02062013
Diam tak diam, kita sudah masuk kepertengahn tahun 2013. Hari ini dua hb Jun dan pada hari ini adalah hari kelahiran anak keduaku. Semoga Allah memberkati umur yang diberi, dimurahkan rezki disehatkan kesihatan dan menjadi anak yang soleh yang selalu mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya. Amin.
****************************************************************************
Kami meninggalkan Bukhara pada 21 Mei 2013 dengan Penerbangan Domestik Uzbekistan. Kapal Terbang yang agak kecil ini hanya menempatkan 52 penumpang sahaja namun jauh lebih selesa berbanding dengan boeing yang membawa muatan 180 orang penumpang. Kami berlepas pada pukul 9.35 malam dan sampai di Tashken pada pukul 11.05 malam. Keselsaaan ini membolehkan kami ytidur sepuas puasnya dan tanpa disedari kami telah sampai di Tashken. Seterusnya kami dibawa ke Hotel Uzbekistan, hotel yang sama semasa malam pertama.
Keesokan harinya kami di bawa ke Dataran Tashken yang menempatkan perniagaan seperti lukisan dan barangan antik di atas jalan raya. Satu suasana yang tidak pernah aku lihat lagi di bumi negaraku
Muzeum Amer Temur. Senibina bangunan berbentuk kopiah Amer Temur
Seterusnya kami di bawa melawat ke Muzium Uzbekistan yang menempatkan segala bahan sejarah Uzbekistan semenjak zaman Paleolitik hingga ke zaman moden. Pelbagai bahan kahzanah Uzbekistan di pamerkan di Muzium ini.
Muzium Uzbekistan
Selepas makan tengah hari kami di bawa dengan bas ke Charvak iaitu lokasi yang terakhir yang merupakan sebuah kawasan peranginan muzim panas di Uzbekistan kerana hawa yang dingin berbanding dengan kawasan lain di Uzbekistan. Perjalanan sejauh 60km darai Tashken mengambil masa selama satu setengah jam. Di sini kami ditenpatkan di sebuah hotel yang terletak di tepian tasik buatan terbesar di Uzbekistan dengan air tasik berwarna biru seperi sebuah lautan yang sangat indah.
antara panorama yang sangat indah ke Charvak
Resort Penginapan yang unik di tepi tasik buatan
Tasik buayan saujana mata memandang
Malam di kawasan pergunungan - Selamat malam
4 ulasan:
Assalamualaikum,
Seronoknya berjalan ayah...
yer anyss. alhamdulillah. anyss dah daftsr jadi folower ke ni. daftar ye
Alhamdulillah...jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan.
Alhamdulillah jugak ukhwah yang bertaut di Musolla Ehsan moga kekal berpanjangan.
ma kasih Jun datang ziarah umah az. yer dari musolla ehsan silatulrahim mula berkembang. In syaa Allah
Catat Ulasan