Sabtu, 31 Disember 2011

selamat tahun baru

Tahun 2011berlalu dengan seribu macam suka dan duka, pahit dan manis. Namun yang berlaku biarlah berlaku. Yang akan datang akan dihadapi dengan lebih berhemah. Antara yang menjadi ingatan kenangan manis di tahun 2011 ialah aku menerima menantu. Satu peristiwa yang menjadi setiap bapa abila anak gadisnya menjadi suri rumah tangga. Di saat itu, tanggungjawab bapa kepada anak gadisnya akan beralih kepada suaminya pula. Aku hanya mempunyai seorang anak perempuan justeru tiada apa lagi kerunsingan di hati berkaitan dengan anak perempuan. Kata orang menjaga sekandang lembu lebih mudah berbanding menjaga seorang anak perempuan. Tahun 2012 yang menjelang akan menambah lagi debaran kepadaku kerana kurang sebulan dari sekarang,aku akan menjadi datuk. Bukan datuk pemberian Sultan atau Raja tetapi datuk anugerah. Oklah. Kepada pembaca budiman, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih bermakna. Mana-mana azam yang tidak terlaksana akan dapat dilaksanakan pada tahun baru ini. HEPI NEW YEAR

Sabtu, 24 Disember 2011

Ingat Mati

241211


Ingat mati
Ingat Sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Itulah bait bait lirik lagu Tobat Maksiat si Wali Band daripada negara jiran sebelah. Hehehe, aku bukan bercerita tentang kematian tetapi itulah topik yang diperkatakan oleh Ustaz di Majlis Ilmu semasa menanti waktu Isyak di Maskid Ayer Molek, Melaka.

Mati hanya berlaku di dunia. Tiada kematian di akhirat. Mati hanya satu kali. Mati adalah maut. Maut adalah hadiah di alam kubur. Selepas mati, kita akan diletakkan di dalam kubur. Di alam kubur, ada nikmat dan ada azab. Mereka yang mendapat Nikmat di alam kubur bermakna ia akan mendapat nikmat di akhirat iaitu di syurga.  Mendapat azab di alam kubur akan menerima azab di Neraka. Nabi Muhammad saw, bersabda perbanyakkanlah mengingati mati. Dengan mengingati mati dapat menghindarkan kita melakukan perlanggaran peraturan Allah swt.

Segala yang disayangi akan di tinggalkan di dunia. Hanya keimanan yang dibawa ke alam kubur. Mayat yang diletakkan di dalam kubur akan mendengar derapan tapak kaki sahabat handai, saudara mara  meninggalkan si mati, maka tinggalkan si mati keseorangan di dalam kubur. Sama ada kubur itu sempit atau luas bergantung kepada amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia. Oleh itu marilah sama sama mencari keredaan Allah.





Jumaat, 23 Disember 2011

misi berjaya

231211 

 Lamanya aku tidak mengemas rumahku ini. Sana sini abok berterbangan. sawang di mana-mana. Apakan dayaku. sejak akhir akhir ini aku begitu sebok dengan tugasan terutamanya dalam mengemaskini markah kokurikulum pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3. Alhsmdulilllah akhirnya hari iinivaku telah berjaya menyelesaikannya. Petang tadi aku berjaya memasukkan markah 10% pelajar tingkatann 5 seecara online. Selagi data ini tidak di key-in, selagi itulah kerjaku tidak selesai. Entry ini disiarkan melalui tablet. oleh itu tiada gambar penyeri kerana madih kurang arif mengendalikannya.

Khamis, 15 Disember 2011

Di suatu Sudut Surau

151211

Di suatu masa, di suatu sudut ruang surau berlaku peristiwa ini. Apakah peristiwa itu
 Tanda tangani betul Hj. Jangan tersalah ruang

Aku ni nak tandatangani kat mana pulak?
 ok. Tandatangan pulak kat sampul surat ni

macam surat nikah jer? nak tambah satu lagi ke hj

Rabu, 14 Disember 2011

Sujud Sajadah

141211

Hari ini seperti biasa jemaah Surau as-Sidek, Pt  Keroma, Ayer Baloi, Johor meneruskan program membudayakan al-Quran. Walaupun hanya beberapa orang jemaah yang tinggal selepas Solat Maghrib, program masih diteruskan. Malam ini mereka membaca Surah Saad, ayat 11 hingga 26.  Apabila samapi ayat ke 24 yang bermaksud seperti berikut:-

Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).QS:as-Saad:38:24)

Tamat sahaja ayat ke 24 ini di baca, kami sama-sama bersujud ke hadrat Allah, meminta ampun kepada Allah azajawalla.

