Rabu, 28 Mac 2012

Keceriaan terserlah

28032012

Tanggal 21 Mac 2012, detik kegembiraan, keceriaan kepada calon-calaon SPM 2011 menikmati keputusan Peperiksaan SPM yang telah diduduki pada bulan November 2011. Bak kata bidalan apa yang kamu semai itulah yang kamu tuai. Kalau TIDAK  di jagai, dibajai, disirami dan sebagainya menjadilah  bidalan tanam padi tumbuh lalang.

Tidak mengapa, bagi Maktab kami, keputusan peperiksaan SPM kali ini adalah yang paling terbaik memecahkan rekod sendiri. Keputusan kali ini menempatkannya di tangga ke-6 daripada seluruh 39 buah MRSM  di Malaysia. Tempat ke 12 daripada seluruh sekolah berasrama penuh di Malaysia dengan Gred Purata Sekolah 1.29. Di Johor, ia berada di kedudukan ke-2 selepas Sekolah Tun Fatimah dan tempat pertama bagi seluruh MRSM di Johor. Daripada 141 orang calon, 2 orang mendapat semua A+ dan 57 orang  (42%) mendapat semua A (A+, A, A-)  dalam semua subjek yang di ambil.  Alhamdulillah.







 Alhamdulillah, Lumayannnnnn
 pelajar Terbaik
 Sejuk ibu mengandung
 2 pelajar cemerlang di apit oleh gurunya

 kalau ada hutang, sila bayar dulu sebelum masuk

 Syabas kepada semua pelajar, guru-guru, staf sokongan dan semuanya yang membantu kepada kejayaan yang begitu hebat.



4 ulasan:

mama ju berkata...

Salam Tuan Hj AZ

Tahniah buat semua khas kepada AZ!
Seronok tgk anak2 berjaya.

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : tahniah kepada semua guru dan pelajar....

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

salam afeez

alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...