Selasa, 27 Mac 2012

Sambutan Hari Mara Johor

27032012

1 Mac adalah Hari Keramat bagi Majlis Amanah Rakyat a.k.a MARA kerana pada 1 Mac 1966 MARA ditubuhkan di bawah akta Parlimen. MARA adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. MARA lahir hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965. Setelah berubah beberapa kali di bawah kementarian lain, MARA kini kembali semula di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah a.k.a KKLW.



Pada setiap tahun tanggal 1 Mac MARA akan mengadakan sambutan memperingati penubuhan MARA dengan mengadakan Sambutan HARI MARA. Di peringkat Nasional sambutan Hari MARA telah disambut pada 1 Mac 2012 sementara di Peringkat Negeri Johor, sambutan Hari MARA telah di sambut pada 25 Mac 2012 di Batu Pahat.

Antara program sambutan Hari MARA peringkat Negeri Johor ialah Larian MARA . Acara bermula pada pukul 7.30 pagi dengan senaman negeri Johor iaitu J-Robik selama hampir satu jam. Kemudian peserta di lepaskan berlari berjalan sejauh 5km disekitar pinggiran bandar Batu Pahat.





J-Robik
Wakil  Scotland pun ada...




 lincah instruktor ni

satu MARA  satu Malaysia
 bersedia untuk dilepaskan
sedia!!!! jalan........

sesat ke minah salleh ni


macam kenal je



penat ye bang
 Pengarah MARA Negeri  dapat  hadiah juga
tu dia bawa balik hadiah

10 ulasan:

mama ju, berkata...

Salam AZ
Makan malam tak?
Sapa ambil gambar 165 tu?
Nampak berat hadiah tu, berbaloi!

sonata anak kancil berkata...

tahniah - patut le anak sy pun sibuk kata ada Hari Mara - 2 orang anak jadi warga Mara

Jejaka yang bernombor 165 tu dapat hadiah tak???

Ayah Zain berkata...

alaikum salam mamaju
mestilah makan, lapau
staf az, cantikkan no 165 tu
sure, memnag berbaloiiiiiiiii

Ayah Zain berkata...

sure, hari mara disambut pada 1 mac setiap tahun selagi ada bulan dan bintang. kui kui

jejaka tampan itu hanya jadi penyeri majlis aje

Temuk berkata...

As-salam AYAH ZAIN
Wow, ceria dan cerahnya (dengan baju merah) aktiviti berjalan tu!

Semoga MARA akan terus mara. Namun semoga kita tak lupa juga menoleh ke belakang, demi mengingati pejuang-pejuang lalu yang turut memarakan MARA. MARA, selamat maju jaya!

dzakaria berkata...

Salam THAZ,

huh lama x lari ramai2 mcm ni..
sahih sempun nye..
last lari last 2 years at 'Singapore Malaysia running a 2nd Bridge'.
selut lah AZ masih leh tahan mcm org muda..

Ayah Zain berkata...

salam temuk,

ye betul tu. tiada pejuang dulu tiada dokongan sekarang

Ayah Zain berkata...

salam dzakaria

yer ke. memang meriah acara jalan2 santai tu.

ermm, macam orang muda yer. alhamdulillah.

dzakaria berkata...

salam Az,
sy ni x le muda sangat dah 30++ dah pun.
sy memang selalu sertai larian ni , klw de member yg ajak lg best meriah ckt..
tapi bowling sukan kegemaran sy la..

blog-tips-kurus berkata...

org MARA ye? merah meriah! (>.<)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...