 Ust Raihan (kanan) membaca ayat Al-Quran dan bakal guru muda ini membaca terjemahannya
 antara jemaah yang turut serta
Menikmati juadah selepas program selesai sementara menunggu masuknya Solat Isyak


Selasa, 13 Disember 2011

Memburu Impian

131211

Hari ini tidak berapa sihat, asyik bersin sampai timbul bintang di kepala. Jalan pun terhuyang-hayang. Maka dengan itu mari kita layan lagu ini yang mempunyai ciri-ciri motivasi diri.






Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian

Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia

Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri

(Chorus)

Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku

Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi





Ahad, 11 Disember 2011

Gerhana Bulan

111211  

Semalam kita diperlihatkan dengan salah satu  kuasa Allah yang maha hebat iaitu kejadian gerhana bulan. Bulan purnama itu  hilang cahayanya  sedikit demi sedikit dan akhirnya bulan purnama kehilangan terus cahayanya. Langit Pontian semalam, bulan purnama kehilangan semua cahayannya pada  pukul 10.10 malam. Amat indah suasana malam ketika itu dengan cahaya bulan yang samar samar dengan kerlipan bintang yang gemerlapan. Sekitar pukul 12.00 malam, cahaya bulan purnama hampir kembali pulih dengan langit yang cerah dihiasi bintang-bintang yang cemerlang.


Simulasi gerhana bulan yang berlaku malam tadi 10/12/11 

Di Surau as Sidik Pt Keroma, Ayer Baloi, jemaah menunaikan solat sunat grhana bulan  tepat pada pukul 9.00 malam yang dipinpin oleh Imam Yasin dan Katib pula ialah Naib Qadi Hj Rahman. Antara isi khutbah yang dapat aku kongsi di sini ialah umat manusia diminta sujud kepada Allah yang mentadbir terbit dan tenggelamnya matahari dan bulan  seperti firma Allah surah Fusilat ayat37, ..Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.

Gerhana bulan mempunyai hikmahnya iaitu  memberi peringatan supaya hamba-hambaNya tidak melakukan kerosakan, kemungkaran dan perkara yang melampaui batas .

Gerhana bulan menunjukkan amaran dan  peringatan Allah kepada seluruh umat manusia  agar  taat dan  patuh kepada segala perentah Allah dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi laranganya

Gerhana bulan merupakan satu peristiwa  yang menakjubkan kepada seluruh manusia kerana bulan kehilangan cahaya secara tiba-tiba . Gerhana bulan ang berlaku tahun demi tahun  adalah  peringatan Allah kepada umat manusia - tidak melakukan kemungkaran/kerosakan dan sentiasa memohon ampun kepada Allah atas segala ketelanjuran dosa yang dilakukan sama ada disedari atau tidak disedari kerana akan sampai ketikanya dunia dan seluruh makhluknya akan musnah (kiamat) seperti firman Allah dalam surah al-Qiamah ayat 7-11 yang menyatakan ,  Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),Dan bulan hilang cahayanya,Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?


 Khatib sedang membaca khutbah 
antara jemaah yang hadir

Saat bulan hampir kehilangan cahayanya (9.50 malam)

Sabtu, 10 Disember 2011

di mana silapnya

101211


Masuk kandang  kambing mengembek , masuk kandang rimau mengaum
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Itulah dua pepatah/perumpamaan orang lama Melayu. Memang orang Melayu berpegang kepada pepatah petitih ini hinggakan kadang-kadang menjadi satu yang tidak kena kepada kehidupan kita. Bukannya apa, ini adalah pendapat az sahaja. Orang lain peduli hape, mereka mempunyai pandangan yang sendiri....

Kes ini ini bermula pada satu pagi di MHI TV3 apabila seorang pelajar Melayu yang menuntut di Indonesia bercakap menggunakan loghat Indonesia. Terdetik di hati mengapa pelajar ini tidak bercakap logat kita kerana si pewawancara itu bercakap Bahasa Melayu, loghat Melayu.

Kita akur lidah kita memang mudah mengikut gaya percakapan bahasa tempatan. Malah  pelajar di sana diberi kursus bahasa Indonesia sebelum memulakan kuliah. Yang tidak seronoknya  pemberita TV3 yang mewawanncara , kalaupun Budik yang mewancara sekalipun , apalah salahnya kita gunakan bahasa kita (Bahasa Melayu) kerana bahan itu  akan disiarkan dan  di tonton oleh masyarakat Malaysia di TV3. Lihat sahaja ada logo TV3 di mikrofon wartawan itu.

Sebenarnya kita memang mudah terikut bahasa luar kerana mengikut pepatah di atas barangkali. Lebih malang lagi apabila pewawancara menggunakan loghat Indonesia apabila mewawancara warga Indonesia. Bibik yang begitu lama mengasuh di rumah majikannya di Malaysia tetap berbahasa Indonesia malah anak-anak majikannya pula  fasih berbahasa Indonesia. MENGAPA? 

