Ahad, 3 Julai 2011

Yakin


03072011

Subuh pagi tadi aku sempat mendengar taklim di Surau al-Mawaddah, Taman PRima Utama, Puchong. Nama surau ini mengingatkan aku nama hotel penginapan aku semasa di Makkah tahun lalu. Pentaklim membacakan bingkisan  agar kita menjaga solat kita. Mereka yang menjaga solatnya maka solatnya akan menjadi pembelanya di Hari Kiamat nanti. Solatnya akan menjadi nur pemberi cahaya kepadanya. Juga di kisahkan orang-orang dibangkitkan bersama-sama dengan Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf. Mereka yang dibangkitkan bersama 3 nama itu akan kekal bersama-sama mereka di Neraka kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Nauzubillah. Dikisahkan Ubai bin Khalaf seorang ahli perniagaan di zaman Rasululullah yang begitu beriya-iya hendak membunuh Nabi Junjungan kita dengan menunggang kudanya yang handal. Dia berkata kepada Nabi, " aku akan membunuh kamu ya Muhammad di satu ketika nanti". Nabi Muhammad menjawab bahawa baginda ang akan membunuh kamu nanti wahai Ubai".

Semasa peperangan Uhud, Ubai bin Khalaf berkeliaran mencari Nabi Muhammad saw dan akhirnya berjumpa dengan baginda. Para sahabat ingin sahaja menamatkan riwayat Ubai nabi di halang oleh Nabi Muhammad saw. Kemudian Nabi Muhammad mengambil sebatang tambak dan menombak Ubai lalu terkena sedikit anggota badan UBai. Ubai terjatuh daripada kudannya yang handal itu dan lari lintang pukang kembali ke puaknya. Di sana Ubai menjeritkan mengatakan Muhammad telah membunuhnya. Abu Sufian yang berada ketika itu mengejek Ubai, "apalah kamu Ubai hanya terkena sedikit kecedaran telah tidakkeruan". Ubai menjawab, kamu tidak tahu betapak sakitnya keceraan itu jika terkena kepada kamu, kamu tidak akan dapat menahan kesakitan itu. Dipendekkan cerita, Ubai Bin Khalaf mati ketika dalam perjalanan balik ke Makkah.

Begitu yakin si Ubai kepada kata nabi yang akan membununhnya......... Jadi kita sebagai Umat Nabi Muhammad adakah kita yakin dengan seruan Nabi Junjungan yang kita sayangi? Marilah sama-sama kita muhasabbah diri kita dan janganlah kita tergolong bersama-sama dengan Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf.


4 ulasan:

My Life berkata...

SALAM AYAH ZAIN

MUDAHAN KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN YG MENJAGA SHOLAT... INSYAALLAH

RINDUKAN PADA MAKKAH.. SUBHANALLAH.. DOAKAN AZIE

Ayah Zain berkata...

salam azie,

insya allah azie, semoga kita sentiasa berada dalam golongan orang yang menjaga solatnya

Imran Paris berkata...

Salam AZ....hebat kisah ni, ringkas tp padat....semakin mengagumi baginda saw. THANKS for sharing

Ayah Zain berkata...

salam IP,
alhamdulillah. Semoga IP sentiasa di dalam rahmat allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...