Alhamdulillah, aku cuba memulakan perkongsian kerja-kerja haji yang telah ku lakukan pada musim haji 1431H (2010) dengan klip video hasil kreatif putera keduaku. Ia dapat menceritakan detik-detik keberangkatan aku suami isteri ke Tanah Suci. Insya Allah, perlahan-lahan aku coret paparkan apabila aku mempunyai kelapangan. Doakan agar aku dapat merealisasikan perkongsian ini untuk manfaat kita semua terutamanya kepada mereka yang bercadang untuk mengerjakan Haji pada musim yang akan datang. Insya Allah.
Selain daripada sanak saudara yang berada di Di Kompleks Haji Kelana Jaya telah sedia menunggu Kak Sidah dan Suaminya . Kemudian Musafir Islam juga menyusul. Seronoknya apabila ramai sanak saudara, ipar duai yang meraikan keberangkatana kami ke Tanah Suci. Kak Sidah membekali kami dengan sambal ikan bilis sementara Musafir Islam menghadiahkan aku dengan kain serban yang akhirnya menjadi sejadah ketika aku di Lapangan Terbang Madinah solat subuh. Jazakallahuhaira.
14 ulasan:
salam haji AZ : nice video.. tahniah kepada putera kedua
salam afeez,
az tak tahu adanya video ini, rupanya dah lama berada dalam FB nya.
aslkm Haji AZ
Alhamdulillah, bersiaran kembali. Moga jadi manafaat.
Selamat tahun baru, moga hidup lebih bermakna.Amin.
salam mamaju,
alhamdulillah. teruja bersiaran bila terlihat klip video kat fb anak.
Dah tgk video tu,menarik! Az nampak resah...seronok tgk kehadiran sedaramara.Lagu tu kelah..Tahniah!
salam mamaju,
yer ke resah. agaknya tunggu mama ju yang tak sampai-sampai. heheh
Salam AZ,
Nanti ceritalah pengalaman AZ disana..seronok dgr cerita pengalaman mereka yang menunaikan haji.
Assallamualaikum AZ,
Selamat menyambut tahun 2011
Bila tengok video ni..teringat sangat waktu-waktu keberangkatan mama nadz ke sana 3 tahun dulu..
Salam Hj AZ,
Selamat berblogging semula. N3 yg mengharukan kerana perpisahan utk menyahut panggilan Allah. Semoga sambungannya akan menjadi pengajaran kpd tetamu2 Allah yg akan datang.
Terlewat menjengah pagi nih sbb kesejukan musim tengkujuh di pantai timur kot...
salam...sayu & lagi terharu melihat keberangkatan AZ & isteri ke Tanah Suci Mekah...teringat saya meninggalkan anak2 kecik tahun 1999 dulu & laungan azan - seperti tak kembali lagi!
salam kak sidah
Insya allah. pelan-pelan sikit
salam nadz
betul tu, memang sayu ketika itu.
salam aki44
hanya allah sahaja yang tahu hati kita ketika itu
salam SAK,
hehhe, walaupun sayu, tapi wat selambe jer. tapi mamaju kata az nampak resah.
Catat Ulasan