Bahasa Jiwa Bangsa. Kita salute dengan warga Indonesia tetap mendaulatkan bahasa mereka walau di mana mereka berada namun warga Malaysia malu untuk berbuat demikian. Orang Melayu berasa banggsa berbahasa Indonesia walaupun baru beberapa hari berada di bumi Indonesia semasa melawat Indonesia. Itu lah kelebihan orang kita yang pandai mengambil hati penduduk tempatan. Tetapi adakah mereka nahu mengambil hati kita di sini? Hagham.

Bkan mereka tidak boleh, boleh. Cuba lihat Maharaja Lawak Mega malam tadi, kumpulan Saehu boleh bercakap loghat Kelantan. Tetapi ...........

Kalau kita perhatikan Orang-orang Indonesia berketurunan Cina Indonesia fasih berbahasa Indonesia, Malah nama mereka pun di Indonesiakan seperti Rydy Hartono. Begitu juga dengan Orang  Thai berketurunan China di Thailand , mereka  fasih berbahasa Thai di Thailand -  tetapi di Malaysia? Orang Melayu  pula yang ikut lenggok mereka apabila bercakap.  (haiya ah sing nga lu manyak pandai wooo) -  Lu pikir lah sendiri. jangan jadi bangau oh bangau sudah ler ......

  
Bahasa Jiwa Bangsa hanya tinggal slogan yang tiada ertinya. 
Di mana silapnya?????
ini tak silap yer

Jumaat, 9 Disember 2011

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan

091210

Hari berganti hari,
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan
akhirnya cukup setahun 
Hari ini ialah hari ulang tahun perkahwinan ke 27, malangnya sorang di utara seorang di selatan. Kesibokan menyebakan terlupa bahawa hari ni adalah hari yang bersejarah buat kami. Tak mengapa walaupun apa yang berlaku, cinta kami tetap utuh.

Selamat menyambut Anivesary ke 27 buat ayahzain & mrszain
kek tahun lepas hanya sekadar hiasan



Khamis, 8 Disember 2011

Semuanya bermula dengan tarbiyah

091211
Salam Jumaat kepada anda pembaca budiman yang sentiasa menatapi coretan  CHHM. Sekejap sahaja sudah seminggu lagi berlalu. Justeru hari ini az ingin berkongsi bingkisan sebagai bekalan rohani kita. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kehidupan kita penuh dengan keberkatan. Jadi kali ini tak perlu membaca cuma mendengar dan menghayatinya sahaja. Insya Allah.


Rabu, 7 Disember 2011

Setahun yang berlalu


081211

 Setahun yang lalu
Aku melihat mu
Kesihan sungguh apa yang berlaku
Justeru tidak beberapa hari usiamu
Takdir yang menentukannya
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul



Qada’ dan Qadar Allah
Itulah ketentuan
Kepada Allah kita pasrah
itu adalah ujian
Bersabar dan bertaqwa
Jadikan pegangan
Iman dipertingkatkan


Berlaku adil

071211

Amat sukar untuk berlaku adil kepada orang lain kerana prasangka ,bias, keegoan yang melanda di fikiran. Sering memandang rendah kepada orang lain dan memikirkan diri kita sahaja yang sempurna maka orang lain peduli hapa. Kita sering disarankan agar berlaku adil namun kadangkala kita diperlakukan dengan cara yang tidak adil. Kita merasakan kita perlu diberikan perhatian dan layanan namun kita tidak mendapatinya kerana pertentangan kepentingan dan matlamat. Akhirnya timbul konflik, bermasam muka dan tidak bertegur sapa kerana kita merasa kita dipinggirkan, membawa hati, memendam perasaan, berdendam dan hapa sahaja kemungkinan boleh berlaku implikasi daripada perasaan yang difikirkan tidak adil. Namun begitu ayat ini adalah penawar bagi segala punca itu. Kalau terdetik perasaan kita tidak diperlakukan secara adil mengadulah kepada sang pencitpta raya Allah swt yang sentiasa dekat dengan kita malah lebih dekat daripada urat nadi kita.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (QS:5:8)


