Selasa, 28 Mei 2013

Uzbekistan _day 2 :Tashken ke Samarkhan

28052013

Jarak yang antara satu bandar dengan bandar yang jauh menjadikan tour kami amat singkat. 2 hari satu malam di Tashken kami hanya sempat mengunjungi Bazaar Tasken (Chorsu Bazaar) dan Masjis Tashken sahaja. Selebihnya digunakan untuk makan. Sepatutnya kami mengunjungi Muzeum Tashken tetapi dibatalkan kerana ketiadaan  masa. Jam 2.00 petang kami perlu bergerak menaiki bas ke Samarkand. Bas dilarang bergerak pada waktu malam dengan kelajuan yang dihadkan. Semasa perjalanan ke Bukhara dan ke Carvak, bas kami di saman oleh polis trafik Uzbek. Terdetak juga di hati kecil ini 'amat tidak menyeronokan tour ini.\'. Tetapi itulah hakikatnya. Kami perlu mengunjungi 4 lokasi yang telah ditetapkan oleh Ramza Tuor dalam masa 7 hari itu.

Peta menunjukkan lokasi Uzbekitan Ramza Tour : Tashken ke Samarkhand (350km), Samarkhan ke Bukhara (280km), Bukhara ke Tashken ( Domestic Flight) dan Tashken ke Carvak dan Carvak ke Tashken (1.30 perjalan menggunakan bas).

Sementara menunggu waktu berangkat jam 10.00 pagi, ayahzain dan mrszain memenuhi masa bersiar-siar di dataran berlanskap indah di sekitar Hotel Uzbekistan.











Tugu Amer Temur
Muzium Amer Temur
Hotel Uzbekitsan tempat penginapan kami

Kami bergerak ke Samarkhan tepat pukul 2.00 petang selepas menunaikan solat jamak qasar Zohor dan Asar di Masjid Tashken. Perjalanan mengambil masa 6 jam sejauh 350km dengan kelajajuan yanbg dihadkan. Kami Sampai di Bukara tepat jam 8.00 malam dan terus menikmati makan malam di sebuah kotej dipinggi bandar Samarkhan dan seterusnya balik ke hotel untuk merehatkan fizikan dan minda. Amat memenatkan tapi menyeronokan.




 pemandangan di kiri kanan jalan ke Samarkhand. gunung ganang nya tiada pokok pokok yang menutupinya

 sungai yang cetek dan mengalir perlahan
 sekatan jalanraya adalah biasa disetiap sempadan daerah
 ternakan binatang seperti lembu dan kambing
 kubah seperti masjid tetapi bukan
 sign SAMARKHAN di Bukit di tepian jalan masuk ke kota Samarkhan

 pukul 7.32 malam kami mula memasuki kota Samarkhan dengan suhu 29 darjah C

 Hidangan siap untuk di santap

foto grup di Rumah Makan Samarkan

2 ulasan:

afeezz berkata...

jauh perjalanan luas permandangan. permandangan yg tak biasa di malaysia kan..

Ayah Zain berkata...

yer afeez. memnag terbaik ke Uzbekistan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...