Sabtu, 22 Disember 2012

Solstis Musim Sejuk


080234 / 221212

Salam Sejahtera, salam ceria.

Hari ini 22 Disember 2012. Hari ini matahari berada tepat di Garisan Jadi. Garisan Jadi ialah Garisan 23½°S.
Apakah implikasinya kepada kejadian ini? Ia mengakibatkan  kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim Panas, siang lebih panjang drpd mlm dan kawasan  di Kutub Selatan mengalami siang 24 jam dan sebaliknya di Hemisfera Utara mengalami musim dingin, malam lebih panjang drpd siang dan Kutub Utara malam 24 jam. Sebab itulah juga Kejadian pada 22 Disember ini dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk kerana negeri-negeri di HU mengalami musim sejuk. Pada hari ini juga matahari berada paling jauh di Hemisfera Selatan kerana selepas ini matahari akan bergerak semula ke Hemisfera Utara. Begitulah hebatnya ciptaan Allah. Marilah kita mengucap syukur kepada nikmat2nya yang tidak terhingga.


  Garisan Jadi.

Jumaat, 21 Disember 2012

10KL

070234 / 211212

Salam Ceria, Salam Jumaat. Penghulu segala Hari. Syukur kepada Allah yang memberi rahmat yang tidak terhingga. Pelbagai andaian berlaku pada hari ini, namun Allah maha kuasa pemberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah.


 Indah dan permai di laluan joging Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
 Begitu besar anugerah Allah kepada hamba-hambaNya
Hidup mesti sihat !!!!

Khamis, 20 Disember 2012

Hatinya Kembang Berbunga

060234 / 201212

Secara kebetulan petang semalam (19/12/12) kami sempat memziarahi cucu baru sahabat kami di Muar iaitu Sh Mohd bin Abdullah yang kni Guru Cemeralang Bahasa melayu MRSM Alor Gajah. Pertemuan yang tidak disengajakan ini berlaku di Masjid Batu 5 Jalan Bakri sebaik sahaja kami selesai Solat Asar di situ. Kita yang merancang Allah yang menentukajnya, namun pertemuan ini memnag tidak dirancangkan. Beliau balik bercuti di Muar kerana menyambut kedatangan cucu sulong beliau yang telah dilahirkan seminggu yang lalu. Alhamdulillah.

Bayi lelaki tersebut ketika dilahirkan cuma 2.9kg dan dinamakan Abdullah bin Ibrahim bin Mohd bin Abdullah. Hahaha seronok kami bermain-main dengan nama yang berulang-ulang almaklum orang-orang keturunan Arab memang suka memiliki nama sebegitu.


ala cayang2 mucuk

 Kepalanya sudah di cukur. Amik berkat dan sunnah

 Bayi yang berumur  7 hari ini  telah dikhatankan.  Tuan-tuan ada brani mengkhatankan bayi semuda itu?
Alamak, tutup muka tu, malu gitu


 

Selasa, 18 Disember 2012

Sungai salah


040234 / 181212

Semasa perjalanan ke Palong 4 tengah hari tadi, aku terpandang dengan sekeping papan tanda di Pekan Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Tanpa di sadari aku telah mengambil gambar papan tanda tersebut.
Papan tanda ini tidak jauh dari persimpangan bertrafik lite dan kebetulan lampu merah. Memberi peluang kepada aku untuk mempotretnya.
Apabila di amati papan tanda ini menunjukkan arah satu lokasi bernama  Sg. Salah. Mangaiiii, bila pulak ada lokasi begini. Sebelum ini   aku tidak perasan atau papan tanda ini baru sahaja  dibangunkan.
Inilah dia papan tanda menunjukan arah lokasi bernama  'Sg. Salah". Sengaja aku membuat jenaka dengan isteri, " bukan manusia  saja yang pandai buat salah, sungai pun pandai buat salah. huhuhu. Ada mata. pandang....