Isnin, 5 Disember 2011

Hari As Syura

061211

Salam sejahtera kepada pembaca CHHM. Hari ini kita menyambut Hari kesepuluh dalam bulan Muharram yang lebih popular dengan  Hari ASYURA dikalangan masyarakat Malaysia. Paling glamour pada musim-musim begini kita dijamu dengan bubur Asy Syura. Az amat suka suka dengan bubur asyura Negeri Johor  dan malam tadi az berpeluang menikmati bubur asyura di Surau Anak Bugis, Suaru As Siddik selepas majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz tersohor Kg. Pt Keroma.  Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharran justeru digalakkan berpuasa pada hari tersebut. Memandangkan orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari tersebut, umat Islam digalakan berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Antara peristiwa yang berlaku Pada 10 Muharram ialah , Nabi Adam  dimasukkan ke dalam syurga dan pada 10 Muharram juga, Nabi Adam a.s di keluarkan daripada syurga. Nabi Musa terselamat daripada tentera Firaun, Nabi Nuh terselamat daripada banjir besar, Nabi Isa terselamat daripada orang Israel yang ingin membunuhnya, Nabi Ibrahim terselamat daripada api angkara Namrud dan banyak lagi.

Itulah antara tazkirah ringkas yang disampai oleh Ust Salehuddin Jaafar di Surau Pt Keroma Malam tadi. Sebelum memulakan tazkirah, ustaz menyatakan beruntungnya orang-orang yang datang menghadiri Majlis Ilmu kerana seperti berada di dalam syurga di mana ahli-ahli syurga sedang duduk memuji-muji Allah. Maka Allah pun tiba dan bertanya apakah kalian suka berada di syurga ALlah? Ahli syurga menjawab kesukaan sehingga tidak boleh mengucapkan apa-apa. Justeru Allah menambah satu lagi nikmat kepada ahli syurga tersebut. Apakah nikmat itu? Allah telah memberikan keredaannya kepada ahli-ahli syurga itu.

Selain daripada itu mereka yang menghadiri  majlis-majlis ilmu akan dapat mempertingkatkan keimanannya, sebab itulah di zaman Nabi saw, para sahabat akan membacakan hadis-hadis nabi selepas solat fardu sebagai satu usaha untuk meningkatkan keimanan mereka.

Pada 10 Muharram kita di galakan untuk berpuasa sunat, berbelanja lebih kepada ahli keluarga  dan bersedeqah, memegang  kepala anak-anak yatim , menziarahi orang-orang alim dan belajar ilmu dariadanya dan sebagainya di mana az terlupa mengingatinya.

AZ meminta maaf andai ada kesilapan justeri kejahilan sendiri namun bersemangat untuk berkongsi apa yang aku perolehinya daripada majlis tersebut dan marilah sama-sama kita menghayatinya 10 Muharram untuk mendapatkan keredaan Allah yang esa.


Tiang Kemah

051211

Berjumpa semula kepada semua pembaca CHHM. Kini kita memasuki bulan terakhir 2011. Sungguh cepat masa berlalu, beberapa hari lagi 2012 akan menjelma. Count  down 2012 telah bermula. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun 2012 menggantikan 2011.

Pagi tadi di Surau Mawaddah Apartmen Orked, Puchong Prima majlis taklim membacakan hadis Nabi menyatakan bahawa Islam itu tertunggak kepada 5 rukun iaitu Kalimah Syahada, Solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadan, pembayaran zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup. Islam itu ibarat sebuah kemah yang didirikan dengan 5 tiang. Satu tiang tengah yang disokong oleh 4 batang tiang  penjuru. Sekiranya tiang tengah tiada maka kemah itu tidak akan dapat berdiri dengan teguh dan tiadanya tiang-tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat didirikan. Tiada satu batang tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat berdiri dengan sempurna, cacatlah kemah itu. Oleh itu sama-samalah kita bermuhasabah diri bagaimana dengan kesempurnaan Islam kita. Adakah kita menjaga kelima-lima rukun ( tiang ) tersebut atau pun memilih atau meninggalkan salah satu rukun ( tiang  kemah ) tersebut.

Rukun Islam pertama iaitu pengucapan dua kalimah syahadah yang telah diucapkan bermakna kita telah menjadi orang yang beriman. Selepas iman itu yang teramat penting ialah mendirikan solat fardu 5 kali sehari iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isya. Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apakah yang paling penting selepas iman. Maka jawab Nabi saw ialah mendirikan solat. Ditanya lagi kepada Nabi saw dan dijawab baginda iaitu menghormati kedua ibu bapa dan ditanya lagi kepada Nabi saw soalan yang ketiga maka baginda menjawab jihad fi sabilillah.

Akhirnya pembacaan hadis itu diakhiri dengan pendirin solat di awal waktu. Janganlah melengah-lengah solat fardu kerana solat amat penting kepada kataatan kita kepada Allah.

Begitulah yang dapat aku paparkan hasil ingatan aku yang tidak seberapa ini ketika pembacaan taklim tadi. Aku menulis kerana pentaklim memohon menyebarkannya kepada sahabat taulan yang tidak berkesempatan mendengar hadis tersebut. Wallahuaklam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...