Jumaat, 6 Julai 2012

Di ulit lena

060712


Salam sejahtera kepada semua pembaca CHHM. Sudah seminggu berlalu namun tiada bingkisan daripadaku. Bukan apa,  cuma masa tidak mengizikan untuk berbingkisan. Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala Hari. Hari yang dimulai dengan Solat Subuh berjemaah di suaru atau masjid dan Imam akan mebaca Surah Sajadah. Hari yang banyak ganjaran kepada mereka yang melaksanakan perentah Allah seperti mandi sunat Hari Jumaat dan sebagainya. Kemudian bersolat Dhuha yang tidak ramai yang melakukannya kerana kesibokan bekerja. Apabila gelincir matahari kitaSolat Jumaat di Masjid. Di sini kita mendapat banyak ganjaran terutamanya mereka yang datang awal.Solat inilah antara Imam akan membaca surah Al-Fatihah dengan lantang sekali berbanding dengan solat zohor atau asar.  Di dalam Solat Jumaat ada Kuliah Ilmu yang mana pelbagai nasihat, teguran diterapkan kepada para jamaah. Namun ujian mata amat dahsyat sekali mengakibatkan  segelintir jamaah begitu khusuk kadangkala pinggang sama rata dengan lantai masjid. Kadangkala aku juga hanyut diketika itu. Kalau mata jaga sekalipun, entah apa yang melayang difikiran. Kadangkala pelik juga mengapa terjadi begitu? Ironinya apabila selesai mata menjad segar semula. Aku sering berfikir mengapa tipa kali khatib membaca khutbah, mata ini ini begitu berat sekali. Di sekitaran juga ramai yang bersekutu dengan aku. Aku bertekad tidak mahu lena dikala itu namun kegagalan mendahuluinya. Apa yang silap? Di mana silapnya? Moga Allah memberikan keampunannya kepada hamba-hambanya yang lemah ini. Beruntunglah kepada mereka yang tiak diulit lena.





Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
 Subhanallah



2 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

semoga sentiasa diberikan kesihatan sihat walafiat olehNya

Ayah Zain berkata...

alhamdulillah. Aameen.

terima kash cikgu sonata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...