Ahad, 10 Julai 2011

keterisalak

10072011

Bersosial dengan orang-orang Bugis ini amat menyenangkan aku. Walaupun aku orang luar aku dilayan seadanya. Aku begitu seronok apabila berada di kalangan mereka. Pagi tadi selepas solat subuh aku mendapat beberapa biji buah kuinin daripada seorang jemaah. Mrszain tersenyum lebar menerima buah kuinin itu. Terima kasih daun keladi, kalau ada bolehlah bawak lagi. Seperti biasa bukan buah kuinin yang menjadi fokus perbincangan kali ini tetapi sejenis makanan yang amat aku suka. Aku sangat pantang dengan makanan ini kerana aku pantang jumpa. Abis aku lahap makan selagi ada.

Pernah anda mendengar KETERISALAK? Keterisalak ini terdiri daripada pulut, santan, tepung dan telur. Mula-mula pulut itu di kukus sampai masak. Apabila sudah masak dipindahkan ke dalam loyang . Pulut itu   dimampatkan terlebih dahu dalam loyang itu. Tepung, telor dan santan dibancuh sehingga sebati. Untuk lebih menarik bancuhan tadi dicampurkan dengan pewarna untuk menyerlahkan kecantikan menu ini. Ikut sukalah sama ada warna hijau,kuning atau apa. Biasanya warna hijau lebih dominan berbanding dengan warna-wrna yang lain. Bancuhan tersebut dimasukan kedalam loyang berisi dengan pulut yang mampat tadi kemudian di kukus sehingga masak.

Kalau anda nak tahu rupa keterisalak, cuba lihat gambarnay di bawah ini.Pasti anda kenal dengan kueh ini....

Keterisalak

anda kenal? mestilah kenal bukan?
Kueh serimuka

6 ulasan:

afeezz berkata...

salam AZ : hahaha... kalau kueh serimuka saya pernah makan lah.. awat le pi cite pasal keterisalak plak. cakap terus serimuka kan senang.. hehhe

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

hahahha, itu cakap bugis

rezeki berkata...

salam az

tu kalau masuk esbok kasi sejuk, sodap tu hehehe

1/2 loyang tak cukup

tapi mesti hijau kan, cuba tukar kaler hitam ke , merah ke hehehe

Ayah Zain berkata...

salam tn hj rezeki

hehehhe,

baru 3 hari lepas teringat kat awak bila mengemas jumpa folder konvokesyen. ruoanya saya tak pulangkan lagi yer. ermmmmm

shami2 berkata...

salam az..

Orang kampung saya panggil pulut sekaya....rupa dan warna sama jarr cam serimuka atau keterisalak. heheh

Ayah Zain berkata...

salam shami2

betul tu. orang kg az pun pangil pulut sekaya juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...