Bergantunglah kepada keadaan yang menentukan sama ada aku berjaya melalui cabaran ini tambahan lagi kesebukan masa dan tugas-tugas yang bertimbun menantiku di pejabat. Maklumlah awal tahun mesti banyak kerja perlu dirancang dan paling perit sekali ialah untuk menghasilkan planer tahunan.
Besok aku akan mula masuk pejabat setelah seminggu aku berehat. Berehat? Mana ada rehat... Setiap hari pasti aku akan berada di Lebuhraya Utara Selatan memenuhi urusan yang macam-macam. Orang kata, 40 hari sekembalinya daripada Tanah Suci mesti duduk di rumah namun ........... aku tidak dapat berada di rumah. Hari Khamis yang lalu aku tersentak dengan berita yang disampaikan oleh isteriku bahawa abang kepada kawannya telah meinggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Abangnya baru sahaja beberapa hari balik daripada tanah suci. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang diterima. Kecut juga hati ini seketika kerana sejak aku berada di Tanah AIr sabtu lalu aku telah berada di Kuala Lumpur, kemudian di Seremban, kemudian di Melaka, semalam di Muar, dan hari ini aku berada di Johor Bahru menghadiri majlis perkahwinan bekas anak buahku di Taman U. Lewat petang tadi baru aku sampai di Pontian. Alhamdulillah.
syahdunya
ya Allah aku ingin menjadi tetamu di rumah Mu lagi
Permudahkanlah ya Allah
17 ulasan:
salam az
heheeh cina cakap man,man
ada masa , ada idea boleh kongsi
salam tuan Haji AZ,
Dunia : tempat mencari bekal untuk hidup dan mati.........tiada ada confort zone........
Moga roh abang ipar Tuan haji ditempatkan bersama roh2 al-solihin.
Wassalam.
Salam AZ,
Busy memenuhi tuntutan hidup. Moga yang pergi ditempatkan kalangan yg beriman.
Seorg jemaah sebelah taman kakak juga baru meninggal. Beliau balik dari menunaikan Haji juga; turun di airport Senai, singgah di Mesjid Senai belum tiba rumah meninggal selepas solat sunat itu.
Maha besar Allah....
Salam Az..
Selamat kembali..ke tanah air..dan juga keudara di alam maya....
semua perangan Allah Taala lebih baik untuk kita dari apa yang telah kita merancang mulanya..
Salam Tn Hj AZ,
Selamat pulang ke lubuk. Selamat bersiaran.
Yg pergi semoga mendapat rahmat Allah, yg masih hidup perlu menghadapi mehnah kehidupan dgn tabah.
salam tuan haji AZ : berdoa dan bertawakal, semoga semuanya dilindungi Allah selalu.. insyaAllah
Salam
Tu arr..Papa Z
Mmg betul la dunia ni tmpt ujian dan akhirat tmpt dpt ganjaran (rehat, lepak atau ...)
salam AZ,
take your time!
Aslkm
AZ
Segalanya dalam perancangan Allah.
Brg2 AZ tu dah sampai ke?
Salam AZ,
Alhamdulillah, smg semuanya yg dirancang akan dipermudahkan oleh Allah.
Bak kata Mama Nab, take ur time..no need to rush to share ur happiness moments =)
Assalamualaikum Haji AZ
saya sedia menunggu coretan dari dairy AZ
kerana cerita menjadi Tetamu Allah tidak akan jemu
Al Fatihah untuk abang kawan isteri AZ
Wassalam
Assalamualaikum AZ,
Seronok dapat lihat AZ terus ceria dan menjalani kehidupan seperti biasa. Pengalaman saya sewaktu di MH tahun 2002 dahulu, sewaktu berangkat memang berniat untuk meninggalkan semua di Malaysia sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian kepada beribadah di MH dan Madinah. Benar-benar tercapai, dan sekembalinya dari MH, pelbagai perkara terpaksa diingat kembali, hingga stappler pun tak jumpa kerana tak ingat letak di mana. Hampir 2 bulan baru semuanya kembali normal... Perlahan-lahan ye Ayah Zain.
Itu semua punca dari hati masih di Makkah..jasad Papa Z jer kat sini..
salam Tuan Hj AZ,
selamat bekerja..
semuga selamat dan sihat sokmo
salam AZ
lama nya x update blog..dah sampai ke luggage dari mekah tu
selamat bersiaran kembali ! semoga dijemput lagi ke sana...InsyaAllah cuti pertengahan tahun depan saya ke sana
Salam AZ,
Moga sihat. Kakak datang saban hari nak lihat kot ada gambar-gamabr AZ menunaikan Haji tapi tak ada lagi.
Bila dapat lihat tu agaknya?...
Catat Ulasan