Rabu, 1 Disember 2010

salam dari makkah 10

sayu hati bila berada dihari-hari terakhir di bumi penuh baraqah ini.  kalau minggu lalu tak sabar untuk kembali ke tanah air namun selepas taklimat kebrangkatan PULANG oleh dato pengerusi, tiba-tiba hati teraSA SAYU. ENTAH BILA PULA BOLEH MENJADI TETAMU ALLAH LAGI. SESUNGGUHNYA HAJI ITU SATU JIHAD YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN, KESUNGGUHAN DAN KEYAKINAN.                                                                                  KESAYUAN TERUS DIRASAI  APABILA IMAM SOLAT ISYAK masjidil haram  TADI TIDAK DAPAT MENERUSKAN BACAANYA KERANA ESAKAN TANGISANNYA, RUGINYA TAK TAHU SURAH APA YANG DIBACA NAMUN TENTUNYA BERKAITAN DENGAN AZAB ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG ALPA DAN LALAI....

9 ulasan:

Aki44 berkata...

Salam Tn Hj AZ,

Selamat beribadat di Tanah Suci, gunakan hari2 yg berbaki sebaik mungkin krna kita tidak pasti diberi kesempatan dilain ketika kembali menjijakkan kaki di bumi ambia' yg barakah nih.

Memang sayu meninggalkan KM dan MH juga kekawan (CL dan Tn Hj Arshad)tetapi kehidupan misti diteruskan.

sonata anak kancil berkata...

Salam..selamat berangkat pulang..saya baru balik dari Egypt!

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Pak Imam mengerti makna apa yang tersurat menyebabkan dia teresak dalam solat. Tetapi kita biasanya pun akan ada rasa sebak bila Imam membaca dalam keadaan sedih. Sedikit sebanyak pasti kita dapat tangkap makna tersirat dan tersurat.

Sedih dan gugurnya airmata nak balik pasti ada pada setiap jemaah. Ini sudah pasti dan mesti. AZ tunggulah kakak yakin airmata memang gugur waktu kita habis tawaf widak.

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
seronok dan sedih yang silih berganti...
Selamat berangkat pulang ..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam AZ,

Selamat pulang.
Moga boleh datang lagi ke Tanah Suci.

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

Salam Papa Z

Moga selamat kembali..

Perasaan, semangat, keyakinan, perbuatan serta amal sebagaimana berada di tanah suci kekal apabila kembali ke tanah air.

Sebagaimana satu hadith : "Hati mukmin itu baitillah"

Jadikan ibadah haji sebagai kem latihan seumpama BTN. Yang penting diamalkan dalam kehidupan

Sebagimana kata tokoh ulama Pahang yang sangat terkenal atas ilmu dan kezuhudan iaitu Almarhum Tuan Guru Hasanuddin:
"Haji pertama itu menunaikan rukun Islam, haji yang ke-2 iaitu penyempurnaan dan seterusnya jauh lebih afdal adalah sedekah kepada fakir miskin,anak yatim dan juga sekolah agama dan tahfiz iaitu hablunminannas"..banyak hadith yang menceritakan bandingan sedekah dengan haji (buat yang sudah ke sana)

InsyaAllah saya berazam dan usahakan nak ke sana sikit masa lagi

shami2 berkata...

salam AZ...

Insyallah nanti AZ akan berpeluang lagi..ke sana..
Alhamdulillah sudah selesai pun tanggungjawab sebagai insan kepada DIA..mudah-mudahan..beroleh haji yg mabrur...saki baki saat yg masih doa titiplah doa2 berharga buat kami smua...untuk dijemput hadir macam Az juga...

KaklongWiduri berkata...

Selamat berangkat pulang ke Tanah air AZ...kami yang tidak berada di sana pun terasa sedih yang amat bila musim haji berakhir...

KaklongWiduri berkata...

Salam Az...biasa nya bila kita menghayati setiap bacaan dan perlakuan dalam solat,kesyuan akan hadir sendiri walaupun tidak kita fahami bahasanya..Insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...