Khamis, 23 Disember 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya  penantian yang ditunggu tiba jua akhirnya. Keputusan PMR yang diumumkan tadi membuahkan hasil lumayan kepada kami semua. Pencapaian GPS telah meningkat daripada 1.12 pada tahu 2009 kepada 1.08   tahun 2010. Ayahzain mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus dalam menaikan prestasi sekolah terutamanya subjek sains yang meningkat demgam lompatan saujana daripada 78.1% A kepada 95.7% A dalam PMR 2010. 6 orang sahaja pelajar yang mendapat B. Subjek matematik juga meningkat drpd 97.7% A kepada 99.3% A di mana seorang sahaja pelajar medapat B sementara subjek Kemahiran Hidup semua pelajar mendapat A (100% A). Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang meberi nikmat. Namun debaran masih belum reda kerana menantikan ranking keseluruhannya. Tahun lepas berada di kedudukan Top 15

10 ulasan:

Kakzakie berkata...

Salam AZ,

Kalau sekolah AZ memang tak perlu khuatir. Kakak boleh confirm top 15still can be achieved.

Tahniah buat guru-gurun dan pelajarnya juga!! Kakak tumpang gembira.

SiNoMoSa berkata...

salam AZ,

alhamdulillah, tahniah!

afeezz berkata...

salam AZ :

"Pencapaian GPS telah meningkat daripada 1.12 pada tahu 2009 kepada 1.08 tahun 2010" ---> sori yek.. 1.12 ke 1.08 tu peningkatan kah? sy tanya je..

Rozali berkata...

Assalamualaikum AZ

Alhamdulillah
Syukur
Tahniah
kepada guru2nya

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Tahniah buat AZ dan guru2 ...

ainhany berkata...

salam AZ,

TAHNIAH buat AZ dan guru-guru.
Jasamu guru sampai ke syurga.
ALHAMDULILAH top!!

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

dalam pengiraan GPS, markah penuh ialah 1. Jadi kalau GPS 1 bermakna semua pelajar mendapat A. Bermakna kalau ada 100 calon, kesemua 100 calon itu mendapat semua A dalam semua subjek yang di ambil. Jelasnya 100 calon itu mendapat 8A.

PINATBATE berkata...

tahniah! semuga terus cemerlang

Ayah Zain berkata...

SALAM KAK ZAKIE, SINOMOSA, rozali, kak nab, ainhany dan cikgu pinat:

terima kasih atas sokongan.

afeezz berkata...

salam AZ : owh... macam tu. baru paham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...