Isnin, 17 Disember 2012

10KL = Sepuluh Ribu Langkah

171212

Click imej untuk lebih jelas
Mari kita amalkan.
Alhamdulillah


Sabtu, 15 Disember 2012

Bulan Islam

1234 = 151212





Hari ini Sabtu bersamaan dengan 1 Safar 1434. Safar adalah bulan kedua dalam kalender Hijriah. Ringkasnya ditulis 1.2.34. Satu turutan angka yang unik juga sebanding dengan 121212 . Namun oleh kerana tarikh hijriah tidak mendapat tempat dihati pengguna maka ia dilupakan begitu sahaja. Tarikh Hijriah hanya diguna dalam urusan rasmi di sesetengah jabatan kerajaan dan amat terhad sekali penggunaannya. Oleh itu, mari kita popularkan  bulan hijriah ini dengan mengenal bulan Hijriah mengikut turutannya:

Bulan 1 = Muharram
Bulan 2 = Safar
Bulan 3 = Rabiulawal
Bulan 4  = Rabiulakhir
Bulan 5 = Jamadilawal
Bulan 6 = Jamadilakhir
Bulan 7 = Rejab
Bulan 8 = Sya'aban
Bulan 9 = Ramadan
Bulan 10 = Syawal
Bulan 11 = Zulkaedah
Bulan 12 = Zulhijjah

Kita atau anak-anak kita hanya 'familiar' dengan bulan  Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja kerana ia disambut pada bulan puasa, hariraya Puasa dan  Raya Haji. Itu kira nasib  baik tahu, silap haribulan tak tahu langsung. Bulan-bulan lain hanya teringat sepintas lalu sahaja seperti bulan Muharam bersempena sambutan Maal Hijrah dan Rabiul Awal yang berkaitan dengan bulan kelahiran Nabi Junjungan Muhammad SAW.


ISLAM ITU INDAH

Rabu, 12 Disember 2012

Jering ceria

121212

Cantik nombor hari ini. Namun ada juga yang tidak berapa suka dengan keriuhan nombor ini. Apa ada pada nombor bukan? Tidak mengapa, mereka  yang tidak suka orang menghebohkan nombor ini. Manusia mempunyai citarasa dan kemahuan sendiri. Kita perlu hormati pendirian tersebut. Bagi ayah zain, hari ini memang cantik dengan nombor 121212. Mungkin ramai juga yang bernikah pada hari ini. Mereka yang melahirkan anak,  tentu merasa tersangatlah  gumbiranya.

Bingkisan CHHM  hari ini tiada kaitan dengan tarikh. Ayah zain ingin berkongsi menu pertama kali dijumpai. Unik sekali. Kalau dulu ayah zain memporomikan jemput-jemput jering warisan nenek mrszain, kini satu lagi produk jering. Kreatif mereka yang mencipta menu ini.

 Jering Ceria

Ayahzain tak tahu apa nama menu ini. Jadi panggil aje jering ceria. Jering tua ini direbus barangkali, kemudian dimakan bersama dengan kelapa bergula. Whopss si kencing manis ngak boleh makan itu. Tapi peduli hape, az sebat juga  kerana kelazatannya. Tapi mak oiii, bilik air pepagi ini, huhuhu. Kena simbah bilik air dengan pewangi, baru reda.


Bila di taburkan kelapa bergula, cantik pulak

 Rupanya mrszain dah selalu beli di Pasar Malam Duyong. AZ cer makan sebiji, sedap.... ambil satu lagi... lama-lama sampai abis. kesian mrszain terkulat-kulat. Awat beli sikit sangat yang. Minggu depan kita beli lagi bebanyak yer. Jangan pergi ke batu belah batu bertangkup udah ler.





