Sabtu, 15 Disember 2012

Bulan Islam

1234 = 151212





Hari ini Sabtu bersamaan dengan 1 Safar 1434. Safar adalah bulan kedua dalam kalender Hijriah. Ringkasnya ditulis 1.2.34. Satu turutan angka yang unik juga sebanding dengan 121212 . Namun oleh kerana tarikh hijriah tidak mendapat tempat dihati pengguna maka ia dilupakan begitu sahaja. Tarikh Hijriah hanya diguna dalam urusan rasmi di sesetengah jabatan kerajaan dan amat terhad sekali penggunaannya. Oleh itu, mari kita popularkan  bulan hijriah ini dengan mengenal bulan Hijriah mengikut turutannya:

Bulan 1 = Muharram
Bulan 2 = Safar
Bulan 3 = Rabiulawal
Bulan 4  = Rabiulakhir
Bulan 5 = Jamadilawal
Bulan 6 = Jamadilakhir
Bulan 7 = Rejab
Bulan 8 = Sya'aban
Bulan 9 = Ramadan
Bulan 10 = Syawal
Bulan 11 = Zulkaedah
Bulan 12 = Zulhijjah

Kita atau anak-anak kita hanya 'familiar' dengan bulan  Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja kerana ia disambut pada bulan puasa, hariraya Puasa dan  Raya Haji. Itu kira nasib  baik tahu, silap haribulan tak tahu langsung. Bulan-bulan lain hanya teringat sepintas lalu sahaja seperti bulan Muharam bersempena sambutan Maal Hijrah dan Rabiul Awal yang berkaitan dengan bulan kelahiran Nabi Junjungan Muhammad SAW.


ISLAM ITU INDAH

4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ

takde pon orang nak sibuk2 pasal tarikh ni kat FB. klau 121212 tu, punya lah ramai, smpi rimas jadinya

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

itulah pasal. huhuhu

Unknown berkata...

Salam Tuan Hj. Az

mOGA KITA akan biasakan benda2 ni kat anak2 kita, InsyaAllah!

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju

Insya-Allah, moga dipermudahkan oleh Allah untuk kita membiasakan dengan bulan Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...