121212
Cantik nombor hari ini. Namun ada juga yang tidak berapa suka dengan keriuhan nombor ini. Apa ada pada nombor bukan? Tidak mengapa, mereka yang tidak suka orang menghebohkan nombor ini. Manusia mempunyai citarasa dan kemahuan sendiri. Kita perlu hormati pendirian tersebut. Bagi ayah zain, hari ini memang cantik dengan nombor 121212. Mungkin ramai juga yang bernikah pada hari ini. Mereka yang melahirkan anak, tentu merasa tersangatlah gumbiranya.
Bingkisan CHHM hari ini tiada kaitan dengan tarikh. Ayah zain ingin berkongsi menu pertama kali dijumpai. Unik sekali. Kalau dulu ayah zain memporomikan jemput-jemput jering warisan nenek mrszain, kini satu lagi produk jering. Kreatif mereka yang mencipta menu ini.
Jering Ceria
Ayahzain tak tahu apa nama menu ini. Jadi panggil aje jering ceria. Jering tua ini direbus barangkali, kemudian dimakan bersama dengan kelapa bergula. Whopss si kencing manis ngak boleh makan itu. Tapi peduli hape, az sebat juga kerana kelazatannya. Tapi mak oiii, bilik air pepagi ini, huhuhu. Kena simbah bilik air dengan pewangi, baru reda.
Bila di taburkan kelapa bergula, cantik pulak
Rupanya mrszain dah selalu beli di Pasar Malam Duyong. AZ cer makan sebiji, sedap.... ambil satu lagi... lama-lama sampai abis. kesian mrszain terkulat-kulat. Awat beli sikit sangat yang. Minggu depan kita beli lagi bebanyak yer. Jangan pergi ke batu belah batu bertangkup udah ler.
13 ulasan:
Assalamualaikum THAZ
memang tak perna dengar menu ni
jering selalu buat ulam ajer
Salam az
wah ceria dengan menu jering...hehe
assalammualaikum AZ
Bahgaia selalu hendaknya.
Kreatif sungguh sapa yg memulakannya.
Tentu ramai peminatnya.
Teringin juga nak rasa kalau ke melaka.
Kirim salam kat cikgu Rohaya.
Salam Ayah Zain,
Saya biasa makan jering dgn kelapa ni tapi masa kecik,mesti jering tua,kalau jering muda tak jadi...
T/K,mengingatkan kenangan lama
Assalammualaikom tuan Hj AZ. Khaifahaluka....lama tak singgah kat sini...ana tak pernah merasa Jering ini...disini tak ada jering...kena tunggu balik Malaysia la jawabnye...
Wsalam
assalamualaikum AZ
gambar pertama tu nampak macam buah berangan, gambar kedua nampak macam kuih cara...
Salam Atuk,
az pun baru jumpa menu ini
salam Disham,
yup memnag selalu ceria
salam mamaju
alhamdulillah. syukur kpd Allah yg memberi rahmat
salam rozila,
alhamdulillah. teringat nostalgia lama best kan
Salam MI
MI dah ada kat tanah air ke ni
Salam afeez
hahhaa, afeez ni ada2 aja imaginasi dia. tp betul pun kan? itulah dia jering
belum lagi..masih di tempat org...
Catat Ulasan