Sabtu, 4 Disember 2010

alhamdulillah

Salam, Alhamdulillah. AZ & Mrszain telah selamat sampai ke Tanah Air malam tadi. Saudi Air SV5522 selamat mendarat di KLIA tepat jam 1.15 pada  3 Dis 2010. Namun ujian masih berterusan apabila bagasi kami tidak mendarat bersama kami. Lebih kurang 50 jamaah yang senasib dengan kami. Setelah mengisi borang yang diperlukan kami meninggalkan KLIA pada pukul 3.30 pagi dengan  hati yang reda, pasrah akan ujian Allah. Ketika ini kami berada di Melaka untuk seketika  di samping menguruskan beberapa urusan peribadi dan mungkin besok akan berangkat balik ke Pontian. Terima kasih atas keprihatinan anda semua yang mendoakan kesejahtaraan kami terutamanya kepada Umi Humairah, Kak Sidah, Hjh Zainab, Aki44, Rozali, Rosli, Kakzakie, Kak Su, afeez, CM, ayahanda, Rezeki, Sonata, Nadz, KakLongwiduri, Guru PhD, Shami2, Musafir Islam, LF, Nurazah8. Taj, Limizia, Pinatbate dan yang lain-lain yang tak tersebut namanya. Juga tidak lupa kepada CL dan Hj Arsyad yang meraikan kami di Tanah suci dengan nasi mandi (CL, teringgat daging unta hehhe). Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya. Sampai jumpa lagi.

19 ulasan:

CM berkata...

salam

Alhamdulilah..moga sihat

wahh dapat makan daging unta jeles cm ni

rezeki berkata...

salam tn hj az

alhamdulillah,
selamat pulang ke tanah air
semoga dikurniakan hj yg mabrur

rehat2 dulu, pulihkan kembali tenaga


psss cm, kat hc ada unta tau jugak, tapi unta mainan je hehehe

afeezz berkata...

salam AZ : selamat kembali ke tanah air. semoga sihat sentiasa

kak su berkata...

As Salam AZ

Alhamdulillah...

Dah selamat pulang yer??
So Leh la turun padang minggu depan utk last paper anak2 didik nanti...
hee..hee..heee...kojer jgn tak kojer lak Pak Aji oi!!!

Wslm

aznaz berkata...

salam dari makkah



alhamdulilah ..selamat sampai...



psttt...nak daging unta ..mailah sini lagi..heheheh


waslam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

alhamdulillah...dah selamat berada di tanah air...semoga AZ & isteri sihat sejahtera...bagasi dah sampai ke?

mama ju berkata...

Aslkm AZ

Selamat kembali. Moga dapat haji yang mabrur.

Aki44 berkata...

Salam Tn Hj Az,

Syukur dah selamat sampai ke tanah air. Tentu masih letih tapi tetap puas hati slps menjadi tetamu Allah dan berpeluang beramal ibadat di Haramain. Semoga istiqamah dgn tarbiyyah yg diperolihi dari Haramain.

Penunggu Hujung Dunia berkata...

Salam

Trima kasih Papa Z yg berkongsi pengalaman dan perasaan semasa di Tanah Suci.

Sangat membantu kami yg blom ke sana dari segi semangat dan keazaman


Time to rest now..papa

rosli berkata...

Salam Hj AZ,

Syukur semuanya selamat dan harap Hj AZ sihat, bawak byk berehat dulu, tetamu Hj AZ pun mesti ramai nanti.

PINATBATE berkata...

Selamat pulang haji dan hajjah yg dirahmati Allah,semuga hari-hari mendatang terus ceria.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Syukur dah pun kembali ke tanahair. Sekarang mesti ada sedikit susah nak tidur malam tapi rasa mengantuk bila siang. Kena sesuaikan dalam sehari dua ini.

Mesti ramai saudara-mara berkunjung hingga tak sempat nak berehat kan....

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Selamat pulang ke tanah air.
Semoga Haji yang mabrur ganjaran kepada AZ dan Mrs AZ..Insya-Allah

ysa berkata...

Salam Tn Hj Z,

Alhamdulillah, saya pun sampai kerumah lebih kurang jam 3am. Sampai sekarang rasa penat lagi badan.InsyaAllah,jumpa lagi dikesempatan lain

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum
Slmt kembali ke tanah air dan mendapat haji yg mabrur. Sy pun baru kembali pd 3 dec lalu dgn kt 32.

INUDIRIN berkata...

Salam AZ,
Selamat pulang ke tanah air. Semoga segala ibadat yang dilakukan diberkati dan diterima oleh-Nya.

ainhany berkata...

salam Tuan Hj AZ,

Alhamdulillah
Sempurnalah sudah rukun yng lima. Selamat kembali dan muga sihat dan selamat dunia akhirat

Amin

abang sulong berkata...

Salam Tn.Hj.AZ,

Alhamdulillah, dah tercapai hajat tn.hj. serta isteri melaksanakan ibadah haji. Apa khabar..? Banyak makan daging unta kat Mekah ke..?.

Kehidupan Makkah berkata...

Alhamdulillah Tuan Haji Z n Zaujah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...