Selasa, 17 Julai 2012

Peristiwa 17 Julai

17072012

Terlalu cepat masa berlalu. Kini kita berada dipertengahan bulan Julai 2012. Hari ini 17 Julai 2012. Bermakna kurang 5 bulan akan melangkah ke tahun baru. Sebelum itu hanya  4 hari lagi umat Islam akan menyambut Bulan Ramadan di mana bulan yang penuh kemuliaan kerana di dalam ada Malam Seribu Bulan yang dikenali sebagai Malam Lailatul Qadar. Bulan yang penuh rahmat di mana syaitan-syatai akan dibelenggu, pintu pintu Syurga akan di buka dan pintu pintu neraka akan di tutup. Berbahagialan mereka yang melepasi Bulan Ramadan mendapat keampunanan Allah SWT dan rugi mereka yang tidak mendapat apa-apa setelah berakhirnya bulan Ramadan. Bulan Ramadan umat Islam di wajibkan berpuasa iaitu Rukun Islam yang ke 3 dan segala amalan yang dilakukan mendapat pahala yang berganda-ganda.

Berbalik kita kepada tarikh 17 Julai di mana pada tarikh ini banyak peristiwa besar yang berlaku di dunia. Lihat senarai di bawah yang dipetik daripada wikipedia yang mencatatkan:


§  1203 - Angkatan Perang Salib Keempat menawan ibu negara Empayar Byzantine Constantinople,   memaksa  Maharaja Alexios III Angelos melarikan diri ke dalam buangan.
§  1815 - Peperangan era Napoleon: Napoléon menyerah kepada angkatan British di Rochefort, Perancis, menamatkan Seratus Hari.
§  1918 - Revolusi Rusia: Bolshevik menjalankan hukuman mati ke atas Tsar Nikolay II dan keluarganya di  Ekaterinburg.
§  1936 - Pemberontak nasionalis cuba merampas kuasa di Republik Sepanyol Kedua, mencetuskan Perang Saudara Sepanyol.
§  1945 - Winston Churchill, Joseph Stalin dan Harry S. Truman bertemu di Persidangan Potsdam (gambar) untuk memutuskan bagaimana mentadbir Jerman selepas Perang Dunia Kedua.
§  1955 - Taman tema Walt Disney yang pertama Disneyland dibuka di Anaheim, California.
§  1957 – Ayahzain dilahirkan di Alor Star Kedah
§  1975 - Timor Timur diilhak dan menjadi provinsi Indonesia yang ke-27.
§  1996 - Penerbangan 800 TWA yang bertolak ke Paris meletup berhampiran pantai Long Island, New York, membunuh kesemua 230 penumpang di dalam pesawat.
§  1998 - Jurnal Science melaporkan bagaimana ahli biologi berjaya menjujuk genom bakteria yang mengakibatkan sifilis, Treponema pallidum.
§  2007 - Penerbangan 3054 TAM Linhas Aereas terhempas ketika mendarat (gambar) di Lapangan Terbang   Antarabangsa Congonhas di São Paulo, Brazil, membunuh 199 orang.

oooooo rupanya hari ini hari lahir ayahzain. Selamat Hari Lahir Ayahzain. Terima kasih ya Allah yang telah memberikan aku nikmat yang tidak terhingga. Hidup dalam keberkatan dengan rahmatnya yang maha pengasih dan penyayang. Semoga aku menjadi hambanya yang benar-benar bertaqwa dengan mengamalkan segala suruhannya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.

wow!!! SGN. Kalau tahun lepas ayahzain mendapat SGT kini SGN pula .  Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat. 

3 ulasan:

dzakaria berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dzakaria berkata...

Salam THAZ,

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-55.
Tak sangka dah 55 Tahun umur THAZ. Semoga memperolehi segala kebaikan didunia & akhirat hendaknya.

Untung THAZ dpt hadiah SGN sbg hadiah Birthday thn ni. Yg teristimewa bg ke..

Ayah Zain berkata...

alaikum salam dzakaria

terima kasih sudi menjengok az di sini. Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...