku berseorangan tanpa perhatian isteri yang y=berada jauh di Melaka yang terpaksa menjaga anak-anak buah aku yang kedua ibubapanya menunaikan fardu haji selama 46 hari. huhuhu.

Waktu tengah hari aku tidak menjamah makanan kerana tiada apa yang boleh aku makan cuma mengambil 2 keping roti wholemeal sebagai alas perut. Seleraku juga terbantut. Tidur dan tidur sehingga pukul waktu  asar.

Malam ini aku terasa loya semula dan aku  memikirkan untuk berjumpa doktor semula sekiranya keadaan memaksa. Semoga penderitaan aku ini tidak berpanjangan dan berdoa agar Allah menyembuhkannya.


Ahad, 23 September 2012

bERCINTA HINGGA SYURGA

230912

Hari ini aku mendapat undangan perkahwinan anak sulung dua pupu/kawan baikku  di Taman Pinggiran Golf, Seremban. Taman ini betul-betul di belakang Stadium Paroi. Se awal 6.30 pagi aku telah berangkat daripada Pontian ke destinasi yang dituju. Sebelum itu aku singgah mengambil Isteri di Melaka dan Ibuku di Rembau. Aku sampai di lokasi tepat jam 12.00 tengah hari.

Ketika itu tetamu belum begitu ramai mungkin kemah yang disediakan kira-kira 15 unit menjadikan suasana agak selesa. Aku menghabiskan masa hampir 1 setengah jam di sini disamping beramah mesra dengan saudara mara yang datang. Aku terpaksa balik awal kerana masih ada urusan yang perlu diselesaikan.

Memang dahsyat jem giler semasa keberangkatan balik kerana tetamu yang semakin ramai. Apakan tidaknya, di kejiranan ini terdapat 3 majlis perkawinan yang dijalankan serentak. Namun alhamdulillah dengan batuan pakcik-pakcik rela, terafik dapat dialirkan dengan agak lancar.

 Tempat Raja Sahari bersantai - simple but need
 Hidangan Pengantin tersedia menanti untuk dinikmati oleh kedua mempelai
 tu dia pelok cium untuk ibuku
 Bersama datuk pengantin
Ibuku bersama anak dan menantunya


Sabtu, 22 September 2012

Apa yang tinggal?

220912

Rentetan berita kematian rakan sekerja semalam, aku ingin berkongsi sedikit sebagai ingatan kepada diriku sendiri. Sesunguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang sering ingat mengingati dan pesan berpesanan.

Apabila mati seseorang anak Adam  maka hilanglah segalanya daripada kehidupannya  di maya ini. Terputuslah segalanya apa yang dimiliki sebelum ini di dunia yang fana' ini kecuali 3 perkara iaitu:-

1. Anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
2. Ilmu yang bermanfaat semasa hidupnya dan
3. Amal jariah yang dilakukan semasa kehidupannya.

Selain daripada 3 perkara tersebut, akan hilang bersama-sama dengan kematiannya. Perbidalan menyatakan, Orang yang meninggal dunia ibarat kapal yang belayar ke tengah lautan. Semakin ke tengah, kapal itu semakin kecil dan akhirnya hilang dari pandangan. Begitulah dengan kematian seseorang itu akan dilupai dari hari ke hari. Nasib baik ada hari raya  yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat Melayu menziarahi sanak saudara mereka. Seolah-olah serti ada keramaian dengan baju beranika warna menziarahi kubur . Aku teringat semasa aku di Bakri Muar, masyarakat Melayu Muar akan ke tanah perkuburan pada setiap pagi Jumaat. Kebetulan ketika itu Johor mewartakan hari Jumaat adalah hari cuti mingguan. Keadaan ini hanya berlaku di Tanah Perkuburan Batu 6, Jalan Bakri,  Muar. Tanah perkuburan ini tersusun rapi dan bersih kerana di jaga dengan baik sekali.



Semoga dengan coretan ini aku akan terus mengingati arwah arwah yang telah mendahului aku terutamanya ayahku, ibu dan bapa saudaraku,  adik-adik dan kakakku, guru-guruku juga seluruh umat Islam yang aku doakan kesejahteraan mereka setiap kali lepas solat waktu.

Jumaat, 21 September 2012

Kematian

210912

Diam tak diam, hampir sebulan Blog Ceriakan Hari-hariMu tidak dikemaskini. Aku tidak mengerti mengapa aku tiada nafsu keinginan untuk mengemaskininya. Mungkin aku tiada idea lagi untuk menulis barangkali atau kesibokan masa mengekang aku merealisasikan coretan di maya ini.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan SMS daripada kawan aku di Batu Pahat menyatakan bahawa seorang rakan kami telah meninggal dunia pada malam tadi (20 Sep 2012). Aku mengetahui kawan ku ini mempunyai penyakit kencing manis namun beliau mati tiada kaitan dengan kencing manis tetapi mati secara mengejut. Maksudnya rakan ku ini sihat sihat sahaja namun Allah lebih menyayanginya. Aku tidak sempat menziarahi jenazah kerana mempunyai tugas di luar kawasan.

Kawan ku ini seorang yang periang dan happy go lucky. Baginya tiada masalah dalam hidup ini. Hidup mana yang tidak bermasalah katanya. Kita mesti pandai mengatasi masalah tersebut. Kita yang buat dia katanya. Beliau seorang guru yang penyayang dan amat di sukai oleh anak-anak muridnya. Hidupnya begitu simple dan bersahaja. Beliau mempunyai anak yang agak ramai rasanya cukup untuk satu pasukan bola sepak siap dengan pemain simpanannya sekali.

Beliau bersara bersara beberapa tahun yang lalu di Batu Pahat dan terus menetap di Batu Pahat (Taman Sri Sulong) di mana rumahnya tidak sampai 5 km daripada sekolah tempat kami mengajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang diredaiNya. Al Fatihah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...