Ahad, 9 Disember 2012

Hepi Aniveseri

091212

Hari ini genaplah 28 tahun perkahwinan aku dengan isteriku . Udah 28 tahun berlalu rupanya. Terlalu cepat masa berlalu. Rasa-rasanya macam tak berapa tahun aje kami berkawin. Secara kebetulan hari ini  hari Ahad . 28 tahun yang lalu semasa aku diijapkabulkan juga pada hari Ahad. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.  Daripada aku seorang kemudian berdua pada 9 Dis 1984 dan kini jumlah keluargaku bertambah kepada 8 orang. Anak pertamaku seorang puteri kini telah pun menjadi seorang ibu. Aku juga mempuyai seorang menantu lelaki dan seorang cucu lelaki di samping 4 orang anak lelaki yang lain. Insya Allah tahun hadapan akau akan menrima seorang menantu perempuan pula. Alhamdulillah ya Allah. Berkatilah keluargaku ini dengan limpahan rahmatMu yang tidak terhingga.




Inilah rupanya ruang tamu yang menjadi medan pernikahan aku kira-kira 28 tahun yang lalu. Hari Ahad 9 Dis 1984.

Semoga perkawinan kami terus berkekalan sehingga ke syurga. Doa kawan-kawan yang dititipkan  di facebook aku siang tadi amat aku hargai. Budi kalian amat aku hargai. Terimakasih. Semoga Allah memberkati kalian juga.

 .................................................................

Zul Mansor, Zanariah Kassim, Abu Bakar Ab Wahab and 49 others like this.

Sa'imin Jumari Tahniah Haji. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 28
Rossima Latiff Alhamdullilah....28 tahun sudah.
Kurodzi Kumatesa tahniah tuan haji zain, hepi aniverseri........
Umi Azuddin Hepi aniverseri ayah zain & mrs zain. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga.
Zainab Abdullah Alhamdulillah...
Asiah Omar smoga bahagia keakhirat.... tahniah
Azura MI moga cikgu berdua kekal aman bahagia hingga ke jannah..
Samsuddin Yatim Alhamdulillah....selamat ulang tahun perkahwinan AZ...
Frida Hassan Happy anniversary cikgu....moga kekal hingga ke jannah
Nasmi Nawi Tahniah AZ.
Azman Ali Barakallahuma fikum, cikgu. Ila liqa' ma'a salamah.
Kamaludin Chin Ayah Zain moga kekal bahgia dunia akhirat...
Wahab Konting Selamatttttt...lol
Miza Zainuddin Happy anniversary to both of you..... Mmm Ayh belanje windmill bole?
Amalz Zainuddin -.- ..nk jugak
Adanan Abdullah Alhamdulillah Ayah Zain. Jangan tersalah kerumah mak mertua lain dah ye heheh
Nor A Ismail Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan dengan isteri pertama mu Ayah Zain!!!!...hahahaha..
Mohammad Rawi Cikgu, Selamat menyambut wedding anniversary yg ke-28. Semoga berkekalan dalam bahagia dan sentosa..amin
چئڬو دين Moga berkekalan hendakny ke akhir hayat
Zaki Yasin SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN AYAH ZAIN
Zaki Yasin Jgn lupa likes ^ sne-super natural essence^ tq promo2
Safiudin Abd Advis Alhamdulillah syukur. Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Tn. Hj.
Hanita Ismail Moga terus kekal dan bahagia AZ....!
Fadzil Ahmad Hepi Anniversary cikgu berdua...semoga sentiasa dlm rahmat & keberkatanNya...Aminnn.
Siti Zaleha Tahniah cikgu Zain and cikgu Rohaya. Happy anniversary
Ahmad Sherhan Tahniah Cikgu Geografi dan Cikgu Sejarah Saya
Hazila Kadir tahniah Hj dan kak aya..alhamdulillah dah 28 tahun...semoga bahagia selamanya..doakan saya n suami juga:-)
Pinatbate Azla Didoakan mudah-mudahan keduanya beroleh keberkatan hidup sehingga ke akhir hayat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...